Apabila kita cuba mendalami seni hias rumah dalam gaya minimalis ala Jepun, penekanan pada kesederhanaan, keseimbangan dan keselesaan menjadi panduan utama.
Dengan menyatu padukan elemen-elemen alam dan penggunaan ruang yang bijak, anda dapat mencipta sebuah atmosfera yang menenangkan dan mempesonakan dalam rumah anda.
Ads
Ads
Ads
Ruangan Terbuka: Gaya rumah Jepun sering menekankan ruang terbuka dan aliran cahaya semula jadi. Pastikan ruangan anda teratur dan lapang dengan sedikit perabot. Biarkan cahaya matahari dapat masuk dengan baik.
Perabot Sederhana: Pilih perabot yang sederhana dan berfungsi. Contohnya, meja rendah, sofa tanpa lekuk yang rumit dan rak dinding yang ringkas.
Elemen Alami: Gaya rumah Jepun sering menggabungkan elemen alam seperti kayu, batu dan tanaman hijau. Anda boleh tambahkan elemen-elemen ini dalam bentuk perabot hiasan atau tumbuhan hidup.
Warna Neutral: Pilih palet warna yang tenang dan neutral seperti putih, krim, coklat kayu atau kelabu. Warna-warna ini memberikan suasana yang tenang dan tenteram.
Tatami atau karpet Jepun: Jika mampu, pertimbangkan untuk menggunakan tatami atau karpet Jepun untuk lantai. Ini boleh menambah sentuhan tradisional Jepun pada rumah anda.
Seni Minimalis: Hiasi dinding dengan seni yang sederhana dan minimalis seperti lukisan, kertas dinding Jepun atau karya seni yang mempunyai nilai estetika yang tinggi.
Penyusunan Perabot: Susun perabot anda dengan teliti untuk mencipta ruang yang seimbang dan lapang. Pastikan tiada kelebihan perabotan yang menyebabkan ruang kelihatan sesak.
Dengan mengikut panduan ini, anda boleh mencipta suasana rumah yang minimalis dan tenang seperti di Jepun.
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda. Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
Merah jambu bukan lagi warna yang digunakan secara eksklusif di bilik tidur, tetapi boleh digunakan untuk beberapa bilik di dalam rumah, salah satunya adalah ruang tamu.
Menggunakan warna merah jambu di dalam bilik boleh membawa suasana kemesraan, romantik dan keanggunan. Merah jambu adalah warna yang sangat serba boleh dan mesra untuk mana-mana bilik.
Merah jambu dikaitkan dengan kepekaan, kepolosan dan kelembutan. Merah jambu sering dianggap sebagai warna yang sinonim dengan wanita, tetapi sebenarnya ia bergantung kepada warna lain yang digabungkan dan keamatannya.
Sebagai contoh, merah jambu dicampur dengan putih sangat sesuai untuk persekitaran kanak-kanak. Walau bagaimanapun, jika anda menggabungkan merah jambu dengan hitam, ia akan mewujudkan kesan erotisme.
Jadi, jika anda berminat untuk mengaplikasikannya, inilah cara untuk membawa warna merah jambu ke ruang tamu.
Buat makluman anda, merah jambu adalah warna yang sangat sesuai digabungkan dengan warna neutral seperti putih, hitam dan kelabu.
Cara paling mudah untuk membawa merah jambu ke ruang tamu adalah dengan mengecat dinding merah jambu, kemudian tambah aksesori dan bermain dengan warna yang bertentangan untuk mewujudkan suasana yang menyeronokkan, ceria dan moden.
Jika anda mencari hasil yang lebih harmoni dan lembut, gunakan ton yang paling ringan dan gabungkan dengan palet pastel. Dengan cara ini, anda akan menikmati rumah dengan banyak cahaya dan rasa luas yang berganda.
Pintu merah jambu
Mengecat pintu merah jambu adalah idea yang bagus untuk membawa warna merah jambu ke ruang tamu dan mengisi bilik dengan cahaya dan keseronokkan.
Pintu yang dicat merah jambu memberikan kesan dan rasa yang berbeza kerana ia boleh mengubah penampilan keseluruhan rumah dengan cara yang sangat mudah dan murah. Untuk melengkapkannya, anda hanya perlu menambah beberapa aksesori yang diselaraskan dengan nada yang dipilih.
Sofa Pink
Cara lain menghadirkan warna pink di ruang tamu dapat dilakukan melalui penggunaan sofa pink.
Rosewood pink adalah warna paling bagus dan sangat mudah dipadukan karena cukup neutral. Anda dapat meletakkan kerusi berlengan di tempat teduh lain yang sedikit lebih kuat serta menambahkan pasu bunga dengan warna yang sama untuk menciptakan suasana yang sangat feminin dan nyaman.
Kertas dinding merah jambu
Jika anda tidak mahu mengecat dinding merah jambu, anda boleh menggunakan kertas dinding berwarna atau warna merah jambu. Menggunakan kertas dinding merah jambu ialah cara terbaik untuk mengubah dinding ruang tamu anda menjadi ruang yang penuh dengan kehidupan.
Apakah warna untuk digabungkan dengan merah jambu? Sekali lagi, ia bergantung kepada kesan yang anda ingin capai. Dalam tonnya yang paling lembut, merah jambu berfungsi seperti neutral dan sesuai dengan hampir semua warna.
Ruang tamu merah jambu pastinya merupakan trend yang hebat dan anda boleh menggunakannya dalam kadar yang kecil. Sentiasa ingat untuk mengekalkan palet warna, mencipta keharmonian melalui aksesori dan jangan bermain dengan lebih daripada tiga warna dalam setiap bilik.
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda. Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
Beri ketenangan dan tak suka ‘outstanding’, rona Monokrom menjadi pilihan pemilik kediaman. Cantik, ringkas dan menenangkan melihat dekorasi rumah yang dikongsikan oleh Khairul Abdullah ini.
Pilihan rona hitam, putih dan kelabu mendominasi keseluruhan hiasan dalaman kediaman ini. Baik dari segi perabut, kabinet dapur, perkakasan, peralatan elektrik mahupun aksesori hiasan.
Ternyata, bapa tunggal kepada 3 orang anak ini, bijak menghias dan mengatur suai padan dekorasi di rumahnya.
“Rumah aku ni simple. Cat putih sahaja seluruh rumah, takde fancy colour. Aku guna tona monochrome gitu. Perabut hitam, putih, grey diserikan dengan warna kayu.”
Lampu aku beli yang simple, industrial design. Beli kaler hitam, kipas pun hitam. Beli di Puchong, kedai apa ntah nama dia, punyalah banyak lampu sampai tak tau nak pilih. Murah pulak tu.
Aku guna mentol warm white (lampu kuning) sebab aku suka efek kaler dia dan aku jenis tak suka lampu putih yang cerah dan terang bederang. Aku suka warm dan cosy. Tenang dan romantik gituh.
Aku tak suka hiasan sarat. Takde hiasan sangat rumah aku ni. Ada lah pokok sikit, ada frame gambar sikit. Mostly wall aku kekalkan kosong jer. Banyak yang jadi hiasan adalah lego anak-anak aku ni lah.
Kenapa aku pilih tona mono hitam putih grey ni?
Sebab aku jenis yang tak suka outstanding. Aku suka low profile dan rileks jer. Shade ni bagi ketenangan pada aku. Lagi satu aku suka warna industrial. Tona begini juga lebih “manly” untuk kami 4 beranak yang semuanya lelaki.
Ohh kolam ikan pun buat sendiri je. Aku beli tangki fibre kat Shopee, pastu beli set pam dan filter. Siap pasang aku pergi nursery beli pokok, lepas tu singgah kedai akuarium beli ikan. Settle.
Sebenarnya nak bagitau yang semua benda aku buat sendiri tau. Adalah adik-adik aku ada datang bantu juga. Cuma memang takde melibatkan upah tukang atau orang lain. Kami buat sendiri semuanya.
Tebuk dinding, pasang rail langsir, pasang semua lampu kipas buat sendiri. Kitchen cabinet tu tough sikit sebab nak tebuk kayu table top tu nak pasang sink dan hob memang kena buat betul-betul. So adik-adik aku datang bantu, pegang, ukur, tebuk dan pasang.
Puas hati wehh bila dah siap. Hasil tangan sendiri semuanya. Pandaikan? Sesuai tau nak jadikan calon suami. Hiks.
IMPIANA: Cantik dan kemas hasil garapan dekorasi rumah sendiri dengan konsep monokrom. Bersesuaian dengan citarasa dan gaya hidup pemilik yang ringkas, tak menonjol serta sukakan ketenangan.
Tiada yang lebih bermakna apabila dapat membahagiakan kedua orang tua pada bila-bila masa. Baru-baru ini, penyanyi, komposer dan penulis lirik Lah Ahmad,45 atau nama sebenarnya Abdullah bin Ahmad ada berkongsi video pendek reaksi ibu tersayang yang terharu dan gembira apabila dihadiahkan peti sejuk baru oleh anak-anak.