Tema “Soft Pink” Jadikan Dapur Rumah PPR Ni Nampak Cute Je . Tak kira lah rumah saiz banglo atau PPR kalau tak bijak mengurus, memang rasa tak cukup je ruang yang tersedia. Lebih besar sesuatu kediaman, lebih banyak ruang akan kelihatan kosong atau tidak digunakan. kerja mengemas pun bukan mudah. Jika ruang kediaman sempit pula, anda perlu lebih kritikal dan kreatif untuk meletakkan semua keperluan dalam ruang yang sempit
Seperti yang dilakukan oleh Sakinah Nazeri. Saiz dapur yang sangat sempit berupaya disusun rapi dan dihias indah mengikut tema pink. Bijak optimumkan ruang dan kreatif menyusun keperluan menghasilkan sebuah dekor dapur sempit pink ini
Saya nak kongsikan dapur rumah saya yang tak seberapa ni. Rumah flat kos rendah.
Saya minat soft pink dan tak berapa minat pink pekat. Saya gunakan padanan putih bagi memberi seri kepada rona padanan pink lembut. Dapur ni hanya muat untuk 2 orang sahaja satu masa. Harap ia memberi inpirasi kepada semua
Tema “Soft Pink” Jadikan Dapur Rumah PPR Ni Nampak Cute Je
Ads
10 tip dapur sempit tapi sedap mata memandang
Dilema dapur kecil yang menyesakkan dan merimaskan . Apa tindakan anda?
1. Bermain dengan warna-warna comel seperti pastel. Imbasan umpama main masak-masak.
2. Pencahayaan yang cukup dan menarik. Boleh menambah lampu struktur pada bawah bahagian kabinet atas.
3. Kurangkan permukaan berkilau bagi mengelakkan kemalangan.Terlanggar 1 semua terjatuh.
4. Kekalkan prinsip susunan ala segi tiga keramat – dapur, sinki dan dapur.
5. Elakkan memilih warna dapur yang membosankan seperti perang koko kayu atau seperti kabinet lama.
6. Tidak salah memilih warna-warna terang dan comel bagi memberi keceriaan suasana ketika memasak .
Ads
7. Pasang ekzos fan bagi mengelakkan bau masakan yang kurang enak!
8. Tidak salah memilih spatula berwarna – warni. Paling tidak memberi motivasi kepada anak dara sunti anda turun ke dapur.
9. Solek macam dapur kering, guna macam dapur basah. Maksudnya carilah material seperti jubin ada ilusi papan jalur atau parquet. Material kaunter glamour dan tahan lasak. Lagi pun ruangnya kecil, inilah masa kita gunakan ruang dan wang dengan berbaloi.
10. Pilih material mudah lap dan tahan dalam serta pastikan barang yang selalu dipakai, ditempatkan saling berdekatan.
Tidak cukup dengan isu persekitaran seharian yang membelenggu, tambah lagi dengan stress kerja. Pulang dari kesibukkan harian di pejabat, sudah pasti anda akan mencari sesuatu yang mampu melegakan minda dan memebri ketenangan. Apa kata inspirasikan kediaman anda menjadi sebuah spa. Untuk zahirkan sebuah kediaman yang mempunyai dekorasi ala spa, ini yang anda perlukan.
Letakkan bauan aroma terapi dalam rumah
Bauan aroma adalah antara solusi termudah untuk anda wujudkan elemen ketenangan dalam rumah walaupun tidak sama seperti pusat spa, bauan aroma seperti lavender sudah cukup untuk membuatkan anda khayal sebentar kerana ianya bersambung terus secara direct kepada sistem otak yang mengawal emosi dan menyimpan memori. Selain daripada bauan lavender, anda boleh juga letakkan chamomile, eucalyptus.
Wujudkan bunyi yang menenangkan
Perasan tak kalau anda berkunjung ke spa, item pertama yang anda akan lihat adalah hiasan berbentuk air terjun serta pancuran air? Ini kerana bunyi percikan air yang dihasilkan dari air pancut mampu membuatkan anda berasa tenang seketika. Tambahan, menurut kajian apabila anda melihat air yang beralun bersama ikan ia akan membawa pemikan yang serabut hanyut bersama. Selain itu, anda boleh hebatkan lagi kediaman ala spa anda dengan alunan muzik jenis soul dan elakkan dari memasang lagu kegemaran anda di dalam kereta tetapi adalah molek untuk tune lagu yang hanya menggunakan instrumen.
Baluti diri anda dengan tuala yang nyaman atau jubah mandi
Tuala putih selalu menjadi pilihan pengusaha spa untuk diberikan kepada pelanggan sementara menunggu giliran. Tualanya tidak menggunakan bahan peluntur untuk kekal putih, tetapi ianya dihangatkan untuk keselesaan pengunjung. Anda boleh lakukan perkara yang sama jika anda pulang ke rumah, selepas anda selesai membersihkan diri, baluti tubuh anda dengan tuala hangat suam kuku, untuk dapatkan ketenangan ditambah iringan muzik instrumental alunan perlahan.
Pasangkan lampu malap
Selain daripada memasang lampu flourescent untuk menerangi kediaman di waktu malam, anda juga boleh pasangkan lampu malap untuk mewujudkan elemen tenang dan romantik. Cadangan kadar pencahayaan yang sesuai adalah lampu putih lembut berkadaran 2700K Celcius. Kadar ini sesuai kerana pencahayaannya akan membuatkan anda berasa lebih tenang serta kemalapannya sesuai dengan keperluan anda.
Bawa masuk elemen semulajadi
Apabila telah tersedianya elemen air, tambahkan lagi satu item penting dalam dekorasi yang seimbang iaitu pepohon hidup di dalam rumah. Tekstur alam semulajadi seperti kita ketahui amat efektif dalam memastikan aliran udara segar berterusan di dalam rumah. Selain daripada penyusunan pokok segar dalam rumah, anda juga boleh lekatkan wallpaper berunsurkan alam semulajadi atau konsep hijau.
Kerusi dan sofa empuk
Jika anda inginkan suasana seperti di dalam spa, anda boleh letakkan kerusi atau sofa empuk di ruang rehat utama. Elakkan penggunaan material bersifat keras seperti besi. Ini kerana anda mahukan suasana tenang dan manjakan diri. Manjakan diri, kena empuk, kalau keras, tak empuk namanya.
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda. Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
Hanya kerana ruang di kediaman terhad, tidak bermakna anda perlu korbankan fungsi dan praktikaliti. Pemilik kediaman kompak ini buktikan dengan perancangan dan reka bentuk yang tepat, “downsizing” bukanlah sesuatu yang wajar kit ahindari. Malah, keputusan berpindah dari rumah yang luas kepada yang lebih kecil telah memudahkan kehidupan seharian mereka.
Angkat tangan siapa yang ada isu ruang almari yang tidak mencukupi. Mesti ramai kan lebih-lebih lagi bagi bilik berukuran kompak. Kali ni IMPIANA nak kongsi trik menyimpan untuk almari bersaiz kecil
1. GANTUNG BAJU
Berbanding dilipat, kaedah simpanan gantung baju untuk almari sempit lebih pratikal dan menjimatkan ruang. Anda boleh gantung 2-3 helai baju dalam satu penyangkut yang sama.
2. RUANG SIMPANAN DI BAHAGIAN BAWAH ALMARI
Kebiasaanya, bahagian bawah baju yang telah disangkut mesti ada ruang masih kosong kan? Jadikan ia sebagai ruang simpanan tambahan dengan menggunkan kotak lutsinar
3. PINTU GELONGSORAN
Pemilihan pintu almari gelongsoran sangat praktikal bagi bilik berukuran kompak. tambahan, ia lebih memudahkan anda mengambil barang
4. SEDIAKAN PEMBAHAGI RAK
Untuk memudahkan barang tidak bersepah dan mudah diambil, sediakan pembahagi ruang. Baru lah senang nak tentuan barang apa yang nak disimpan
5. SUSUN BARANG MENGIKUT JENIS DAN WARNA
Almari yang kecil memang agak sukar untuk kita cari barang yang diperlukan lebih-lebih lagi isinya padat. Untuk jimat masa mencari dan elak bersepah, susun barang dalam almari ikut jenis
6. GANTUNG AKSESORI
“overdoor hoock” Adalah item praktikal untuk anda gunakan sebagai ruang menyimpan aksesori secara gantung. Bukan sahaja anda boleh simpan aksesori banyak-banyak tu, malah mumudahkan anda mengambilnya
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda. Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
Setiap pemilik kediaman ada cara tersendiri dalam memastikan rumah sentiasa kemas, bersih dan teratur, sedap mata memandang. Begitu juga pilihan konsep dan citarasa dekorasi yang menjadi pilihan.