Telur Mata Masak Asam Simple, Resepi Turun Temurun

Share

Lagi 10 hari nak berpuasa. Bukan je mak-mak rasa buntu nak sediakan juada ketika berbuka, waktu sahur pun terkebil-kebil mencari idea nak masak apa supaya dapat memikat selera keluarga. Almaklum lah, baru bangun tidur kan. Otak masih mamai dan tak berapa nak terima makanan.

Baca juga: Cuba Resepi Limau Ais Ni Kalau Badan Masih Lesu Dan Lapar Lepas Berbuka

Tapi, kalau tak makan nanti lapar pula. Sebab tu, dah hujung-hujung ramadan lauk ringkas adalah yang paling menyelerakan di waktu sahur. Paling “best” telur mata dengan kicap. Tapi, hari-hari telur mata pun, bosan juga kan?

Apa kata cuba resepi ringkas pembangkit selera oleh Noriza Jaja ni. Telur goreng masak asam memang terangkat. Resepi ni turun temurun dari arwah opah Noriza yang dipelajari oleh ibunya dan kini diwarisi oleh beliau pula. Jom cuba!

Resipi Telur Goreng Masak Asam

Bahan-bahan:

Telur goreng
Bawang besar hiris
Bawang putih hiris
Halia hiris
Cabai masak hiris
Cili padi hiris
Air asam jawa
Gula dan garam

Cara-cara Memasak :

1. Guna minyak goreng telur tadi.

2. Tumis bahan-bahan hiris sehingga layu.

3. Masukkan air asam jawa. Pekat atau cair terpulang pada selera anda.

4. Masukkan gula dan garam secukup rasa. Biarkan telur mendidih sekejap.

5. Tutup api. Siap!

Selamat Mencuba!

Published by
Impiana