Masa nak raya ni lah tiba-tiba “handphone” boleh pula asyik keluar notifikasi “storage full”. Macma mana nak ambil gambar dan buat video OOTD nanti? Jem otak. Dah padam dan buang macam-macam file, tapi masih sama.
Apa kata cuba ikut step yang dikongsikan oleh @zafizi.zain ni.
LANGKAH 1
Pergi ke bahagian Setting telefon anda.
Baca juga: Kesan Kepada Kesihatan Apabila Tengok Telefon Sebelum Tidur
LANGKAH 2
Klik pada menu Apps dan nanti akan keluar semua apps yang ada dan yang telah kita dah install.
Sesetengah model phone tidak ada menu Apps, jadi anda boleh klik pada bahagian App Management
LANGKAH 3
Klik bahagian tepi untuk filter fail yang paling besar, apa yang perlu kita kita buat adalah pilih Sort By Size. Secara automatik, fail paling besar akan berada paling kedudukan di atas sekali.
LANGKAH 4
Bila dah tahu memory yang paling besar, kita klik dekat situ – contohnya Facebook. Kemudian klik Storage.
LANGKAH 5
Seterusnya kita klik Clear Cache.
Secara automatik, bahagian cache akan menjadi kosong/dikosongkan.
SIAP!
Apabila file di dalam telefon dah ‘dibersihkan’, barulah telefon akan menjadi lebih lancar dan tiada lagi masalah ‘hang’ atau berat.
Jika tidak jelas, boleh rujuk video penuh beliau di sini: https://www.tiktok.com/@hafizi.zain/video/6993893438475308315
@hafizi.zain Jom 'clear' kan memory phone yang tak perlu. Baru phone jadi laju. #share #tiktokguru #viral #foryou #hafizizain #tiktokmalaysia ♬ Epic Music(842228) – Pavel
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
KLIK DI SEENI
Pilihan Permukaan Kaunter Dapur Yang Tepat
Proses pemilihan material untuk permukaan kaunter dapur bukanlah sesuatu yang boleh dilakukan dalam keadaan yang tergesa-gesa. Ia memerlukan penelitian dan pemerhatian dari pemilik. Selain ketahanan dan jangka hayat, rupa material juga perlu diambil kira supaya seiring dengan tema dapur. Buat checklist, kemudian senarai pendek kan segala kelemahan dan kelebihan material bagi memastikan bahan yang dipilih itu bersesuaian dengan dapur anda. Jangan lupa juga untuk lakukan penyelidikan dan bertanyakan pendapat pihak yang lebih arif seperti pereka atau kontraktor terlebih dahulu sebelum membeli. Disini IMPIANA akan bantu anda menyenaraikan 8 meterial pilihan popular untuk kemasan permukaan kaunter dapur.
1. Quartz
Diperbuat daripada campuran resin polyester dengan salah satu mineral yang paling teguh di bumi, Quartz boleh dikatakan material yang hampir mustahil untuk tercela atau rosak. Sifat bahan ini yang tidak berongga juga dapat menghalang bakteria yang menyebabkan bau busuk dan kesan kotor daripada menembusi permukaan.
Pros ; Fizikal yang kukuh dan menarik, datang dalam pelbagai warna.
Bahan yang tidak berongga, memudahkan kerja pembersihan dan penyelenggaraan.
Cons ; Memerlukan kos yang banyak berbanding material yang lain.
Tidak tahan suhu tinggi yang melampau, perlu sentiasa gunakan lapik periuk.
Tidak sesuai digunakan diluar rumah. Pendedahan kepada cahaya matahari akan memudarkan warna kaunter.
2. Granite
Batuan semulajadi granite kini mempunyai persaingan yang lebih sengit berbanding sebelum ini, tetapi popularitinya masih tidak dapat disangkal lagi. Permukaanya material ini kuat dan anggun dengan jalur urat semulajadi yang unik dalam setiap pemasangan. Walaupun begitu, sifatnya yang berongga memerlukan penyelenggaraan yang lebih cermat. Biasanya permukaannya akan dilitupi kemasan glossy tetapi juga boleh datang dalam penampilan matte.
Pros ; Rekaan yang tampak moden dan classy menjadikan dapur anda lebih elegan. Juga datang dalam pelbagai warna dan aliran urat yang unik.
Material ini tahan panas dan kalis kotoran.
Cons ; Bergantung pada tahap kualitinya, kos batuan Granite agak tinggi.
Penjurunya mudah pecah jika dikenakan tekanan yang kuat dan kasar.
Perlu kerap deselenggara bagi mengekalkan ketahanan dan sifat semulajadinya.
3. Marble
Marble atau marmar layak diletakkan seiring batuan semula jadi yang lain dengan penampilan yang sofistikated dan elegan sesuai untuk rekabentuk klasik yang mewah.
Pros ; Versatile dan datang dalam pelbagai warna dan gaya.
Tahan haba dan cenderung untuk bertukar sejuk, menjadikannya pilihan yang tepat untuk kaunter pembuatan pastri.
Apabila disapukan lapisan perlindung dengan teliti, ia boleh menjadi kalis kesan kotoran.
Cons ; Seperti batuan semulajadi yang lain, harganya agak mahal.
Mudah pecah dan memerlukan lapisan perlindungan berkala untuk mencegah kesan kotoran yang berkekalan.
Pendek kata – ia lebih kompleks untuk diselenggara.
4. Solid Surface
Bahan buatan manusia yang dibuat dari campuran alumina trihidrat dengan arkrilik, epoxy atau resin polyester dan pigmen warna. Solid surface datang dengan kemasan yang lebih moden dan tidak memiliki rongga menjadikannya salah satu bahan untuk kaunter yang paling mudah untuk dibersihkan.
Pros ; Tahan lama dan memiliki permukaan licin yang membolehkan ia disambung menjadi sinki atau backsplash.
Mudah untuk dibersihkan sekiranya terdapat kotoran dan calar.
Banyak pilihan warna dan corak, boleh menyerupai bahan-bahan lain seperti konkrit dan marmar.
Cons ; Tidak tahan dengan suhu yang tinggi, mudah tercalar dan lekuk.
5. Jubin Seramik
Terdapat pelbagai kemungkinan atau hasil yang boleh diperolehi dengan permukaan kaunter dari jubin seramik ini. Ia datang dalam banyak warna, corak serta saiz yang berbeza bagi memenuhi setiap citarasa. Jadi, amat mudah untuk anda membuat pilihan mengikut style yang anda inginkan.
Pros ; Tahan lama, mudah untuk dipasang, kalis panas dan lembapan.
Pilihan corak, warna , bentuk dan saiz berbeza yang mudah didapati dipasaran.
Cons ; Boleh tercalar, retak dan pecah jika tidak cermat.
Permukaan yang tidak sekata atau lurus.
Susah untuk membersihkan grouting yang terkena kotoran.
6. Laminate
Walaupun sering menjadi pilihan bagi pemilik dengan bajet yang terhad, ia tidak bermaksud laminate kurang dari segi kualiti. Malah, kaunter dengan kemasan laminate biasanya praktikal dan sangat berbaloi. Juga datang dalam pelbagai rupa.
Pros ; Kos yang rendah berbanding material lain.
Amat mudah untuk diselenggara.
Terdapat banyak pilihan warna dan gaya yang boleh menyerupai kayu atau batuan semulajadi.
Cons ; Amat mudah tercalar jika tidak berhati-hati.
Tidak tahan lama jika ingin dibandingkan dengan batuan.
Bergantung pada kualitinya, laminate mungkin akan terlihat ‘murah’.
7. Kayu
Material ideal untuk memotong, menghiris atau penyediaan bahan, menggantikan tugas papan pemotong kerana bahan ini tahan lasak. Walaupun begitu, jauhi kaunter kayu anda dengan alatan atau periuk panas kerana ia mudah rosak jika terdedah kepada suhu yang tinggi.
Pros ; Rupa klasik yang tampak lebih cantik dan warm.
Tahan lama dan sesuai untuk memotong bahan persediaan masakan terus dipermukaannya.
Cons ; Risiko warna luntur jika diletakkan berhampiran sinki atau punca air.
Perlu dilindungi daripada peralatan bersuhu tinggi.
Perlukan penyelenggaraan yang kerap.
8. Konkrit
Boleh menahan suhu tinggi dengan baik dan susah untuk bercalar. Pemasangan kaunter konkrit harus dilakukan dengan cermat dan memerlukan masa dan perhatian yang terperinci, jadi walaupun bahan itu sendiri adalah murah, anda perlu bersedia untuk kos upah pekerja.
Pros ; Tahan haba, licin, kuat dan agak tahan lama.
Kos bahan yang murah.
Cons ; Mudah retak jika dikenakan tekanan yang terlampau kuat.
Bahan yang berongga, tetapi boleh disapukan lapisan pelindung.
Mesti diselenggara dengan kerap untuk mengelakkan kotoran dan kerosakan air.
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
KLIK DI SEENI
{VIDEO} Cara Nak Jual Rumah Cepat? Saat Anda Terdesak!
Masalah atau isu hartanah kini telah menjadi satu topik Nasional. Acap kali kita mendengar masa kini banyak rumah tidak dapat dijual kerana kini bukan mudah untuk mendapatkan pinjaman bank atau loan perumahan. Ini mungkin salah satu penyebab, tetapi sebenarnya mungkin ramai diluar sana sudah mempunyai aset sendiri, tetapi tidak boleh mengembangkan aset tersebut. Mungkin ramai diluar sana yang mempunyai masalah yang begini? Apa sebenarnya punca ini berlaku yang menyebabkan anda diluar sana menjadi terdesak dengan situasi begini.
Memiliki hartanah sendiri adalah satu perkara wajib yang perlu diambil kira dalam perancangan kehidupan. Tetapi ramai pula anak muda masa kini yang suka menyewa dari memiliki. Ini juga satu masalah yang dihadapi. Kali ini IMPIANA tidak mengupas isu rumah sewa atau sendiri, tetapi IMPIANA ingin berkongsi cerita atau topik lambakan hartanah atau rumah yang tidak terjual.
Baru-baru ini ada kajian yang mengatakan terdapat 20 billion rumah tidak terjual pada masa kini, tetapi yang paling tidak disangka rumah yang berharga bawah RM 400,000 yang paling banyak tidak terjual. Di manakah silapnya, adakah rakyat Malaysia tidak mampu untuk memiliki rumah sendiri atau sebaliknya. Di sini IMPIANA menjemput Pejuang hartanah yang tidak asing lagi iaitu Ahyat Ishak dan Pemilik Hiasan Dalaman, Mamy Home untuk mengupas dan membantu pemilik kediaman yang berhasrat untuk menjual rumah mereka tetapi tidak ada jalan pada masa kini.
Kupasan yang cukup mantap dan jelas mengenai hartanah ini pastinya dapat membantu ramai pemilik diluar sana dalam menangani masalah hartanah ini.
Hartanah selalu dipandang ringan oleh ramai orang. Akhirnya terpaksa mengeluh sebab dah terlambat nak 'sediakannya' untuk diri sendiri!#impianamy #sembanghartanah
Posted by Impiana on Thursday, September 26, 2019
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
KLIK DI SEENI
“Limewash Painting”, Adalah Cat Yang Bergenerasi Baharu
“Limewash painting” ini, adalah satu warna cat yang boleh mewujudkan suasana romantis, idaman khayalan, dan dapat juga memberi kita aura energi seperti kita duduk di Itali. Cat “Limewash” ini adalah sejenis cat yang digunakan dari bahan utamanya iaitu lime stone atau gamping. Menurut kajian, untuk menghasilkan cat ini, ia perlu dibuat dengan campuran gamping yang telah perlu dihancurkan dan dipanaskan dengan air sehingga ia seperti berbentuk kental. Dalam sejarah pula mengatakan, cat ini sudah ada sejak 1000 tahun yang lalu dan pernah digunakan di Itali.
Fungsi “Limewash” ini, ia dapat menciptakan permukaan dinding dengan hasil matte yang ditambahkan dengan hasil cat bertekstur seperti kapur dan beludru. Selain itu, cat ini juga boleh digunakan mana-mana kawasan dalam dan luar ruangan rumah tetapi ia tidak sesuai untuk permukaan kayu atau metal. Di samping itu, bercerita tentang gamping. Gamping ini, mengandungi kuantiti PH yang tinggi, yang di mana kita tak perlu bakteria atau mikroorganisma hidup atau merebak di situ. Tambahan lagi, cat ini juga berhasil untuk menghilangkan bau-bau yang tidak sepatutnya dan mampu meningkat kualti udara di dalam rumah kita.
Jadi dengan ini, itu sahaja yang dapat saya kongsikan serba sedikit tentang “Limewash Painting” ini. Ada berminat? Jika anda berminat, anda boleh cuba untuk tukarkan warna rumah anda ke warna cat ini. Selamat mencuba!
Sumber: momsmoney.id (https://www.momsmoney.id/news/lime-wash-paint-cat-ramah-lingkungan-tambah-nilai-estetik-rumah-1)
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
KLIK DI SEENI