Pokok cili antara tanaman mesti ada dikebun rumah. Ia mudah untuk ditanam namun sangat sensitif terhadap serangan perosak sam ada dari virus mahupun serangga. Itu, antara punca utama hasil cili tidak menjadi walaupun telah diberi baja yang mencukupi. Selain itu, ada beberapa perkara punca cili kedekut buah. Antaranya:
NITROGEN BERLEBIHAN
Masalah lain dengan cabai yang tidak berbunga atau berbuah adalah nutrisi yang tidak mencukupi. Tanaman dengan terlalu banyak nitrogen menjadi subur, hijau dan besar dengan mengorbankan buah sehingga akan mengakibatkan tanaman yang tidak berbuah.
Nak lebih tip berkebun di rumah? Jom sertai bengkel online IMPIANA bersama pakar dari Jabatan Pertanian. Untuk penyertaan, boleh daftar terus di link yang disertakan Kebun Dalam Rumah! Apa Teknik Betul – Toko Ideaktiv
Cili memerlukan fosforus dan kalium untuk mengahasilkan bunga dan buah yang banyak. Cara mudah untuk atasi masalah ini adalah semburkan tanaman dengan campuran 1 sudu teh garam yang dilarutkan ke dalam 940ml air suam. Ia akan membekalkan magnesium yang mempercepatkan proses penghasilan buah. Ulang langkah yang sama setiap 10 hari hingga ia berkesan.
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
KLIK DI SEENI
Kelar Batang Ubi Kayu Sebelum Semai Untuk Hasil Yang Banyak
Ubi kayu mengambil masa 7-12 bulan untuk dituai hasilnya. Tapi, rasa agak keciwa apabila hasilnya dituai tak berbaloi dengan masa menunggu. Adakalnya hanya 1 atau 2 umbisi sahaja yang menjadi.
Bagi pengusaha ladang ubi kayu mungkin teknik ini sudah menjadi kebiasaan. Namun bagi petani di Thailand, ia mrupakan teknik WAJIB buat untuk hasilkan umbisi yang bayak dari satu pokok.
Selain perlu ditanam secara condong, batang ubi yang disemai perlu dipotong atau lukakan sedikit di beberapa bahagian. Dari bahagian yang luka akan mengeluarkan banyak akar secara mudah. Jika dibandingkan cara tradisional, hanya bahagian pangkal yang dipotong akan mengeluarkan akar
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
KLIK DI SEENI
Maksud Kod Nombor Pada Setiap Barang Plastik, Yang Mana Bahaya?
Barang plastik mahal macam mana pun, pada bahagian luar dasar selain tertera jenama dan yang wajib ada ialah nombor dalam kotak tiga segi macam kitaran tu. Itu bukan menunjukkan berapa kali bahan tersebut telah dikitar. Tapi ia sebagai klasifikasi bahan kimia polimer yang digunakan untuk membuat bekas plastik tersebut.
Apa beza nombor 1 hingga 7 yang tertera di tapak barang plastik tu? adakah nombor lagi banyak lebih bahaya? Seorang pakar kimia Fatimah Salim berkongsi informasi yang lebih jelas dan mudah difahami oleh kita yang bukan orang sains ni. Jom kita baca posting yang disediakan oleh Fatimah
Nak beli kelengkapan dapur jenis plastik berkualiti tapi murah, Boleh beli online dekat sini https://invol.co/cloqny
Bekas berkod No.7 terutamanya yang diperbuat daripada bahan kimia polimer carbonate (PC) boleh membocorkan bisphenol A (BPA) yang mana telah dikaitkan dengan pembesaran prostat dan gangguan sistem peranakan pada bayi dan kanak-kanak, juga kanser payudara, diabetis, kegemukan, penyakit berkaitan jantung.
Bekas berkod resin No.6 pula boleh membocorkan styrene iaitu bahan kimia penyebab kanser (kasinogenik). Ini juga sebab kenapa kini pembungkus polystyrene tidak dibenarkan untuk membungkus makanan, apa lagi untuk makanan panas.
Sebenarnya isu keselamatan barangan plastik ini pada dos yang kita terdedah setiap hari masih lagi menjadi perdebatan. Setakat ini, FDA hanya mengharamkan penggunaan bahan ber BPA dalam produk botol bayi. Yang lain masih lagi dikategorikan sebagai selamat kerana jumlah bahan kimia pemberi risiko yang boleh terbocor dan masuk dalam badan kita (melalui makan, minum, terhidu atau aplikasi pada kulit) adalah sangat sedikit jika dibandingkan dengan pendedahan luar. Dan sistem sistem badan kita mampu mengeluarkannya secara semulajadi.
Usah risau, FDA bukan suka-suka keluarkan keputusan. Ianya dibuat berdasarkan timbang tara beribu kajian klinikal tentang keselamatan barangan plastik ini. Jika pengeluar mengikut garis panduan pembuatan dan kita pula menggunakannya dengan betul, ianya selamat.
Rentetan daripada siaran mengenai lemang kukus dalam bekas plastik, saya kongsikan semula maklumat mengenai Resin…
Posted by Fatimah Salim on Tuesday, May 5, 2020
RUMUSAN:
– Bekas polypropylene (PP) No.5, boleh tahan haba sehingga 120 degree Celsius. Boleh guna untuk mengukus.
– Bekas plastik Nombor 4 pula tahan haba 80-90 degree celsius
– Kotak plastik buah-buahan atau sayuran yang dibeli boleh diguanakan semula
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
KLIK DI SEENI
Sebelum DIY Gazebo Cantik Macam Beli Di Kedai, Ini Perkara Yang Perlu Anda Tahu
Sekiranya anda membuat keputusan untuk menghasilkan sendiri, berikut merupakan langkah-langkah asas membina sebuah gazebo. Apa yang penting sebelum memulakan kerja-kerja pembinaan, pastikan jumlah bahan-bahan yang diperlukan adalah mencukupi bagi mengelakkan anda berulang-alik ke kedai bahan binaan. Di samping itu, pastikan juga semua peralatan berkeadaan baik dan tajam. Perlu diingatkan bahawa sesebuah gazebo mempunyai komponen asas seperti tiang, lantai dan bumbung. Walaupun pada mulanya ia dianggap sukar, seseorang perlu mengambil pendekatan berhemah langkah demi langkah dan bekerja dengan penuh minat serta berupaya membuat anggaran
1. Menyediakan Ukuran di Lokasi
Langkah pertama adalah menyediakan reka bentuk gazebo yang diingini. Setelah mengenal pasti lokasi dan tanahnya rata, anda perlu menandakan kedudukan rangka gazebo, sebagai contoh, berbentuk segi empat sama, menggunakan kepingan kayu dan tali.
Ukur pepenjuru dan ubah kedudukan kepingan kayu tersebut sehingga sama. Pastikan setiap penjuru bersudut tepat.
2. Menyedia Lubang untuk Tiang
Ada beberapa teknik untuk memastikan tiang-tiang kayu tegap dipasang di tempatnya, sama ada menanamnya ke dalam konkrit ataupun menggunakan besi. Sekiranya anda memilih menggunakan konkrit, anda perlu menggali lubang sedalam 2-3 kaki. Padatkan lubang tersebut dengan 2 inci lapisan batu kerikil dan curahkan 4 inci lapisan konkrit. Selepas itu masukkan tiang-tiang tersebut ke dalam lubang itu dan isi bahagian lubang yang terdedah dengan konkrit sehingga penuh dan ratakan ke aras tanah.
Guna penyukat timbang cecair bagi memastikan keempat-empat tiang tadi betul-betul di dalam garisan selari dan rata. Biarkan konkrit membeku sekurang-kurang bagi tempoh 48 jam sebelum memasang tiang 4 x 4 inci.
Setelah lubang tersebut diisi dengan konkrit, pastikan tiang-tiang tadi diletakkan penyokong di kedua arah bagi mengelakkan ianya bergerak dari kedudukan asal.
3. Rangka Lantai Gazebo
Langkah berikutnya, guna 2 x 6 inci kayu untuk membina rangka lantai gazebo. Adalah mustahak kayu rangka dipasang dengan jarak 16 inci antara mereka. Ini bertujuan untuk memberi sokongan kepada beban yang terhasil daripada kepingan lantai kayu dan untuk menghasilkan struktur yang kukuh.
4. Memasang Perabung lantai
Bagi memasang perabung lantai kepada rangka kayu, anda mempunyai dua pilihan. Sama ada menggunakan skru berukuran 4-5 inci dan ditebuk terus ke perabung, atau menggunakan besi sokongan perabung.
Adalah disarankan supaya pemasangan perabung menggunakan besi sokongan kerana lebih mudah dilakukan.
Seterusnya, anda perlu memasang kesemua 4 x 4 inci tiang yang akan menjadi penyokong bahagian atas dan binaan bumbung. Sekiranya anda sebuah gazebo yang kukuh, anda disarankan supaya memasang tiang-tiang tersebut ke perabung lantai dengan menggunakan paku-paku bersaiz 6 inci.
Tumpukan perhatian semasa melakukan tugas ini dan pastikan tiang-tiang tegak sebelum memasang paku. Sebagai tambahan, guna pita pengukur bagi memastikan tiang tersebut berkeadaan simetri.
5. Memasang Lantai Gazebo
Selepas kerja-kerja menyiapkan rangka untuk lantai dan memasang tiang-tiang, anda perlu memasang lantai sama ada mengguna kepingan kayu berukuran 2×4 inci atau pun 2×6 inci. Anda disarankan supaya mendapatkan kepingan lantai khusus untuk kegunaan luar rumah. Ini bertujuan untuk mengelakkan lantai tersebut dari dirosakkan oleh titisan air.
Semasa kerja-kerja memasang lantai, anda dinasihatkan supaya meletakkan sebatang paku di antara kepingan lantai bagi mendapatkan jarak konsisten di antara satu sama lain.
Untuk kerja memasang lantai menggunakan paku. Seelok-eloknya sediakan lubang terlebih dahulu sebelum memasukkan paku. Sekiranya anda memilih untuk menggunakan skru, anda boleh terus memasang skru tanpa menyediakan lubang terlebih dahulu, tetapi saiz skru hendaklah bersesuaian.
Anda disarankan menggunakan 2 batang skru di setiap hujung kepingan lantai bagi memastikan struktur betul-betul kemas.
6. Memasang Perabung Bumbung Gazebo
Memasang bumbung gazebo boleh dilakukan dengan pelbagai cara. Teknik pemasangan kali ini memerlukan hanya sedikit sahaja bahan binaan tetapi gazebo masih kelihatan kukuh. Langkah pertama adalah memasang perabung di bahagian atas kesemua tiang-tiang kayu 4 x 4 inci tadi.
Guna perabung berukuran 4 x 4 inci dan pasangkan secara profesional. Dapatkan bantuan untuk memegang hujung perabung di kedudukan sepatutnya semasa anda memasang skru.
Anda dinasihatkan supaya menggunakan teknik yang betul semasa menyambung perabung di bahagian atas tiang. Potong hujung perabung ke bentuk L dan gabungkan kesemuanya di bahagian atas tiang tadi. Setelah kerja tersebut selesai, ketatkan sambungan ini menggunakan skru.
Anda disarankan supaya memasang kesemua perabung kerana ini akan meningkatkan tahap kekuatan pembinaan.
7. Memasang Rangka Bumbung Gazebo
Seterusnya pasang 2 x 4 inci perabung sokongan untuk dijadikan rangka utama bumbung. Langkahnya senang sekiranya anda menggunakan teknik pemasangan dan perkakas yang betul. Pertama, potong 6 x 6 inci tiang utama (4 inci tinggi) dan pasangkannya dengan menyambung 2 perabung sokongan yang bertentangan dengan 4 inci skru (memastikan perabung sokongan tersebut dilekatkan kepada tiang utama).
Semasa proses pemasangan, anda dinasihatkan menggunakan tangga. Pastikan tangga tersebut diletakkan di atas permukaan yang kukuh.
Kemudian, pasang kesemua 2 x 4 inci perabung tambahan. Lakukan dengan teliti dan pastikan perabung tambahan ini dipasang secara simetri. Sambungkan ke perabung atas dan ke tiang utama dengan beberapa biji skru berukuran 4 inci.
Sekiranya anda tidak suka reka kepada bentuk rangka tersebut, anda berpeluang melaraskan saiz dan ketinggian bumbung bagi memenuhi kehendak dan cita rasa anda.
8. Memasang Bumbung Gazebo
Banyak kaedah memasang bumbung. Anda boleh menggunakan 2 x 4 inci kepingan kayu, kepingan-kepingan plywood atau kertas bumbung. Sebarang kaedah yang digunakan, anda disarankan supaya menggunakan skru yang sesuai dan dipasang dengan jarak 10 inci di sepanjang perabung.
Selepas memasang kepingan kayu atau kepingan-kepingan plywood, anda boleh memilih untuk menggunakan shingles, kepingan konkrit atau zink sebagai bumbung.
Pilihan bahan juga bergantung kepada keperluan dan cita rasa anda sepenuhnya. Berhati-hati semasa kerja-kerja memasang dan pastikan paku tidak menembusi atap bumbung (sila guna paku bersaiz ½ inci sahaja).
Akhirnya, tampal setiap lubang atau rekahan menggunakan penyumbat kayu dan biarkan ia beku. Gosok permukaan gazebo kayu anda dengan kertas pasir sederhana halus dan lindungi struktur binaan ini dari dimusnahkan oleh air dengan menyapu lapisan varnish.
Sentuhan Terakhir – Mengecat Struktur Gazebo
Anda boleh menyapu cat kepada semua struktur kayu mengikut pilihan warna yang anda suka. Sama ada untuk kelihatan sedondon dengan kediaman anda atau warnakannya dengan rona terang bagi memperlihatkan dominasi ruang. Walau apa tujuan sekali pun pastikan anda menggunakan cat yang sesuai untuk kegunaan luar. Lapisan cat membantu melindungi kayu, seterusnya memanjangkan hayat struktur tersebut.
Membina sebuah gazebo yang sempurna adalah sesuatu yang subjektif. Untuk itu anda disarankan supaya memilih reka bentuk dan saiz sebelum memulakan urusan pembinaan, mengikut keperluan dan cita rasa anda.
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
KLIK DI SEENI