Menyingkap sebalik kediaman tradisional yang di bawa jauh dari Kedah ke Kuala Lumpur ini membuatkan ramai yang ingin tahu apa kelebihan rumah tradisional ini.

Ads
Ads
Ads
Ukiran dinding, pintu dan kisi-kisi bermotif flora, fauna dan geometrik berfungsi sebagai aliran udara menunjukkan rumah berkenaan sebagai simbol kemegahan masyarakat Melayu lama suatu ketika dulu.
Teratak Penghulu Abu Seman Berusia Lebih 100 Tahun
Meskipun rumah yang sudah berusia 100 tahun itu bukan didirikan di tanah asalnya hari ini, usaha Badan Warisan Malaysia (BWM) mengambil inisiatif menyelamatkan rumah berkenaan begitu dihargai.
Rumah berkenaan didakwa milik seorang penghulu Mukim Bagan Semak kampung Sungai Kechil, di Daerah Bandar Baharu, Kedah, Abu Seman Nayan juga dikenali sebagai Penghulu Abu Seman, sebagai tatapan generasi hari ini.
Teratak Penghulu Abu Seman Berusia Lebih 100 Tahun Teratak Penghulu Abu Seman Berusia Lebih 100 Tahun Teratak Penghulu Abu Seman Berusia Lebih 100 Tahun
Rumah Abu Seman dibawa berpindah dengan jarak sejauh 400 kilometer (km) dari tapak asalnya di Kedah dan kini tidak lagi sunyi berbanding sebelum ini yang hanya ditemani cengkerik dan unggas hutan. Sesuai rumah yang berada di segi tiga emas pusat bandaraya pastinya tidak terlepas melalui pencemaran bunyi.
Namun, bezanya sebaik berpeluang berada di dalam badan rumah yang lanjut usianya, ketenangan masih dirasai seolah diri kita kekal berada di zaman kegemilangannya.
Apatah lagi melihat satu-persatu perkakas dan peralatan terdapat di dalam rumah itu membuatkan kita leka memandangkan tidak lagi menjumpainya di zaman ini.
Kisi-kisi dengan motif tersendiri mengikut sudut tertentu berfungsi sebagai pengaliran udara menjadikan setiap ruang rumah sejuk dan tenang malah mampu melupakan sejenak bunyi kebisingan di luar.
Teratak Penghulu Abu Seman Berusia Lebih 100 Tahun Teratak Penghulu Abu Seman Berusia Lebih 100 Tahun
Rumah yang dibina hanya menggunakan bahan kayu berkualiti seperti cengal, meranti dan balau menjadi antara faktor utama struktur bangunan rumah itu masih utuh hingga hari ini.
Malah, pihak BWM mengambil langkah memulihara keaslian bahan binaannya dengan menyapu minyak enjin kenderaan terpakai supaya tidak dimamah usia mahupun serangga.
Kini rumah Abu Seman sudah cantik dan terpelihara keasliannya. Sesiapa saja boleh mengunjunginya malah mampu melepaskan rindu untuk mengimbas kenangan suasana kampung seperti dulu.
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda.
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI