Berita

Temple Tree Resort Langkawi Sangat Menakjubkan, Rasai Pengalaman Bersama IMPIANA

Share

Mungkin ada di kalangan anda yang tidak mengenali dengan hotel penginapan Temple Tree Resort ini meski telah sering berkunjung ke kawasan peranginan terkenal, Pulau Langkawi yang terletak di utara Semenanjung tanah air.

Baru-baru ini, IMPIANA telah berkesempatan dan berpeluang untuk merasai sendiri pengalaman menginap di hotel penginapan Temple Tree Resort ini yang terletak di sekitar kawasan Pantai Cenang, Pulau Langkawi.

Jadi oleh itu, IMPIANA ingin berkongsi kesemua pengalaman menarik selama 3 hari 2 malam di hotel penginapan tersebut bersama pengikut setia IMPIANA.

Untuk maklumat anda, Temple Tree Resort ini adalah merupakan sebuah tempat penginapan untuk para pelancong dari serata negara dan binaan bangunan telah mula dibina sekitar pada tahun 2008.

Dengan ukuran keluasan tanah kawasan tempat penginapan yang mencecah hampir satu ekar ini, Temple Tree Resort telah membangunkan sebanyak 8 buah rumah tradisi lama dan dijadikan sebagai tempat penginapan bertaraf 4 bintang kepada para pelancong.

Apa yang membuatkan tempat penginapan ini menarik dan sangat unik oleh kerana Temple Tree Resort telah membangunkan semula 8 buah rumah tradisi lama yang didatangkan khas dari serata negeri Semenanjung Malaysia. 

ARTIKEL BERKAITAN: Memartabatkan Kesenian Warisan Malaysia, Temple Tree Resort Bina Semula 8 Buah Rumah Lama Dari Serata Tanah Air

Kira-kira hampir dalam 2 jam perjalanan menaiki kapal terbang berlepas dari Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah, Subang, IMPIANA telah pun selamat tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Langkawi dan kemudian terus menuju pergi ke Temple Tree Resort.

Dari Lapangan Terbang Antarabangsa Langkawi ke lokasi hotel penginapan adalah sangat dekat dan hanya mengambil masa sekitar dalam 15 hingga 20 minit untuk sampai. Sejurus tiba di Temple Tree Resort, seperti biasa kena daftar masuk dahulu sebelum masuk ke bilik hotel.

Setelah itu, ketika dalam perjalanan dari kaunter ‘reception’ ke bilik penginapan anda akan terlihat sebuah kolam renang yang tersergam indah di pintu masuk utama kawasan penginapan tersebut.

Ketika keberadaan IMPIANA di Temple Tree Resort, IMPIANA telah berpeluang untuk merasai sendiri pengalaman menginap di salah sebuah bilik di Colanial House. Tidak dapat disangkalkan lagi, Colonial House ini sememangnya kelihatan tampak cantik dan mempunyai keunikan yang tersendiri.

Ini kerana, struktur luar dan dalaman bangunan Colonial House didatangkan istimewa dari bandar George Town, Pulau Pinang dan dibina semula di kawasan penginapan Temple Tree Resort. Untuk pengetahuan anda, Colonial House merupakan sebuah rumah tradisi lama yang sudah berusia lebih 100 tahun. Menarik kan?

Kalau luar bangunan rumah sahaja pun sudah kelihatan sangat begitu cantik ketika waktu siang mahupun malam, jadi sudah semestinya ruang dalaman rumah tradisi lama ini juga tampak unik dan menakjubkan.

Bagi konsep ruang dalaman rumah tradisi lama ini pula masih lagi mengekalkan sentuhan elemen kombinasi budaya daripada Peranakan dan juga Eropah.

Secara konklusinya, IMPIANA memang berasa sangat berpuas hati dengan servis perkhidmatan penginapan yang disediakan oleh Temple Tree Resort kepada para pelancong. Boleh kata semua tip-top

dan terbaik!

Sekiranya anda ingin mengetahui maklumat lanjut dan membuat tempahan tempat penginapan di Temple Tree Resort, anda boleh sahaja segera melayari laman sesawang www.templetree.com.my atau hubungi nombor di talian +6017-599 5935.

Di samping itu, anda juga boleh saksikan video penuh momen pengalaman IMPIANA di Temple Tree Resort pada pautan video di bawah;

Ingin lebih tahu pelbagai tips untuk dekorasi rumah? Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi IMPIANA. Klik di sini.

Baca artikel berikutnya: Mengapa Anda Perlu Elakkan Membeli Rumah Tanpa Perlindungan? Penting Sangat Ke?

 

 

 

Published by
Nazar Rafiqhi