Tetamu bakal bertandang ke rumah anda tentulah mahu disambut penuh meriah. Bukan hanya rumah mahu dihias indah menyambut tetamu datang malah ruang makan juga pastinya serba menarik. Barulah membuka selera tetamu tatkala menjamu hidangan yang dimasak oleh tuan rumah.
IKLAN
Sebaiknya hiaskan ruang meja dengan peralatan hidang yang sedondon warna atau motif yang memukau pandang. Pilihan mangkuk dengan pelbagai reka bentuk dan warna boleh anda pertimbangkan untuk melengkapi meja makan anda nanti.
Sebagai tuan rumah yang baik, pasti ingin menjamu tetamunya dengan sempurna. Raikan tetamu dengan penataan meja yang serba menawan. Tidak bererti membeli item hidang yang mahal, memadai yang berpatutan harga.
IKLAN
IKLAN
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda. Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
Sekiranya anda ingin membuat dekorasi meja makan di rumah anda, ada beberapa perkara penting dan kesilapan dalam melakukan ‘table setup’ yang perlu anda tahu.
Dalam episod Tip Impiana kali ini telah berkesempatan bersama tetamu jemputan, Encik Arif yang telah lebih 10 tahun menceburi bidang perancang majlis bagi berkongsi tip dan cara untuk dekorasi ‘table setup’ yang betul bersama para penonton setia IMPIANA.
Ketika sesi rakaman temu bual dijalankan, Arif memberitahu ada beberapa perkara asas penting yang semua perlu tahu sebelum mahu memulakan susunan dekorasi ‘table setup’ ini antaranya;
1.Saiz Meja
Adalah sangat penting untuk anda mengetahui saiz meja yang akan anda gunakan supaya susunan dekorasi ‘table setup’ bersesuaian dengan saiz dan ruang meja makan.
2.Jenis Majlis
Selain itu, anda juga perlu tahu jenis majlis atau acara yang diadakan supaya susunan hiasan dekorasi yang akan dilakukan bersesuaian serta mengikut tema majlis yang telah ditetapkan.
3.Tetamu Yang Hadir
Siapa para tetamu yang akan hadir pada majlis yang diadakan, susunan hiasan dekorasi pada ’table setup’ juga turut memainkan peranan penting. Ini adalah salah satu langkah bagi menggelakkan pemilihan barang dekorasi yang salah atau tidak ‘kena’ dengan tetamu yang hadir.
Sekiranya anda ingin mengetahui info lanjut mengenai cara untuk buat dekorasi ‘table setup’ yang betul, anda boleh tonton video penuh pautan di bawah;
Ingin lebih tahu pelbagai tips untuk dekorasi rumah? Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi IMPIANA. Klik di sini.
Bagi anda yang gemarkan dekorasi ruang dalaman rumah yang bertemakan rona putih serta sentuhan elemen corak kayu-kayuan, dekorasi yang berkonsepkan Wabi-Sabi ini sememangnya yang paling sesuai buat anda.
Dekorasi yang berkonsepkan Wabi-Sabi ini tidak begitu popular dan jarang menjadi pilihan di kalangan masyarakat kita, jadi mungkin ada di kalangan anda yang masih belum mengenali dengan konsep dekorasi yang dipelopori dari negara Jepun ini.
Meski ia tidak begitu popular di kalangan masyarakat tempatan, namun dekorasi yang berkonsepkan seperti ini sentiasa mendapat tempat di hati peminat rona putih dan elemen kayuan.
Jika kita dapat lihat, dekorasi yang berkonsepkan Wabi-Sabi ini, sememangnya boleh membuatkan dekorasi hiasan ruang dalaman rumah tampak lebih kemas, teratur dan bersih.
Meski dekorasi yang berkonsepkan Wabi-Sabi ini kebiasaannya dipadankan elemen kayuan dengan rona putih, namun dengan sedikit suntikan warna kelabu atau hijau gelap boleh membuatkan dekorasi ruang dalaman rumah anda tampak lebih menarik.
Bukan sahaja membolehkan dekorasi ruang dalaman rumah kelihatan tampak lebih menarik, ia juga boleh mewujudkan suasana yang tenang serta nyaman.
Foto: Facebook Kakideko
Ingin lebih tahu pelbagai tips untuk dekorasi rumah? Jangan lupa ikuti kami di Telegram dan TikTok rasmi IMPIANA.
Biarpun teknologi cat tanpa bau atau odorless telah diperkenalkan kepada umum, masih lagi yang merasakan cat menghasilkan bau kurang nyaman kepada ruang terutamanya sewaktu proses pengeringan. Malah, baki cat lama yang hendak digunakan semula juga mengeluarkan bau yang kurang nyaman. Bau cat yang keterlaluan mengakibatkan penghuni ruang merasa mual atau pening. Cuba tip di bawah dan nikmati rasa nyaman dalam ruang berwajah baru anda!
1. AIR & GARAM
Tinggalkan bekas campuran air garam dalam ruangan yang baru dicat dan biarkan selama beberapa jam, bau cat akan perlahan-lahan hilang.
2. JERUK & LEMON
Tinggalkan jeruk dalam bekas terbuka dan hirisan lemon di dalam ruang yang berbau cat, bau cat akan berkurang sedikit demi sedikit.
3. NENAS
Buah ini mampu menyerap aroma cat. Letakkan sejumlah nenas dalam ruangan dan bau cat akan berkurang dan menghasilkan bau segar.
4. SERBUK KOPI & VANILA
Campurkan serbuk kopi dan vanila ke dalam satu mangkuk, letakkan mangkuk tersebut di sudut-sudut ruang yang baru dicaat dan serbuk tersebut akan perlahan-lahan menyerap bau cat tersebut.
5. AIR CUKA
Sifat cuka yang masam akan meneutralkan bau cat. Caranya adalah dengan menuangkan cuka secukupnya ke dalam sebuah mangkuk, dan letakkan mangkuk tersebut ditengah ruangan yang baru dicat.
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda. Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.