Sinki terutamanya di dapur kerap menjadi mangsa kepada sikap tidak bertanggungjawab pemilik yang suka mengambil mudah melupus atau membuang sisa di dapur. Memang mudah tapi anda tak tahu, ini lah antara punca yang menyebabkan sistem saliran di dapur anda tersumbat.
Nak panggil plumber bukan murah tau. Kalau yang berlesen, harga nak baiki saliran tersumbat ni boleh menelan kos RM 200-300. Jadi, sebelum berlaku, pastikan 5 bahan ini tidak dibuang ke dalam saliran sinki anda.
SISA LEMAK DAN MINYAK
Sisa lemak dari masakan atau minyak yang sudah beberapa kali dikitar kebiasaannya di buang ke dalam saliran sinki. Apabila lemak atau minyak yang disalirkan bersama air, ia akan menjadi agen pengikat dan menjadi zat yang padat. Teksturnya akan menjadi seperti marjerin. Ini antara faktor utama yang menyumbat saliran sinki
Sebaiknya, sisihkan minyak atau lemak tersebut di dalam bekas berasingan yang tertutup rapat dan dibuang terus ke dalam tong sampah
KULIT TELUR
Sememangnya kulit telur bersifat mudah namun ia tidak ringan. Jika berada di dalam saliran, ia akan menjadi perangkat zat padat dan berat lain seperti sisa makanan.
TEPUNG
Tepung kelihatan mempunyai jisim yang ringan. Namun,teksturnya mudah menyerap air dengan cepat. Secara tidak langsung ia menyebabkan gumpalan tepung dan bakal melekat pada dinding saliran. Sebaiknya jika ada sisa tepung usahakan untuk buang ke dalam tong sampah.
LABEL MAKANAN
Label makanan seperti yang terdapat pada buah walaupun kelihatan kecil, ia memberi kesan yang buruk terhadap saliran sinki. Tambahan, label makanan diperbuat dari bahan tidak mudah terurai.
SISA SERBUK KOPI
Serbuk atau sisa kopi paling mudah dibuang ke dalam saliran sinki. Serbuk kopi merupakan jisim yang sangat berat walaupun ia kelihatan kecil. Ia seperti minyak dan lemak yang menjadi punca utama tersumbat saliran sinki