Rumah kampung jika diberi penataan dekorasi yang indah juga mampu menyerlahkah nilai estetika kediaman yang didiami.
Khaty Fauziah,66 pelakon veteran yang merupakan ibu kepada pelakon Shaheizy Sam dan Datin Zizie Ezette ada berkongsi hiasan dalaman di kediamannya baru-baru ini.
Konsep Rumah ‘English Cottage’
Memilih rumah berkonsep ‘English Cottage’ dan terbuka, kediaman Fauziah dinamakan “Teratak NEN’Da/ Nen’Da’s Cottage” merupakan gabungan dua panggilan nama iaitu Nena dan Dada.
Cetusan idea dekorasi di rumahnya dihias mengikut citarasa sendiri tanpa melantik Pereka Hiasan Dalaman professional. Hasilnya tidak kurang hebatnya. Jelmaan rumah kampung dengan suntikan kediaman ala kampung Inggeris berjaya diketengahnya.
“Saya sendiri sebagai pereka bentuk rumah & pereka dalaman rumah ini (tak mampu untuk upah pereka dalaman professional) yang berkonsepkan Inggeris dan terbuka (open concept),”katanya.
Reka Bentuk “Rumah Peranginan”
Menginjak usia emas, Fauziah kini menetap di Kampung Padang, Jalan Pokok Mangga, Melaka bersama suami tersayang, di samping anak-anak dan cucu-cucu yang sesekali datang menginap rumah tersebut.Reka bentuk kediaman dibina seperti berada di rumah peranginan dengan konsep terbuka dan ventilasi ruang pengudaraan diberi keutamaan.
“Memandangkan Melaka mempunyai cuaca yang agak keterlaluan panasnya terutamanya bila di dapur, saya juga memang reka bentuk rumah ini seolah-olah seperti rumah peranginan/chalet untuk anak-anak, menantu-menantu, cucu-cucu dan siapa juga yang sudi bermalam di rumah saya akan rasa mereka sedang berhealing/holiday,”
“Maka saya buat banyak tingkap, pintu-pintu utama yang besar dengan menggunakan roller shutters supaya banyak ruang untuk angin masuk,” ujarnya.
Ads
Ads
Hiasan Landskap Rumah Mendamaikan
Begitu juga dengan hiasan landskap di halaman rumah. Buai gantung rotan disamping dedaun menjalar memenuhi ruang atap rumah dan pelbagai jenis pokok-pokok dan tanaman disekeliling rumah cukup menyerlahkan lagi dekorasi taman. Cukup redup dan mendamaikan, saujana mata yang memandang.
Ads
“Alhamdulillah.. Walau pun hanya sebuah teratak tapi saya bersyukur kepada Allah SWT kerana pinjamkan harta dunia ini buat kami nikmati sisa-sisa hidup yang masih ada,” ujarnya.
IMPIANA: Memang cantik dan menarik konsep ‘English Cottage’ kediaman Khaty Fauziah ini. Cukup redup dan menenangkan seperti berada di rumah peranginan. Semoga menjadi inspirasi bagi mereka yang menggemari konsep ini.
Salah satu perkara yang paling menyeronokkan apabila pergi melancong adalah apabila kita dapat menikmati keselesaan gaya hidup ala bangsawan ketika tinggal dihotel hotel mewah. Katil empuk dengan cadar yang hangat, tandas luas yang bersih, serta balkoni dengan pemandangan indah. Sudah tentu seronok kan? Perkara ini lah yang cuba pemilik akaun fb Cik Piyya terapkan pada kediaman Semi-D beliau yang terletak di Rembau, Negeri Sembilan ini.
Dengan memikirkan tentang keselesaan bilik hotel, Cik Piyya terlebih dahulu merancang susun atur dan dekorasi yang diingini sebelum memulakan renovasi. Ini bagi mengelakkan hiasan carca merba yang tidak teratur dan bercampur aduk selain dapat menjimatkan kos dan juga masa. Dengan berbekalkan kos perbelanjaan kurang RM30k, pemilik telah mengambil masa selama 5 bulan untuk menyiapkan rumah ala hotel nya dengan sempurna.
Mari sama-sama kita lihat transformasi rumah berkeluasan lebih kurang 3000 kaki persegi ini bertukar menjadi ruang mewah yang terlihat amat menawan dan selesa. Semoga bermanfaat dan menjadi inspirasi anda untuk mendeko.
SEBELUM PROSES RENOVASI
SELEPAS RENOVASI
Ruang Tamu
Ruang Makan
Bilik Tidur Utama
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda. Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
Penggunaan papan hitam serta kapur putih di sekolah mungkin sudah lapuk tetapi jika kombinasi ini diaplikasikan dalam dekorasi rumah pasti ianya memberi manfaat yang besar kepada seluruh ahli keluarga.
Ilham dekorasi papan hitam dan kapur ini boleh dimanfaatkan oleh ibubapa serta anak kerana si ibu boleh mencatat perkara utama untuk dilakukan dalam sehari seperti tugasan mengemas rumah, pembelian barang dapur manakala bapa pula boleh mencatat segala bil-bil yang tertangguh dan si anak boleh mengekspresikan cetusan idea mereka di dinding yang spesifik untuk mereka.
Untuk merealisasikan idea ini, anda boleh mendapatkan cat papan kapur (bukan cat kapur) di mana-mana outlet barangan perkakas rumah yang berhampiran.
Antara ruangan yang strategik untuk anda tepek cat papan kapur ini adalah seperti di ruangan dapur, bilik tidur anak dan ruang tamu.
Di dapur, selain daripada menyenaraikan segala barangan keperluan yang akan dibeli, anda juga boleh menetapkan tempat meletak peralatan memasak yang sepatutnya kerana dengan ini, anda tidak lagi tersalah letak kuali serta sudip.
Di ruang tamu pula, cat ini berfungsi sebagai salah satu cara untuk kita meninggalkan mesej kepada ahli keluarga yang lain selepas anda keluar dari rumah seperti tugasan membersihkan rumah, keluarkan makanan sejuk beku dari peti ais dan sebagainya. Malah anda juga boleh lebih kreatif dengan menjadikan papan kapur ini sebagai buku menu famili anda untuk seminggu. Setiap ahli keluarga bolehlah menulis menu yang diingini agar semua ahli keluarga diberi notis awal hidangan makan malam.
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda. Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
Sempena tahun baru cina tahun ini, mungkin ada yang terinspirasi untuk menghias kediaman ala Oriental. Gaya tersendiri dan melambangkan dunia negara belah timur seperti China, Jepun dan Korea amnya.
Tilam tanpa katil – Satu gaya klasik Oriental yang masih popular hingga kini. Jangan lupa lapikkan tilam anda dengan tikar buluh sebagai alas dan nampak kemas lagi cantik. Tidak salah jik anda menggunakan gantungan kain sutera, atau kimono atau susunan kipas tangan sebagai hiasan kepala katil.
SELAIN DILETAKKAN PADA LANTAI, REKAAN PLATFORM DALAM 4″ JUGA SESUAI DIJADIKAN ALAS TILAM SUPAYA ANDA LEBIH SELESA.
Perabot antik ala rose wood – Tidak perlu perabot kayu rose antik yang sebenar. Kini banyak perabot moden juga mengambil ilham daripada bentuk asal perabot tradisi cina. Anda hanya perlu mencari perabot kontemporari yang mempunyai elemen kesenian perabot cina dan jadikan ia seperti set konsol.
Pemidang – pemidang antara perabot yang tidak asing bagi kita dan mereka yang meminati rekaan ala oriental. Cukup sebuah dan boleh dijadikan latar kepada ruang makan atau ruang tamu.
Inspirasi Lukisan Antik – Gambar Maharaja dan Maharani yang menjadi koleksi pengumpul barang antik. Ia sememangnya mahal dan ada yang sangguP melabur wang untuk diabadikan dalam koleksi mereka.Atau cukup sebuah lukisan oriental klasik yang mempunyai sejarah yang tersendiri.
Fabrik satin Cina – Elemen yang paling mudah untuk di dapati. Kini banyak produk sedia ada menyediakan kelengkapan dengan menggunakan satin cina termasuk kotak tisu, alas meja dan bantal kecil.
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda. Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
Setiap pemilik kediaman ada cara tersendiri dalam memastikan rumah sentiasa kemas, bersih dan teratur, sedap mata memandang. Begitu juga pilihan konsep dan citarasa dekorasi yang menjadi pilihan.