Tetamu bakal bertandang ke rumah anda tentulah mahu disambut penuh meriah. Bukan hanya rumah mahu dihias indah menyambut tetamu datang malah ruang makan juga pastinya serba menarik. Barulah membuka selera tetamu tatkala menjamu hidangan yang dimasak oleh tuan rumah.
Sebaiknya hiaskan ruang meja dengan peralatan hidang yang sedondon warna atau motif yang memukau pandang. Pilihan mangkuk dengan pelbagai reka bentuk dan warna boleh anda pertimbangkan untuk melengkapi meja makan anda nanti.
Sebagai tuan rumah yang baik, pasti ingin menjamu tetamunya dengan sempurna. Raikan tetamu dengan penataan meja yang serba menawan. Tidak bererti membeli item hidang yang mahal, memadai yang berpatutan harga.
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
KLIK DI SEENI
Modal RM 101.92 Untuk Cantikan Dapur Dan Bilik Air
Rumah bujang cantik, memang dah biasa dengar. Macam mana pula dengan rumah si dara? Perlukan belanja yang besar? tak lah, si dara Nur Diyana buktikan walaupun seorang pelajar, kediaman bujang dapat diindahkan dengan bajet hanya RM 216.92 merangkumi bilik, tandas dan dapur.
saya make over sorang je dapur,tandas dan bilik rumah bujang saya ni, barang semua murah-murah sahaja. Maklumlah saya student kan tak mampu nak beli barang mahal, pada saya kemas dan bersih dah cukup.
Jadi #dekorasibajet utk dapur ni total RM 101.92. Harga barang & di mana saya beli ada tulis kat satu gambar tu ?
untuk tandas pulak rm 56.00 sahaja ..
Oh alang2 tu sy masukkan jugak macam mana saya make over bilik kusam saya kepada konsep minimalist & almari lama yang sy balut dgn wallpaper .. Jumlah perbelanjaan utk bilik cuma RM 37(cat 7 liter jenama acristar) dan RM 22(wallpaper)… Total RM 59 ?..
Jumlah keseluruhan :
Dapur + tandas + bilik = RM 216.92
SEBELUM SELEPAS
Table top tu saya balut dengan wallpaper PVC kaison, bukan plain tau, ada corak timbul. Mungkin sebabkan PVC dia nampak kilat lah.
Langsir / tirai tu saya guna 2 keping tmasuk yang bawah sinki, beli kat daiso. Penyangkut bulat tu memang dah ada skali dalam paket tu ye. Rod boleh laras panjang tu pulak saya beli kat super 99 serdang , RM 3.99 setiap satu, saya guna 3 batang . Saya sangkut rod tu guna penyangkut baju kecil tu je, lekatkan dengan hot glue gun bagi kuat
tiles tu sticker beli kat eco shop 1 plastik ada 6 keping baru rm 2.12 , saya beli 3 plastik
Sengaja sy biarkan dinding merah tu kaler asal , nak nampakkan kelainan
Bajet deko dapur yang tak tulis tu, saya dah lama ada barang tu , jadi saya listkan apa yang dibeli sahaja
Kita transform almari ni , nampak mahal kan padahal bajet bawah 30
Dah puas tonyoh tak hilang juga soap scum jadi kita guna wallpaper pvc (kalis air kalis haba) sama macam kat dapur tapi kali ni warna hijau sbb nak sama dengan lantai dan dinding asal. Lumut-lumut tu dah jirus chlorin , sental , tunggu kering dan cat
SEBELUM
Wallpaper satu roll x habis , langsir dari alas meja eco shop yang dilipat dua , sangkut dengan penyangkut baju
Plag dari eco shop rm 2 setiap satu , lampu kaktus dari Kaison rm 9.90 dengan syampoo free bawak balik time tido hotel
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
KLIK DI SEENI
Ingin Dekorasi Rumah Tampak Mewah? Gunakan Bekas Tisu Jenama Dari Kayangan Living, Gerenti Puas Hati!
Anda sudah berasa bosan dengan bekas tisu yang sedia ada di rumah anda? Atau anda masih mencari-cari aksesori dekorasi hiasan rumah yang tampak mewah dan lain daripada yang lain? Apa kata anda dapatkan bekas tisu istimewa ini keluaran jenama daripada Kayangan Living.
Nak tahu mengapa anda kena dapatkan bekas tisu ini? Lihat sahaja lah pada rekaan bentuk aksesori ini, sememangnya tampak mewah ala-ala kayangan gitu!
Untuk maklumat anda, struktur badan bekas tisu ini diperbuat daripada kepingan kristal jernih manakala bingkai daripada besi keluli tahan karat. Jadi tidak hairan lah mengapa bekas tisu keluaran jenama Kayangan Living ini tampak mewah.
Bukan sahaja tampak cantik, ia juga merupakan bekas tisu yang sangat berkualiti tinggi. Jadi, tunggu apa lagi, segera dapatkan bekas tisu jenama daripada Kayangan Living ini.
Anda boleh mendapatkan balang rempah Bumbu Series ini dengan membuat pembelian secara dalam talian menerusi laman sesawang www.kayanganliving.com.
Ingin lebih tahu pelbagai tips untuk dekorasi rumah? Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi IMPIANA. Klik di sini.
Baca artikel berikutnya: Curah Idea Untuk Dekorasi Rumah Bersama Suami, Feeya Iskandar Tampilkan Kediaman Yang Bertemakan Konsep Inggeris Moden
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
KLIK DI SEENI
Pilih Permukaan Kaunter Dapur Yang Betul Agar Tak Menyesal Di Kemudian Hari
Proses pemilihan material untuk permukaan kaunter dapur bukanlah sesuatu yang boleh dilakukan dalam keadaan yang tergesa-gesa. Ia memerlukan penelitian dan pemerhatian dari pemilik. Selain ketahanan dan jangka hayat, rupa material juga perlu diambil kira supaya seiring dengan tema dapur. Buat checklist, kemudian senarai pendek kan segala kelemahan dan kelebihan material bagi memastikan bahan yang dipilih itu bersesuaian dengan dapur anda. Jangan lupa juga untuk lakukan penyelidikan dan bertanyakan pendapat pihak yang lebih arif seperti pereka atau kontraktor terlebih dahulu sebelum membeli. Disini IMPIANA akan bantu anda menyenaraikan 8 meterial pilihan popular untuk kemasan permukaan kaunter dapur.
1. Quartz
Diperbuat daripada campuran resin polyester dengan salah satu mineral yang paling teguh di bumi, Quartz boleh dikatakan material yang hampir mustahil untuk tercela atau rosak. Sifat bahan ini yang tidak berongga juga dapat menghalang bakteria yang menyebabkan bau busuk dan kesan kotor daripada menembusi permukaan.
Pros ; Fizikal yang kukuh dan menarik, datang dalam pelbagai warna.
Bahan yang tidak berongga, memudahkan kerja pembersihan dan penyelenggaraan.
Cons ; Memerlukan kos yang banyak berbanding material yang lain.
Tidak tahan suhu tinggi yang melampau, perlu sentiasa gunakan lapik periuk.
Tidak sesuai digunakan diluar rumah. Pendedahan kepada cahaya matahari akan memudarkan warna kaunter.
2. Granite
Batuan semulajadi granite kini mempunyai persaingan yang lebih sengit berbanding sebelum ini, tetapi popularitinya masih tidak dapat disangkal lagi. Permukaanya material ini kuat dan anggun dengan jalur urat semulajadi yang unik dalam setiap pemasangan. Walaupun begitu, sifatnya yang berongga memerlukan penyelenggaraan yang lebih cermat. Biasanya permukaannya akan dilitupi kemasan glossy tetapi juga boleh datang dalam penampilan matte.
Pros ; Rekaan yang tampak moden dan classy menjadikan dapur anda lebih elegan. Juga datang dalam pelbagai warna dan aliran urat yang unik.
Material ini tahan panas dan kalis kotoran.
Cons ; Bergantung pada tahap kualitinya, kos batuan Granite agak tinggi.
Penjurunya mudah pecah jika dikenakan tekanan yang kuat dan kasar.
Perlu kerap deselenggara bagi mengekalkan ketahanan dan sifat semulajadinya.
3. Marble
Marble atau marmar layak diletakkan seiring batuan semula jadi yang lain dengan penampilan yang sofistikated dan elegan sesuai untuk rekabentuk klasik yang mewah.
Pros ; Versatile dan datang dalam pelbagai warna dan gaya.
Tahan haba dan cenderung untuk bertukar sejuk, menjadikannya pilihan yang tepat untuk kaunter pembuatan pastri.
Apabila disapukan lapisan perlindung dengan teliti, ia boleh menjadi kalis kesan kotoran.
Cons ; Seperti batuan semulajadi yang lain, harganya agak mahal.
Mudah pecah dan memerlukan lapisan perlindungan berkala untuk mencegah kesan kotoran yang berkekalan.
Pendek kata – ia lebih kompleks untuk diselenggara.
4. Solid Surface
Bahan buatan manusia yang dibuat dari campuran alumina trihidrat dengan arkrilik, epoxy atau resin polyester dan pigmen warna. Solid surface datang dengan kemasan yang lebih moden dan tidak memiliki rongga menjadikannya salah satu bahan untuk kaunter yang paling mudah untuk dibersihkan.
Pros ; Tahan lama dan memiliki permukaan licin yang membolehkan ia disambung menjadi sinki atau backsplash.
Mudah untuk dibersihkan sekiranya terdapat kotoran dan calar.
Banyak pilihan warna dan corak, boleh menyerupai bahan-bahan lain seperti konkrit dan marmar.
Cons ; Tidak tahan dengan suhu yang tinggi, mudah tercalar dan lekuk.
5. Jubin Seramik
Terdapat pelbagai kemungkinan atau hasil yang boleh diperolehi dengan permukaan kaunter dari jubin seramik ini. Ia datang dalam banyak warna, corak serta saiz yang berbeza bagi memenuhi setiap citarasa. Jadi, amat mudah untuk anda membuat pilihan mengikut style yang anda inginkan.
Pros ; Tahan lama, mudah untuk dipasang, kalis panas dan lembapan.
Pilihan corak, warna , bentuk dan saiz berbeza yang mudah didapati dipasaran.
Cons ; Boleh tercalar, retak dan pecah jika tidak cermat.
Permukaan yang tidak sekata atau lurus.
Susah untuk membersihkan grouting yang terkena kotoran.
6. Laminate
Walaupun sering menjadi pilihan bagi pemilik dengan bajet yang terhad, ia tidak bermaksud laminate kurang dari segi kualiti. Malah, kaunter dengan kemasan laminate biasanya praktikal dan sangat berbaloi. Juga datang dalam pelbagai rupa.
Pros ; Kos yang rendah berbanding material lain.
Amat mudah untuk diselenggara.
Terdapat banyak pilihan warna dan gaya yang boleh menyerupai kayu atau batuan semulajadi.
Cons ; Amat mudah tercalar jika tidak berhati-hati.
Tidak tahan lama jika ingin dibandingkan dengan batuan.
Bergantung pada kualitinya, laminate mungkin akan terlihat ‘murah’.
7. Kayu
Material ideal untuk memotong, menghiris atau penyediaan bahan, menggantikan tugas papan pemotong kerana bahan ini tahan lasak. Walaupun begitu, jauhi kaunter kayu anda dengan alatan atau periuk panas kerana ia mudah rosak jika terdedah kepada suhu yang tinggi.
Pros ; Rupa klasik yang tampak lebih cantik dan warm.
Tahan lama dan sesuai untuk memotong bahan persediaan masakan terus dipermukaannya.
Cons ; Risiko warna luntur jika diletakkan berhampiran sinki atau punca air.
Perlu dilindungi daripada peralatan bersuhu tinggi.
Perlukan penyelenggaraan yang kerap.
8. Konkrit
Boleh menahan suhu tinggi dengan baik dan susah untuk bercalar. Pemasangan kaunter konkrit harus dilakukan dengan cermat dan memerlukan masa dan perhatian yang terperinci, jadi walaupun bahan itu sendiri adalah murah, anda perlu bersedia untuk kos upah pekerja.
Pros ; Tahan haba, licin, kuat dan agak tahan lama.
Kos bahan yang murah.
Cons ; Mudah retak jika dikenakan tekanan yang terlampau kuat.
Bahan yang berongga, tetapi boleh disapukan lapisan pelindung.
Mesti diselenggara dengan kerap untuk mengelakkan kotoran dan kerosakan air.
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
KLIK DI SEENI