sunat pokok
sunat pokok

Adakah anda mempunyai pokok di rumah yang sihat dan subur, tetapi masih sukar untuk berbunga atau berbuah? Situasi ini sering berlaku, terutamanya bagi tanaman seperti mangga, jambu, atau pokok bunga hiasan.

Jangan risau, teknik ‘sunat’ pokok boleh menjadi penyelesaian yang efektif untuk masalah ini.

Apa Itu Teknik ‘Sunat’ Pokok?

Teknik ‘sunat’ pokok adalah kaedah memangkas atau mencantas sebahagian dahan, ranting, atau akar pokok untuk merangsang pertumbuhan bunga dan buah. Istilah ‘sunat’ digunakan kerana proses ini seakan-akan “membuang” bahagian tertentu pada pokok untuk kebaikannya. Ia adalah salah satu cara yang digunakan oleh pekebun dan petani untuk memastikan pokok lebih produktif.

Kelebihan Teknik ‘Sunat’ Pokok

  1. Merangsang Pembungaan: Apabila dahan atau akar tertentu dipotong, tenaga pokok akan lebih tertumpu kepada pengeluaran bunga dan buah.
  2. Mengawal Saiz Pokok: Teknik ini membantu memastikan pokok tidak tumbuh terlalu tinggi atau lebat sehingga sukar dijaga.
  3. Menghapuskan Bahagian Mati atau Berpenyakit: Membuang dahan yang tidak sihat membantu pokok untuk berkembang dengan lebih baik.
  4. Meningkatkan Pengaliran Udara: Dengan mencantas dahan yang lebat, cahaya matahari dan udara boleh menembusi pokok dengan lebih baik, menjadikan persekitaran lebih kondusif untuk pembungaan dan pembuahan.

Sedikit petua untuk dikongsikan.

Bagi pokok yang susah nak berbunga atau berbunga tetapi susah nak lekat menjadi buah.

Guna teknik sunat pokok. Ia bantak dilakukan oleh pekebun di Indonesia.

Cara-caranya:

Ads

1. 2 minggu sebelumnya kita kena buat pemangkasan pada ranting-ranting dan buang ranting-ranting kecil yang tak berpotensi.

2. Kemudian selepas 2 minggu, potong sekeliling kulit pokok dalam 5mm pada ranting yang mana kita suka.

3. Kemudian buang kulit tersebut.

Tanaman Susah Berbunga Dan Sukar Berbuah, Buat Teknik ‘Sunat’ Pokok

Ads

PENTING: Baja buah jangan lupa letak selepas buat pemangkasan. Ia bertujuan untuk menggalakkan pokok berbunga selepas tumbuh tunas baru

Pokok yang saya buat ni POKOK TAIWAN PINK GUAVA SEEDLESS.

Tanaman Susah Berbunga Dan Sukar Berbuah, Buat Teknik ‘Sunat’ Pokok

Tanaman Susah Berbunga Dan Sukar Berbuah, Buat Teknik ‘Sunat’ Pokok

Ads

Tanaman Susah Berbunga Dan Sukar Berbuah, Buat Teknik ‘Sunat’ Pokok

IMPIANA : Nak kena tengok pokok yang tak berbunga atau berbuah. Bolehlah buat teknik ‘sunat’ ini.

Sumber: Remy Soid

Mesti Baca: Casa NH Kediaman Baru Neelofa & Haris, Syukur Lalui Proses Bina Rumah Bersama
Baca Lagi Di Sini: Fasa Baru Kehidupan UYAINA ARSHAD, Progress Renovasi Siapkan Rumah Impian
Artikel Menarik: Elisya Sandha Kumpul Duit Beli Rumah 1.2 Juta, Simpan Niat Tambah Anak

Follow kami di WEBSITETELEGRAMINSTAGRAMTIKTOK, FACEBOOK dan YOUTUBE untuk dapat kan tip, idea.

Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda.
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI