Mungkin ada di kalangan anda yang tidak mengenali dengan hotel penginapan Temple Tree Resort ini meski telah sering berkunjung ke kawasan peranginan terkenal, Pulau Langkawi yang terletak di utara Semenanjung tanah air.
Baru-baru ini, IMPIANA telah berkesempatan dan berpeluang untuk merasai sendiri pengalaman menginap di hotel penginapan Temple Tree Resort ini yang terletak di sekitar kawasan Pantai Cenang, Pulau Langkawi.
Jadi oleh itu, IMPIANA ingin berkongsi kesemua pengalaman menarik selama 3 hari 2 malam di hotel penginapan tersebut bersama pengikut setia IMPIANA.
Untuk maklumat anda, Temple Tree Resort ini adalah merupakan sebuah tempat penginapan untuk para pelancong dari serata negara dan binaan bangunan telah mula dibina sekitar pada tahun 2008.
Dengan ukuran keluasan tanah kawasan tempat penginapan yang mencecah hampir satu ekar ini, Temple Tree Resort telah membangunkan sebanyak 8 buah rumah tradisi lama dan dijadikan sebagai tempat penginapan bertaraf 4 bintang kepada para pelancong.
Apa yang membuatkan tempat penginapan ini menarik dan sangat unik oleh kerana Temple Tree Resort telah membangunkan semula 8 buah rumah tradisi lama yang didatangkan khas dari serata negeri Semenanjung Malaysia.
Kira-kira hampir dalam 2 jam perjalanan menaiki kapal terbang berlepas dari Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah, Subang, IMPIANA telah pun selamat tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Langkawi dan kemudian terus menuju pergi ke Temple Tree Resort.
Dari Lapangan Terbang Antarabangsa Langkawi ke lokasi hotel penginapan adalah sangat dekat dan hanya mengambil masa sekitar dalam 15 hingga 20 minit untuk sampai. Sejurus tiba di Temple Tree Resort, seperti biasa kena daftar masuk dahulu sebelum masuk ke bilik hotel.
Ads
Setelah itu, ketika dalam perjalanan dari kaunter ‘reception’ ke bilik penginapan anda akan terlihat sebuah kolam renang yang tersergam indah di pintu masuk utama kawasan penginapan tersebut.
Ketika keberadaan IMPIANA di Temple Tree Resort, IMPIANA telah berpeluang untuk merasai sendiri pengalaman menginap di salah sebuah bilik di Colanial House. Tidak dapat disangkalkan lagi, Colonial House ini sememangnya kelihatan tampak cantik dan mempunyai keunikan yang tersendiri.
Ini kerana, struktur luar dan dalaman bangunan Colonial House didatangkan istimewa dari bandar George Town, Pulau Pinang dan dibina semula di kawasan penginapan Temple Tree Resort. Untuk pengetahuan anda, Colonial House merupakan sebuah rumah tradisi lama yang sudah berusia lebih 100 tahun. Menarik kan?
Ads
Kalau luar bangunan rumah sahaja pun sudah kelihatan sangat begitu cantik ketika waktu siang mahupun malam, jadi sudah semestinya ruang dalaman rumah tradisi lama ini juga tampak unik dan menakjubkan.
Bagi konsep ruang dalaman rumah tradisi lama ini pula masih lagi mengekalkan sentuhan elemen kombinasi budaya daripada Peranakan dan juga Eropah.
Secara konklusinya, IMPIANA memang berasa sangat berpuas hati dengan servis perkhidmatan penginapan yang disediakan oleh Temple Tree Resort kepada para pelancong. Boleh kata semua tip-top dan terbaik!
Ads
Sekiranya anda ingin mengetahui maklumat lanjut dan membuat tempahan tempat penginapan di Temple Tree Resort, anda boleh sahaja segera melayari laman sesawang www.templetree.com.my atau hubungi nombor di talian +6017-599 5935.
Di samping itu, anda juga boleh saksikan video penuh momen pengalaman IMPIANA di Temple Tree Resort pada pautan video di bawah;
Ingin lebih tahu pelbagai tips untuk dekorasi rumah? Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi IMPIANA. Klik di sini.
Perunding hartanah kongsi susun atur ruang rumah apartment yang praktikal, jangan lupa ‘check’ kiblat. Apartment adalah sejenis rumah bertingkat tinggi (high-rise) yang memang biasa di Malaysia, dan telah wujud berabad lamanya. Kediaman jenis ini ditawarkan dengan unit bertaraf rendah pada harga yang berpatutan.
Sebuah apartment atau pangsapuri ‘dikawal’ dan berada dalam kawasan pagar, serta lebih dari lima tingkat. Ia dilengkapi dengan lif dan disambungkan dengan ruang letak kereta di luar.
Apartment mempunyai kemudahan asas seperti taman permainan dan kawasan landskap. Kediaman jenis ini didatangkan dengan status kediaman (strata) dan dilindungi oleh HDA.
Jika anda pemilik sebuah apartment, pernahkan anda terfikir cara yang praktikal untuk mendekorasikan kediaman anda? Apakah dekorasi yang sesuai dan terbaik agar kediaman dengan keluasan terhad ini dapat disempurnakan dengan baik demi keselesaan penghuninya?
Berikut perkongsian bermanfaat daripada perunding hartanah, Azizul Azli Ahmad
APARTMENT YANG BAIK?
1. Ini antara contoh susun atur ruang bagi sebuah apartment yang baik. Apartment ini hanya rumah mampu milik sahaja.
2. Dengan ruang terhad, arkitek berjaya bahagikan ruang ini kepada tiga zon ruang yang jelas.
*Public
*Semi public
*Privasi
3. Ruang dapur sedikit tertutup dan menghalang pandangan orang lain.
4. Kedudukan ruang makan menjadi pengikat antara ruang dapur dan ruang tamu.
5. Zon bilik jelas dan terjaga privasinya ketika pintu bilik dibuka.
6. Kedudukan bilik airnya juga baik untuk penghuninya.
Sebagai catatan tambahan, sebagai Muslim, buat semakan kedudukan kiblat kita di mana nantinya. Lebih manis jika kita solat, tidak menghadap bilik air kita.
Elakkan membeli unit studio soho, sovo, sofo sebagai kediaman pertama anda. Ia bukan pulangan yang baik bagi sebuah pelaburan.
Sebuah bilik dobi atau laundry merupakan tempat dimana semua pakaian serta fabrik diuruskan. Kediaman yang mempunyai bilik laundry sememangnya menjadi idaman semua orang. Sudah tentunya bilik laundry impian anda menepati ciri-ciri asas bersesuaian dengan penggunaannya. Ruang ini biasanya dilengkapi dengan peralatan asas membasuh seperti sinki mencuci, mesin basuh, dryer dan juga papan seterika.
Antara ciri-ciri bilik laundry yang baik termasuklah :
1. Mempunyai ruang atau permukaan kaunter yang mencukupi
2. Ruang penyimpanan atau kabinet yang lengkap
3. Pencahayaan yang tepat
4. Pengudaraan yang lancar
5. Susun atur yang bijak
6. Multi-fungsi dan versatil
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda. Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
Umat Islam menarik nafas lega apabila kerajaan mengumumkan tiada lagi penjarakan sosial di dalam melakukan ibadah di masjid. Seperti mana kita tahu bulan ini ramai yang mengambil kesempatan untuk menunaikan ibadah tarawih di masjid gara-gara 2 tahun tidak dapat melakukan ibadah ini beramai-ramai. IMPIANA tertarik dengan sebuah masjid yang terletak di negeri Perak iaitu Masjid Al-Badr di Pulau Pangkor dengan kaligrafi 1000 selawat ini.
Lakaran seni khat bait-bait ayat suci al-Quran pelbagai bentuk menggambarkan kehalusan, keindahan ilmu dan khazanah Allah SWT. Ayat suci ini sebagai kalamullah diturunkan kepada Nabi Muhamad SAW mengandungi mukjizat untuk panduan umat-Nya.
Selain ditulis di dalam kitab atau buku untuk dibaca, ia diperluaskan dalam bentuk kaligrafi pada bangunan, seramik, kaca, ukiran kayu, logam dan lain-lain bahan.
Menariknya, seni khat ini memberi pesona sesebuah bangunan seperti masjid dengan ukiran ayat suci menambah seri hiasan dalamannya sekali gus mengangkat keagungan Islam.
Banyak masjid di seluruh dunia diperindahkan pada dinding, mimbar, mihrab, menara, dewan solat, kubah dan lain-lain sudut dengan hiasan kaligrafi.
Tidak terkecuali masjid di Malaysia. Antaranya, Masjid Al-Badr di Pulau Pangkor, Perak dibina pada 2014, dipenuhi dengan hiasan kaligrafi khat tulisan 1,000 selawat.
Masjid Al-Badr dikenali dengan nama Masjid Seribu Selawat. Segala pembinaan, hiasan dalamannya dan kaligrafi dihasilkan membawa motif yang menjadi simbolik kepada negeri itu.
Penyalinan kaligrafi ayat al-Quran di dinding bangunan adalah sebahagian usaha memastikan kalam-Nya terus dihidupkan dan tidak terhad kepada bahan bercetak sahaja. Usaha itu bertujuan menterjemahkan makna al-Quran melalui binaan yang indah sebagai sebahagian daripada dakwah seni.
Kesenian kaligrafi 1000 selawat seperti inilah perlu kita nikmati selagi berpeluang untuk melihat hasil tangan yang di buat pada setiap penjuru Masjid ini.
Tiada yang lebih bermakna apabila dapat membahagiakan kedua orang tua pada bila-bila masa. Baru-baru ini, penyanyi, komposer dan penulis lirik Lah Ahmad,45 atau nama sebenarnya Abdullah bin Ahmad ada berkongsi video pendek reaksi ibu tersayang yang terharu dan gembira apabila dihadiahkan peti sejuk baru oleh anak-anak.