Terapi Warna Bantu Kurangkan Resah Pesakit

Share

 

Bukan semua di kalangan kita yang bertuah dikurniakan kesihatan yang baik sepanjang tahun. Ada juga yang diuji dengan masalah kesihatan dan cabaran dalam hidup ini bukanlah satu beban tetapi variasi dalam kehidupan yang perlu kita tempuh. Ada di antara kita yang diamanahkan menjaga ibu bapa yang sakit, ada yang bertanggungjawab menjaga ahli keluarga yang mempunyai penyakit kronik malah ada juga tuan rumah sendiri yang tidak mempunyai tahap kesihatan yang kuat melawan segala penyakit di luar sana.

Apatah lagi jika anda seorang yang selalu terdedah dengan orang ramai misalnya. Menaiki kenderaan awam dan berjumpa dengan orang ramai. Itu belum lagi terpaksa meredah hujan dan panas dalam menggalas tugas. Pasti mencabar. Rasa resah dan gelisah sudah pasti bertandang jika anda mudah diserang demam dan selsema. Jadi apakah usaha kita dalam menjadikan ruang kamar lebih selesa dan memberi rasa senang dikala kita menanggung penyakit yang tidak diundang ini?

Jika diperhatikan, ilham daripada wad hospital itu sendiri. Warna dan perabot serta keperluannya. Anda yang menjaga orang tua yang uzur atau anda sendiri uzur boleh memilih  rona pucat yang memberi karakter lembut membelai seperti diibaratkan orang berbisik. Rona lembut atau pucat ini memberikan satu kelegaan pada mata dan terapi pada diri agar tidak stress dan melahirkan rasa resah.

Ada yang memilih hijau pucat, biru samar, kelabu cair dan disuai padan dengan warna di dalam kelompok yang sama. Ia bukan sahaja untuk dinding, anda boleh keenakan pada kemasan lembut. Langsir, cadar, dan sarung kusyen . Pastikan ia fabriik kapas bermutu. Malah tidak salah anda membiarkan ruang atau perabot berwarna putih dan dibelai dengan rona ini pada kemasan lembut.  Selain pencahayaan semula jadi yang perlu ditapis dengan sheer curtain, kamar jga memerlukan langsir tebal jika anda memerlukan suasana yang gelap untuk berehat bair pun disiang hari.

Biar pun ia sebenarnya nampak remeh, namun tidak salah kita memberi rasa senang kepada mereka ini. Setidak-tidaknya mengurangkan beban penyakit yang mereka hidap. Simple-simple je di IMPIANA….

Published by
Faizal Yunus