Terlebih siraman atau over watering sebenarnya boleh menjadi salah satu punca tanaman berpasu kita layu atau pun mati akibat akarnya yang berpenyakit kerana terendam lama di dalam lembapan. Situasi ini menyebabkan kulat mula tumbuh dan akar mereput disebabkan oleh over watering. Jika anda mengalami situasi ini dan anda ragu-ragu akan kuantiti air yang ideal untuk tanaman, menyiram pokok menggunakan teknik kiub ais adalah salah satu alternatif yang boleh diguna pakai.
Tetapi awas, kaedah ini hanya sesuai untuk tanaman berpasu bersaiz kecil dan sederhana contohnya pokok orkid, tanaman gantung dan juga tanaman hiasan. Untuk pokok orkid kaedah ini sangat mujarab kerana orkid adalah tanaman yang sensitif dengan lembapan berlebihan kerana akarnya mudah rosak, maka teknik ini dilihat begitu berkesan kerana ia secara perlahan-lahan akan membebaskan air kepada pokok orkid.
Tanaman hiasan berpasu bersaiz kecil dan sederhana juga boleh menggunakan teknik ini. Ataupun anda mempunyai tanaman gantung yang sukar untuk disiram kerana susah dicapai maka ada baiknya anda hanya meletakkan kiub ais ke dalamnya. Lebih praktikal dan kemas tanpa percikan air berlebihan.
Tonton video menarik di Youtube IMPIANATV
Artikel berikut: Baja Dari Batang Pisang Mampu Hasilkan Pokok Subur
Follow kami di WEBSITE, TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK dan YOUTUBE untuk dapatkan tip, idea dan artikel-artikel terkini serta menarik.
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
KLIK DI SEENI