Terra Interior
Alamat : 18, Jalan PJS 7/21, Bandar Sunway,
46150 Subang Jaya, Selangor, Malaysia.
No.Tel : 019-272 2780
FB/ Website : Terra Interior Sdn Bhd
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
KLIK DI SEENI
Sebalik Pokok Selasih Dandi, Apa Khasiatnya
Nama tempatan adalah pokok selasih dandi, pokok ekor ular, pokok jolok cacing, blue snake weed dan juga blue porter weed. Manakala nama saintifik pula ialah Stachytarpheta jamaicensis. Pokok ini di dalam kelopok famili Verbenaceae
Pokok yang dikatakan berasal dari Amerika Latin, ini banyak dijumpai hidup liar di kawasan semak dan kawasan yang terbiar di negara kita. Karakter pokok yang menarik dan berbunga biru yang terserlah di tangkai bunga muda yang berukuran 4-5 inci itu, sedikit sebanyak memberikan gambaran seperti ‘ekor ular’.
Namun, disebalik morfologinya yang menarik dan nama tempatan yang sangat unik, pokok ni mempunyai dalam khasiat perubatan yang sangat bagus antaranya mampu merawat cirit-birit, luka-luka kecil, bengkak, sakit gigi, merawat dari gigitan haiwan berbisa, bisul juga bertindak sebagai antioksidan yang baik.
Mengikut hasil kajian yang dilakukan secara saintifik dan klinikal, pokok ini juga merupakan salah satu bahan yang digunakan dalam menghasilkan ubat bius.
Pokok yang paling mudah dibiakan melalui biji benih ini, ianya merupakan tanaman saka yang edibel (boleh dimakan) tetapi hendaklah diproses dahulu sebelum digunakan untuk dimakan ataupun dimasak. Ada yang menggunakan daunnya di potong hancur dan kemudian digunakan dalam masakan.
Apapun, kita perlulah mendapakant nasihat dari mereka yang berpengalaman dalam mengendalikan pokok ini dan juga pakar perubatan, sebelum menggunakannya dalam perubatan.
Pokok yang banyak khasiat ini, kita boleh tanam dalam bekas tanaman seperti pasu dan ianya boleh menjadi salah satu elemen hiasan yang menarik untuk laman kita. Selain daripada itu, pokok ini juga sesuai untuk dijadikan pokok pagaran di laman kita.
Dengan keunikan dari segi nilai estetikanya yang ada pada pokok ini dan juga mempunyai fungsi yang menarik, pokok yang dahulunya tumbuh meliar di sekeliling kita, boleh menjadi salah satu pokok hiasan yang cantik di laman kita dan boleh dijadikan sebagai koleksi tanaman yang mesti ada dalam membina taman bertema seperti Taman Herba dan juga Taman Rempah -ratus.
Ini secara tidak langsung dapat memastikan agar tanaman ini tidak pupus pada masa akan datang dan boleh menjadi rujukan kepada generasi muda. Bersama kita menghayati keindahan tanaman yang ada di sekeliling kita.
Rencana Oleh : Muhamad Adli Salihin bin Samsudin @ Abg Edd
Jabatan Pertanian Malaysia
Follow kami di WEBSITE, TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK dan YOUTUBE untuk dapatkan tip, idea dan artikel-artikel terkini serta menarik.
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
KLIK DI SEENI
Teknik Melentur Ros Untuk Lebatkan Bunga Yang Ramai Tak Tahu
Ramai yang cakap kalau nak tanam pokok mawar atau ros, jangan tanam yang jenis memanjat sebab ia susah untuk dijaga dan memerlukan kawasan yang luas. Ia mungkin sesuatu yang tidak dapat dinafikan. Namun, perkara ini dapat diselesaikan dengan mudah dengan melakukan teknik yang diberi nama self-pegging.
Kaedah ini bukan sekadar membantu membentuk rimbunan ros anda kelihatan lebih menarik dan cantik, malah ia lebih menggalakkan dan mempercepatkan proses penghasilan bunga. Kebiasaanya kelihatan ros mekar di hujung-hujung ranting, tetapi kaedah ini ia mampu menghasilkan bunga di sepanjang ranting.
Self-pegging sesuai dilakukan ketika tugas-tugas penyelenggaraan secara menyeluruh pokok ros di lakukan ataupun selesai berbunga. Kerana ia akan melibatkan rombakan besar-besaran terhadap rumpun rose yang menjalar. Tambahan, hanya batang yang sederhana matang sahaja sesuai untuk dilakukan proses ini bagi mengelak ranting patah ketika melentur.
1. Pilih ranting
Pertama, kenal pasti ranting yang tidak terlalu matang tapi dalam keadaan baik dan menghasilkan bunga yang banyak. Cantas dan buang semua rantin-ranting yang telah tua, rosak dan tidak mendatangkan hasil. Untuk memudahkan proses self-pegging, buang 70% daun. Hanya daun-daun muda sahaja yang di tinggalkan.
Selesai mencantas dahan yang telah dikenal pasti untuk tujuan sel-pegging tadi, pilih 4-6 ranting sahaja yang betul-betul dalam keadaan baik dari pangkal pokok hingga ke pucuknya. Sebagai tambahan, tinggalkan bebarapa ranting yang mempunyai lebih kurang separuh dari ketinggian self-pegging yang dipilih untuk menjadikan rumpun ros tadi kelihatan lebih menarik.
Ranting utama dalam membentuk self-pegging harus mempunyai ketinggian 8 hingga 10 kaki. Jika tiada ranting yang mempunyai ketinggian ini, ini bermakna rumpun ros anda belum bersedia untuk proses self-pegging. manakala untuk dahan tambahan pula ia memerlukan ketinggian antara 3-4 kaki.
Tip:
Untuk lebih mudah dan selamat, minta batuan dari pasangan atau rakan anda dalam membantu proses self-pegging. sementara anda melentur ada yang dapat membantu memegang dan mengikat ranting yang telah siap. Atau paling tidak, ada yang membantu memegang peralatan.
2. Melentur dan ikat pada pangkal
Mulakan lenturan dari ranting yang paling tinggi. Perlahan-lahan lenturkan bahagian pucuk ke pangkal ranting. Gunakan keratan buluh, PVC atau sebagainya untuk sokongan tempat untuk mengikat pucuk ros yang telah dilentur tadi. Jangan khuatir, batang sokongan tersebut tidak akan kelihatan apabila pokok ros mula merimbun.
Gunakan pita pertanian yang tidak terlalu ketat untuk mengukuhkan kedudukan pucuk yang telah diluntur pada batang sokongan. Lakukan pada ranting-ranting yang lain juga dan pastikan jarak atara ikatan self pegging lebih kurang 2-3 inci pada sokongan yang disediakan.
3. Penyelenggaraan
Setelah selesai musim berbunga self- pegging perlu dilakukan. Paling tidak, gantikan ranting-ranting lama yang telah di self-pegging dengan yang lebih baru. Secara tidak langsung, ia menggalakkan pertumbuhan ranting baru yang lebih produktif.
sumber: http://www.finegardening.com
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
KLIK DI SEENI
Tanam Mangga Dalam Pasu Lebih Mudah Dengan 3 Cara Ni
Terdapat lebih 5000 jenis mangga yang di tanam di seluruh dunia. Ia boleh mencapai ketinggian sehingga 32 meter bergantung kepada jenis dan boleh hidup hampir 100 tahun dengan penjagaan yang rapi.
Di beberapa negara Asia seperti Thailand dan Indonesia, menggunakan kaedah tanaman pokok mangga di dalam pasu atau dikenali dengan nama Tabulampot. Ia lebih mudah diuruskan dan hasilnya juga lumayan.
Sebenarnya, tak susah tanam mangga dalam pasu. Hanya 3 langkah
1. Pemilihan benih.
Pilih benih dari mangga jenis mangga Chuk Anan, Epal, dan Nam Dok Mai. 3 jenis mangga ini adalah jenis senang berbuah. Manakala jenis seperti mangga Harum Manis pun boleh, cuma tidak sekerap 3 jenis ini.
Pemilihan benih pula boleh didapati dalam bentuk anak pokok yang sudah siap dikawinkan atau di “tut” dari pokok induk yang berkualiti dari nursery-nursery berdekatan anda. Kalau diambil dari biji buah, akan memakan masa yang agak lama untuk menghasilkan buah. Jadi beli terus di nursery, lebih mudah dan cepat.
2. Cara penanaman.
Dapatkan pasu plastik/tanah liat bersaiz besar lebih kurang diameter 60cm, atau tong drum (bahagi 2, tebuk lubang kecil dibawah supaya air boleh mengalir keluar). Masukkan selapis serbuk kayu gergaji ataupun cocopeat 1/3 pasu. Selepas itu masukkan tanah campuran top soil + cocopeat atau tanah topsoil sahaja (mana-mana tanah yang nursery jual pun boleh). Jangan lupa masukkan pokok sebelum siap isi tanah dalam pasu ya. Fungsi masuk serbuk kayu/cocopeat adalah untuk air mengalir keluar dari pasu, supaya pasu tidak menakung air. Kalau air bertakung, pokok boleh rosak.
3. Pembajaan.
Dari segi pembajaan pula, boleh pakai baja buah yang terdapat di nursery berdekatan anda. Untuk perkongsian kandungan NPK baja yang boleh digunakan adalah 15:15:15 atau 17:17:17:2, atau baja tahi ayam sahaja. Baja perlu diletak lebih kurang 2/3 kali sebulan. Siram sehari dua kali untuk tanah kekal lembab dan tempatkan pokok di bawah cahaya matahari terus.
Sumber: AN Floral Nursery
Follow kami di WEBSITE, TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK dan YOUTUBE untuk dapatkan tip, idea dan artikel-artikel terkini serta menarik.
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
KLIK DI SEENI