Dekorasi

“Teratak NEN’Da” Estetika Rumah Kampung Berkonsep ‘English Cottage’ Milik Pelakon Khaty Fauziah

Share

Rumah kampung jika diberi penataan dekorasi yang indah juga mampu menyerlahkah nilai estetika kediaman yang didiami.

Khaty Fauziah,66 pelakon veteran yang merupakan ibu kepada pelakon Shaheizy Sam dan Datin Zizie Ezette ada berkongsi hiasan dalaman di kediamannya baru-baru ini.

Konsep Rumah ‘English Cottage’

Memilih rumah berkonsep ‘English Cottage’ dan terbuka, kediaman Fauziah dinamakan “Teratak NEN’Da/ Nen’Da’s Cottage” merupakan gabungan dua panggilan nama iaitu Nena dan Dada.

Cetusan idea dekorasi di rumahnya dihias mengikut citarasa sendiri tanpa melantik Pereka Hiasan Dalaman professional. Hasilnya tidak kurang hebatnya. Jelmaan rumah kampung dengan suntikan kediaman ala kampung Inggeris berjaya diketengahnya.

“Saya sendiri sebagai pereka bentuk rumah & pereka dalaman rumah ini (tak mampu untuk upah pereka dalaman professional) yang berkonsepkan Inggeris dan terbuka (open concept),”katanya.

Reka Bentuk “Rumah Peranginan”

Menginjak usia emas, Fauziah kini menetap di Kampung Padang, Jalan Pokok Mangga, Melaka bersama suami tersayang, di samping anak-anak dan cucu-cucu yang sesekali datang menginap rumah tersebut.Reka bentuk kediaman dibina seperti berada di rumah peranginan dengan konsep terbuka dan ventilasi ruang pengudaraan diberi keutamaan.

“Memandangkan Melaka mempunyai cuaca yang agak keterlaluan panasnya terutamanya bila di dapur, saya juga memang reka bentuk rumah ini seolah-olah seperti rumah peranginan/chalet untuk anak-anak, menantu-menantu, cucu-cucu dan siapa juga yang sudi bermalam di rumah saya akan rasa mereka sedang berhealing/holiday,”

“Maka saya buat banyak tingkap, pintu-pintu utama yang besar dengan menggunakan roller shutters supaya banyak ruang untuk angin masuk,” ujarnya.

 

 

Hiasan Landskap Rumah Mendamaikan

Begitu juga dengan hiasan landskap di halaman rumah. Buai gantung rotan disamping dedaun menjalar memenuhi ruang atap rumah dan pelbagai jenis pokok-pokok dan tanaman disekeliling rumah cukup menyerlahkan lagi dekorasi taman. Cukup redup dan mendamaikan, saujana mata yang memandang.

 

 

 

 

“Alhamdulillah.. Walau pun hanya sebuah teratak tapi saya bersyukur kepada Allah SWT kerana pinjamkan harta dunia ini buat kami nikmati sisa-sisa hidup yang masih ada,” ujarnya.

Mesti Baca:Rumah Kampung Dari ‘Luar,’ Bila Masuk Dalam, Tengok Ruang Tamu Dah Macam Kondominium
Baca Lagi Di Sini:Kondominium Dekorasi Ala Rumah Kampung, Konsep Rumah Persinggahan & Homestay
Artikel Menarik:Dekorasi Dapur Rumah Kampung Hasil Bertukang Sendiri, Puas Hati Tengok Hasil ‘Kejadian’

IMPIANA: Memang cantik dan menarik konsep ‘English Cottage’ kediaman Khaty Fauziah ini. Cukup redup dan menenangkan seperti berada di rumah peranginan. Semoga menjadi inspirasi bagi mereka yang menggemari konsep ini.

Sumber: Instagram Khaty Fauziah

Follow kami di WEBSITE, TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK dan YOUTUBE untuk dapatkan tip, idea dan artikel-artikel terkini serta menarik.

Published by
Suhaidah Binti Abd Wahab