Laman

Teknik Tanam Timun Dalam Pasu Gantung Lebih Mudah Untuk Di Tuai

Share

Kebiasaannya, timun ditanam terus di atas batas. Namun dengan teknik yang betul, tanaman menjalar berbatang lembut ini tetap akan mengeluarkan hasil optimum walaupun habitatnya sebuah pasu. Lebih menarik, pokok timun di tanam secara gantung lebih mudah diselenggara terutamanya bila hasilnya merimbuan. Jadi, bagi anda yang tinggal di apartmen dan mempunyai kekangan ruang, tak menjadi masalah jika anda ikut teknik tanaman timun di dalam pasu gantung ini.

Penyediaan biji benih

Sebaiknya, dapatkan biji benih timun mini untuk memudahkan anda mengawal tumbesaran pokok di dalam pasu. Kalau tak ada pun tak jadi masalah. Guna sahaja benih timun biasa. Tapi bagi anda yang membeli biji benih, pastikan tarikh luput pada pembungkus. Jangan beli yang dah sambang pula. Tunggu bertahun pun tak bercambah benih timunnya.

Sebaiknya, benih timun disemai di dalam bekas khas semaian terlebih dahulu. Bila dah keluar daun matang (4 hingga 5 helai daun) baru lah anak pokok boleh dipindahkan ke dalam pasu.

Pemilihan pasu

Pasu yang sesuai menanam pokok timun ialah bersaiz 12 hingga 18 inci ke atas. Namun ia bergantung kepada jenis atau spesies. Kalau anda tanam timun mini tak perlu lah saiz pasu yang besar. Tapi lagi besar lagi bagus untuk akar pokok timun bebas bergerak di dalam media dan ini seterusnya akan memberikan keselesaan pokok membesar dengan jayanya.

Artikel berkaitan:
Tanam Keledek Manis Dalam Pasu Menjadi, Hasilnya Boleh Tuai Selepas 100 Hari
Cara Tanam Bendi Dalam Pasu, Pokok Rendang Dan Cepat Berbuah


Mengikut pandangan pakar pertanian dalam dan luar negara, bekas tanaman yang diperbuat dari tanah liat lebih baik kerana ia bersifat sejuk dan terdapat rongga-rongga atau liang-liang pada pasu yang elok untuk pengudaraan di dalamnya. Secara tidak langsung ia memberi nilai tambah kepada akar.  Walau bagaimana pun, jika konsep asal tanaman timun ini adalah untuk digantung,  pasu plastik amat bersesuaian kerana khuatir pasu tanah liat nanti terlebih beban. Jadi jangan bimbang akan hal tersebut, yang penting anda buat pengemburan tanah 3 minggu sekali.

Campuran media tanaman (tanah)

Akar pokok timun tak kira apa pun jenis nya memerlukan pH yang neutral. Di samping itu juga, untuk memastikan tumbesaran dan hasilnya yang optimum, pastikan medium sentiasa dalam keadaan gembur dan bersaliran baik.

Lebih baik anda gunakan medium siap campur yang terdapat di pasaran. dah tak perlu pening-pening. Lengkap dengan keperluan seimbang yang diperlukan tanaman serta diperkaya bahan organik. Yang paling penting, terhindar daripada sebarang penyakit yang berpunca daripada medium atau tanah.

Siraman

Timun memerlukan air yang banyak sebagai jaminan kepada kesihatan tanaman dan buah yang berkualiti. Oleh itu, sebaiknya siraman dilakukan 2 kali sehari. Dan menjadi keutamaan, siraman menyeluruh dilakukan di awal pagi.

Siraman perlu dilakukan terus pada medium tanaman. Jangan pula siram pada bunga. Nanti buahnya tidak menjadi. Pastikan air di siram keluar pada lubang saliran di dasar pasu.

Sungkupan

Pokok timun merupakan tanaman berbatang lembut. Oleh itu, pastikan medium sentiasa dalam keadaan lembap. Lembap tau bukan bertakung air. Bagi mengekalkan kelembapan, perlu lah guna sungkupan seperti sabut kelapa.

Pendebungaan

Seperti tembikai, labu dan pelbagai lagi, jika tiada rama-rama, lebah atau serangga melakukan pendebungaan, teknik terbaik untuk mendapatkan hasil adalah melakukan pendebungaan sendiri. Gunakan berus warna air yang halus dan calitkan debu bunga jantan pada bunga betina.

Bunga betina kelihatan putik timun di bawahnya. Manakala jantan tidak


Pendebungaan perlu di lakukan di awal pagi kerana bunga timun akan mula layu menjelang tengah hari.


Pembajaan

Pembajaan perlu dilakukan setiap dua minggu. Untuk bulan pertama pertumbuhan, pokok timun memerlukan kalsium yang lebih. Oleh itu, jika anda merancang menanam secara organik, boleh gunakan kulit telur yang telah di hancurkan sebagai baja.

Untuk menggalak penghasilan buah, gunakan baja bunga dan baja buah jenis butiran atau slow release pada tanah. Namun apabila timun mula berbuah, pembajaan perlu dihentikan. Khuatir buah akan gugur lebih awal akibat panas dari baja.

 

Follow kami di WEBSITE, TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK dan YOUTUBE untuk dapatkan tip, idea dan artikel-artikel terkini serta menarik.

Published by
Impiana