
Terdapat pelbagai jenis telur ayam di pasaran. Yang ada omega3 lah, organik, dan sebagainya. Tapi, apa beza antara telur ayam kumpung dan ayam biasa? Syaza Nutritionist berkongsi apa perbezaan dan telur ayam jenis mana yang lebih bagus. Namun dalam artikel ini, telur ayam kampung yang dimaksudkan adalah tertakluk kepaad ayam yang hidup berkeliaran dan bukan di kurung seperti terutamanya dalam tujuan komersial
Ramai yang tertanya-tanya ada beza ke telur ayam yang dihasilkan daripada ayam kampung dengan ayam biasa??
Kalau menurut USDA memang ada perbezaan. Jadi sebab ini ke telur ayam kampung menjadi pilihan hati??
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
KLIK DI SEENI
Guna Air Panas, Cara Mudah Bersihkan Kotoran Pada Sofa Fabrik Tanpa Tinggalkan Kesan

Mak-mak memang takot nak guna sofa atau kerusi yang menggunkan fabrik berona cerah seperti baige, putih, kelabu terang dan sebagainya. Ia disebabkan risiko mudah kotor. Kebiasaanya, cara membersihkan kotoran pada fabrik sofa menggunakan air dan sabun. Tapi, sebenarnya ada cara yang lebih mudah dan yang penting tak ada kesan kotoran langsung.
Nurul Wahyu berkongsi tip membersihkan tompokkan kotoran pada sofa yang menggunakan fabrik berona cerah di dalam group facebook Kelab Kaki Deco Kaison, Ikea, Romantika, Eco dan Mr DIY
Nak share, haritu ada ahli tanya macam mana ye nak hilangkan kesan tompok pada sofa yang warna terang. ada ahli kelab ni share kata pakai air panas. so saya dah buat. memang berkesa.
![]()
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
KLIK DI SEENI
Dekorasi Dapur Kuarters Tentera

Perkongsian dapur kuarters tentera daripada pemilik rumah Puan Suhaila Dali ini cukup menarik perhatian. Bagi beliau tiada istilah tidak boleh mengemas dalam apa jua ruang. Jika dilihat ruang dapur yang terhad ini dilengkapi dengan teratur dan sistematik. Lihat sahaja sentuhan dan pilihan perkakas dan kemasan dapurnya yang cukup menarik. Langsung tidak kelihatan sempit dan sarat.
Masa mula masuk, hanya ada singki. Memandangkan kosong, maka mula lengkapkan sikit-sikit. Memilih tema ‘White and Wood’ & konsep ‘Open Pantry’ supaya praktikal dan nampak luas walau hakikatnya kecil sahaja. Terbaca Instagram Dr. Hani tadi, bila tersusun automatik akan nampak cantik di mata kita. Cantik itu subjektif jadi jangan stress kalau tak cantik di mata orang. Yang penting, praktikal dan mudah dibersihkan. Kebanyakan barang-barang utama dibeli di IKEA:
Rak kayu: Hejne Kabinet dapur: Knoxhult, Rak putih: Lerberg Selebihnya, beli di Instagram & Shopee. Boleh je nak tanya beli dekat mana, tiada dekorasi mewah di sini.Semoga memberi inspirasi buat yang tinggal di rumah pinjam seperti saya.
Perkongsiannya ini cukup memberi inspirasi untuk yang memiliki ruang dapur terhad dan sempit. Jika ada yang mula berminat dan bekenan di hati dengan kemasan pilihan Puan Suhaila Dali yang di beli atas talian ini. Boleh klik di link yang dikongsikan di bawah.
1. Kabinet dapur = https://invol.co/cl5ekyn
2. Rak putih =https://invol.co/cl5ekzr
3. Rak kayu bertingkat = https://invol.co/cl5el16
4. Langsir singki = https://invol.co/cl5el1y
5. Troli = https://invol.co/cl5el2h
6. Wood Crate = https://invol.co/cl5el3b
7. Tudung saji rotan = https://invol.co/cl5el3w
8. Label rempah = Shopee link : https://invol.co/cl5elih
9. Rak kayu rempah = Shopee link : https://invol.co/cl5elkd
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
KLIK DI SEENI
Rak TV Untuk Bilik Sempit, Rumah Pangsapuri, Modal Hanya RM2000

Rak tv untuk bilik sempit, rumah pangsapuri, modal hanya RM2000. Tinggal di pangsapuri dengan keluasan terhad tidak seharusnya menjadi halangan untuk menghias kediaman mengikut cita rasa anda. Asalkan ada kemahuan dan sedikit kreativiti, keluasan kediaman yang terhad boleh tampak luas serta selesa untuk didiami.
Keseimbangan dan keharmonian amat penting dalam menghias pangsapuri. Perabot, kemasan, dan aksesori hiasan harus seiring dengan skema dekorasi yang anda pilih. Oleh kerana keluasan yang terhad, pilih konsep dekorasi yang tidak memerlukan banyak perabot.
Melalui satu hantaran dilaman Facebook, Azma Affandi telah berkongsi tip menghias kediaman pangsapuri miliknya. Dengan keluasan 850 kaki persegi, beliau perlu bijak memilih perabot dan susun atur yang sesuai agar keluasan rumah yang terhad tidak kelihatan terlalu padat.
Fokus utama dekorasi Azma ialah di bahagian ruang bilik tidur utama. Dengan keluasan bilik 10 𝚡 12 kaki persegi, beliau perlu bijak memilih perabot yang sesuai serta menyesuaikan dengan bajet yang beliau ada.
“Saya berhajat untuk membeli rak televisyen yang sudah siap untuk bilik tidur utama. Masalah timbul apabila lebar bahagian dalam cabinet semuanya melebihi satu kaki. Jika saya tetap juga memilih rak tersebut maka ruang bilik akan bertambah sempit,” jelasnya.
Menurut Azma, puas juga beliau memikirkan bagaimana untuk mencantikkan bilik tidurnya. Beliau tetap juga mahukan rak televisyen ada di dalam bilik. Tidak terburu-buru membuat keputusan, beliau mencari info terlebih dahulu sebelum membuat pilihan.
“Saya berusaha untuk mendapatkan rak televisyen yang sesuai untuk bilik tidur utama. Saya lakar, ukur dan tempah sendiri rak televsiyen mengikut keluasan dan kesesuaian bilik yang sempit,” kata wanita ini lagi.
Bagi merealisasikan impian untuk memiliki rak televisyen di bahagian ruang bilik utama, Azma telah menempah rak tersebut dengan seorang tukang kayu. Mujur juga tukang kayu tersebut faham dengan hasil lakaran yang dibuat oleh Azma.
“Alhamdulillah selepas memberitahu dan menunjukkan hasil lakaran yang saya buat kepada tukang kayu, beliau sanggup membuatkan rak televisyen tersebut mengikut keluasan terhad bilik.
“Dengan kos lebih RM2000 termasuk kos tambang lori kerana lokasi yang jauh, akhirnya saya dapat memiliki rak televisyen seperti yang diinginkan. Memang menjadikan kebiasaan perabot yang ditempah harganya lebih mahal berbanding perabot yang sudah siap,” katanya.
Walaupun terpaksa mengeluarkan kos yang sedikit tinggi untuk mendapatkan rak televisyen impian di bilik tidur utamanya, Azma tidak kisah. Beliau amat berpuas hati dengan hasil reka ciptanya sendiri.
Ada banyak cara untuk kita menghias deko rumah yang kecil tanpa perlu mengeluarkan belanja yang banyak. pilihannya terletak di tangan anda. Paling penting, biar sedap mata memandang setiap kali pulang selepas penat bekerja. Apabila rumah tersusun cantik, hati kita pun tenang dan senang.
Tugas mendekorasi rumah memang mencabar, apatah lagi jika ruang kediaman terhad. Pada masa sama, kita pula teringin letak pelbagai jenis perabot dan perhiasan idaman.
Bagaimana caranya supaya rumah yang sempit nampak luas?
Berikut dikongsikan tip menghias kediaman yang terhad keluasannya:
*Suai padan perabot yang anda ada. Elak menambah perabot.
*Perabot, kemasan, dan aksesori hiasan harus seimbang dan harmoni.
*Pilih warna putih atau krim untuk memberikan kesan ruang yang lebih luas.
*Pilih perabot yang tahan lama dan berpatutan harganya. Banyak barang atau perhiasan murah tetapi kelihatan mahal dan mewah.
*Gunakan cermin hiasan pada dinding untuk memberikan kesan ruang yang nampak lebih luas.
Sumber: Azma Affandi
Ingin kongsi idea dekorasi rumah anda? Klik link ini untuk join telegram grup Geng Dekor Impiana: https://t.me/gengdekorimpiana
Ingin lebih tahu pelbagai tip untuk dekorasi rumah? Jangan lupa ikuti kami di Telegram dan TikTok rasmi IMPIANA.
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
KLIK DI SEENI