Kantan memang tanaman herba yang mudah untuk di biakkan melalui umbisi atau “rhizome”. Tanam kantan, sudah pasti bunganya yang dinanti-nanti. Tapi, ramai alami masalah, pokok subur tapi, tak keluar bunga. Usahawan bunga kantan, En. Sadam Arffain berkongsi teknik tanam kantan untuk hasil yang optimum.
Harganya boleh mencecah sehingga RM3-RM8 sekuntum pada musim perayaan, RM1-RM2 di waktu biasa.
Bunga kantan ini bermula dari rhizome seperti gambar di atas yang diambil dari rumpunan pokok kantan.Cara pengambilan anak pokok ini dengan mengorek rhizome dari rumpunannya.
Rhizome ini boleh diambil dari pokok yang telah matang yang telah mencapai ketinggian 15-20 kaki serta telah menghasilkan bunga.
Rhizome yang telah di cantas batangnya boleh ditanam kedalam tanah jenis bergambut yang lembab. Tanah yang berpaya, berpasir, tanah liat tidak sesuai untuk penaman pokok kantan. Sebaik baik nya pokok ditanam berhampiran dengan tali air.
Rhizome yang baru ditanam hendaklah disiram sehari sekali untuk memastikan keperluan pokok mencukupi untuk mengeluarkan anak pokok yang baru.
Ads
Selepas 2-3 minggu, rhizome akan mengeluarkan anak yang baru.
Untuk tempoh minggu keempat, penyiraman boleh dikurangkan kerana pokok lebih stabil bergantung pada cuaca. Pembajaan NPK yang tinggi kandungan Nitrogen boleh diberikan untuk menggalakkan tumbesaran pokok dan menjaga kandungan klorofil dalam daun untuk kehijauan pokok.
Ibu rhizome (batang tua) boleh dipotong untuk mengurangkan kapasiti nutrien supaya anak pokok dapat nutrien penuh untuk mengeluarkan lebih anak.
Ads
Dalam tempoh 4-6 bulan. Pokok kantan akan mengeluarkan lebih banyak anak pokok.
Apabila pokok sudah berusia 1 tahun. Ketinggian pokok akan mencapai 8-10 kaki. Penggunaan baja NPK yang tinggi kandungan potassium (P) untuk menggalakan tumbesaran pokok dan akar.
Dalam tempoh 2 tahun. Pokok kantan akan mencapai ketinggian 16-20 kaki. Waktu ini pokok kantan akan mula mengeluarkan bunganya. Baja NPK yang tinggi kandungan fosforus (K) untuk menggalakkan pengeluaran bunganya.
Ads
Satu batang pokok kantan matang boleh mengasilkan 1-2 batang bunga. Satu rumpun pokok kantan ada dalam 10-15 batang pokok
Apabila sudah hari ke 4-7 hari. Bunga kantan sudah membesar dan mula mengeluarkan warnanya. Di saat ini bunga boleh di tuai sebelum bunga mulai mengembang. Bunga boleh dituai 4-5 hari sekali.
Pokok Rosemary antara pokok herba Inggeris yang digemari ramai. Aroma dedaunnya sahaja sudah cukup semerbak dijadikan salah satu bahan perapan untuk ayam, daging, kambing dan sebagainya. Tak susah sebenarnya nak tanam pokok herba ini di rumah jika tahu teknik dan caranya.Jika tidak ia akan mudah cepat layu dan mati.
Rupanya pokok Rosemary ini perlu diletakkan di tempat panas dan air secukupnya. Barulah ia mudah membiak dan segar bugar. Itu antara tip penjagaan pokok Rosemary yang dikongsikan oleh Dr Syahr Musafirsendiri.
Berikut perkongsian tersebut;
Daripada 1 pokok utama, atas cadangan dan permintaan saya potong beberapa batang pendek/kecil dan cucuk ke tanah, Alhamdulillah ada 7 anak pokok baru, pokok Rosemary.
Rosemary ini daunnya kita guna perap ayam, kambing, daging untuk bakar. Fuh, sedap!
Dan letakkan daunnya dalam air teh o panas. Fuh, sedapnya!
Saya beli anak pokok di nurseri je. Tak sangka mudah membiak.
Cara Penjagaannya:
Saya tidaklah tahu sangat. Cuma berdasarkan pengalaman, saya letak tempat teduh (garaj) dan dalam rumah, pokoknya tak segar, daun pun kekuningan.Sekarang letak tempat panas, sihat segar-bugar.
2. Selalu siram, at least 1 kali sehari paling lama pun 1 kali dalam 2 hari. Siram banyak biar basah tanah setiap kali siram.
3. Saya letak baja 1 kali sebulan, 1 sudu teh baja setiap kali letak, baja subur dari Kedai Eco saja saya guna.
Antara tanaman herba wajib ada di kebun dapur adalah seperti daun pandai, kunyit, kari dan beberapa jenis lain. Tanaman-tanaman herba ini ada antaranya sangat mudah untuk ditanam dan dibiakkan. Pun begitu, Tanam, baja dan siram sahaja tidak mencukupi.
Kalau nak hasilnya merimbun, ada beberapa perkara lain yang perlu anda lakukan seperti memangkas. Dengan memangkas, ia menggalakkan pertambahan tunas dan cabang baru. Secara tidak langsung ia berupaya mengeluarkan hasil yang lebih optimum.
Seperti yang dilakukan oleh Syamimah Binti Ismail. Pokok kari yang ditanam dalam pasu tetap merimbun. Ini rahsianya
Salah satu tips kalau nak tanam pokok daun kari ialah potong pucuknya. Nak tau kenapa?
Tujuannya :-
1. Bagi mengelakkan pokok daun kari meninggi macam pokok tebu.
2. Bila dah potong pucuk, pokok daun kari akan merimbun ala2 bongsai.
Buat Sendiri RACUN ORGANIK, Tiada Lagi Ulat Beluncas Makan Daun! Bagi yang suka berkebun, memang geram apabila pokok mahupun tanaman tak sihat dan bermasalah pada bahagian daun dan batang. Seperti diserang kulat/hama/kutu/ulat beluncas dan sebagainya.
Sebenarnya dengan menggunakan bahan-bahan dapur yang semula jadi seperti bawang putih, cili padi dan halia berkesan dijadikan semburan racun organik bagi mengatasi masalah ini.
Untuk faham lebih lanjut, boleh cuba buat sendiri semburan racun organik di rumah seperti yang dikongsikan oleh Puan Aisyah Umaira Binti Othman.
Alhamdulillah sejak guna racun organik ni tak de dah ulat beluncas ke anak rama-rama ke makan. Kadang depa buat sarang dekat daun tu untuk anak-anak depa makan.
Jadi saya pun buat la racun organik ni. Dia patutnya ada sukatan dia tapi saya tak ikut. Alhamdulilah menjadi walau pun tak ikut sukatan tu. Pucuk baru dah tumbuh.
Bahan Diperlukan:
5 batang cili api
4 ulas bawang putih
1 buku kecil halia
air Secukupnya
1 sudu sabun basuh pingan
Cara Membuat:
1. Kisar cili api, bawang putih, halia dan air agak-agak macam botol bawah ni. Kalau nak banyak bahan-bahan tadi gandakan la.
2. Selepas itu tapis, gaul sebati dengan sabun basuh pingan, saya guna Glo tu. Gaul sampai sebati, tapis lagi selepas itu simpan dalam tempat gelap 24 jam besok dah boleh guna.
3. Saya letak tempat gelap sebulan tak ingat ada buat racun organik ni. Alhamdulilah lagi lama simpan lagi kuat bau dia. Mungkin sebab tu ulat/lebah/lalat tak datang dah.
*Bancuhan tu tadi kena campur dengan air paip. Saya tak sukat pun, cuma agak-agak nak kuat kan bau dia je.
IMPIANA: Ada masalah ulat beluncas selalu makan pucuk daun, boleh cuba buat sendiri racun organik ni dah sembur sendiri pada pokok nanti. Boleh lihat hasilnya.
Tiada yang lebih bermakna apabila dapat membahagiakan kedua orang tua pada bila-bila masa. Baru-baru ini, penyanyi, komposer dan penulis lirik Lah Ahmad,45 atau nama sebenarnya Abdullah bin Ahmad ada berkongsi video pendek reaksi ibu tersayang yang terharu dan gembira apabila dihadiahkan peti sejuk baru oleh anak-anak.