‘The Barn-Sal’ rumah percutian konsep ladang, kos keseluruhan RM92K. Rumah percutian di kampung sememangnya menjadi idaman ramai sebagai rumah kedua. Selalunya rumah ini dijadikan lokasi untuk bercuti bersama keluarga.
Rumah percutian atau rumah persinggahan sudah seakan menjadi satu trend masa kini. Ramai yang berhajat untuk membina rumah ini sebagai rumah kedua sama ada untuk kegunaan keluarga atau pun untuk djadikan homestay.
Berikut perkongsian Liza Tahir yang telah membina sebuah rumah percutian/rumah persinggahan bersama suaminya. Segala idea rumah tersebut adalah hasil percambahan kreativiti mereka berdua.
“The Barn-Sal adalah rumah rehat idaman kami suami isteri. Berkonsepkan rumah ladang dengan sedikit sentuhan tema perindustriaan. Sedehana namun tetap bersyukur dan yang lebih utama adalah kepuasan hati kerana The Barn-Sal ini merupakan sentuhan peribadi kami berdua.
“Bermula dengan design rumah oleh suami dan idea hiasan oleh saya maka siap akhirnya sebuah rumah kecil penuh kenangan dengan beberapa item tempahan khas serta sentuhan air tangan pertukangan sendiri kami berdua.
“Penat lelah bermula daripada proses tinjau-tinjau harga barang, tempahan barang dan mencari tukang yang memenuhi inspirasi kami akhirnya terbayar. Akhirnya kami tersenyum puas pada pagi hari raya pertama 1443H.”
Spesifikasi rumah:
Lokasi kediaman: Sabah
Saiz: Luas lantai 480 kaki persegi dan luas deck 420 kaki persegi
Bilik Tidur: 1
Tandas: 1
Kos keseluruhan pembinaan rumah percutian ini ialah RM92,000. Kos untuk rumah sahaja bernilai lebih RM80,000.
“Beberapa perkara ada yang makan modal sikit macam deck, folding door, lantai dan juga pemilihan material barang.
“Barn door untuk tandas custom made mengikut kesesuaian saiz lubang pintu kami. Material barn door menggunakan kayu pine. Railing pula beli di kedai online. Harganya sekitar RM100.00 sahaja.
Sumber: Liza Tahir
Ingin lebih tahu pelbagai tip untuk dekorasi rumah? Jangan lupa ikuti kami di Telegram dan TikTok rasmi IMPIANA.