Teknik Sorok “Tempat Gosok Baju Sesuai Untuk Rumah Sempit

Share

Bagi yang tinggal di dalam kediaman bersaiz kompak, sudah pasti perancangan rapi perlu dilakukan untuk memuatkan segala keperluan. Oleh itu, pilihan perabot pelbagai guna atau modular seperti murphy bed adalah penyelesaian terbaik.

Tapi, harga perabot modular ni boleh tahan mahal juga. Tapi, suami Puan Nisbah Ramly ada idea lebih baik untuk hasilkan sendiri tempat gosok bau 2 dalam 1.

nak cari tempat gosok baju murah boleh beli online dekat sini https://invol.co/cloqny

Bahan-bahan:
papan penggosok
playwood tebal 9mm
walpaper
cermin
gam

Car-cara:
1. Untuk buat kotak, saya gunakan playwood 9mm (6mm pun boleh). Saya gunakan playwood lebihan yang sedia ada dirumah. Sebab itu kotak bahagian dalam ada nampak kayu penyambung.

2. Kotak dah siap, balut dengan wallpaper

3. Papan penggosok, saya gunakan yang biasa. Ubah suai pada bahagian kaki sahaa. saua guna satu kaki untuk buat penahan dan 1 lagi dibuang

4. Untuk lebih kukuh, sediakan penahan bahagian bawah papan penggosok supaya mudah didirikan dan dilipat

5. Tampal cermin menggunakan gam di bahagian hadapan

Published by
Impiana