Terazzo, Harga Murah Kualiti Terbaik Kini Trend Lantai 70-an Buat Kemunculan Semula

Share

Elegan, praktikal, kuat dan tahan lama, terrazzo pada asalnya dicipta oleh pekerja-pekerja binaan Venetian yang mencampur cip marmar dari projek mewah untuk mendapatkan lantai kos rendah yang menarik di kediaman mereka sendiri. Lantai bajet dari tahun 1970-an ini telah melanda gelombang populariti yang baru dan kali ini ia tidak menunjukkan tanda untuk berhenti dalam masa yang terdekat. Terrazzo adalah bahan yang tampak moden tapi dalam masa yang sama terasa tradisional sekaligus menjadikan ia bahan yang timeless

. Ternyata terrazzo sesuai diletakkan dalam mana-mana ruang di rumah, bagi mewujudkan upgrade mewah yang mampu bertahan lama.Terrazzo juga adalah salah satu pilihan paling versatile yang mudah di dapati pada satu ketika dahulu.

Mengapa Pilih Terrazzo?

Terrazzo merupakan pilihan yang tepat untuk interior anda atas beberapa faktor ;

Kos Efektif

FAKTA – Semasa hayat sesebuah binaan, jumlah kos mengekalkan atau menggantikan lantai boleh mencapai sehingga 35 kali ganda berbanding kos permulaan lantai tersebut.

Jadi adakah anda masih ingin memasang karpet, lantai kayu ataupun vinyl? Sedangkan sudah ada material yang tahan lama, mudah dan murah pula. Untuk jangka masa panjang, terrazzo dilihat sangat memuaskan dari segi kos penyelenggaraan dan keseluruhan.

Customizeable

Dengan reka bentuk dan pilihan warna yang amat luas, terrazzo adalah impian para arkitek, pereka mahupun pemilik. Dari corak geometri elegan, grafik menarik dan bunga berkembang mekar, terrazzo bakal mengubah koridor yang hambar atau pintu masuk ke dalam ruang dengan keanggunan dan semangat baru. Satu-satunya had pengahalang adalah imaginasi anda. Jadi, be creative!

Mudah Untuk Dijaga

Kebersihan, keselamatan dan kualiti udara merupakan antara asas dalaman yang penting. Permukaan tidak berliang Terrazzo dapat menentang mikrob merbahaya dan pengumpulan kelembapan. Ia adalah aspek penting untuk persekitaran yang bersih, sihat dan bebas kulat. Dan oleh kerana ia mempunyai permukaan yang licin, penyelenggaraan berkala seperti menyapu, mengemop dapat dilakukan dengan mudah.

Tahan Lama

Kita dapat lihat sifat sebenar terrazzo di kawasan trafik yang tinggi di mana ketahanan dan penyelenggaraan yang minimum amat dititkberatkan. Jika dijaga dengan baik, lantai terrazzo tidak mungkin perlu diganti. Sifat tahan lama material ini telah menjadikannya pilihan untuk kawasan dan ruang yang dikunjungi ramai selain rupa fikizalnya yang mempunyai kelas tersendiri. Terrazzo amat bernilai dimata golongan tertentu sejak beratus tahun yang dulu kerana integriti dan kekebalannya.
Published by
Amalina