
The Roof Studio
Alamat : 9/2 Jalan PJU 8/5i, Bandar Damasara Perdana,
47820 Petaling Jaya, Selangor Darul Ehsan, Malaysia.
No.Tel : +6 016-661 4998
FB/ Website : The Roof Studio
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
KLIK DI SEENI
Tanaman Hijau Nampak Lebih Bergaya Dengan Terrarium, Ini Jenis-Jenis Dan Tip Pemilihannya!

Bagi pemilik kediaman yang sentiasa inginkan sentuhan hijau dan natural dalam kebanyakan sudut dalam kediaman, pastinya anda tercari-cari idea yang boleh digunakan bagi menyerlahkan sisi pokok dan tanaman yang ingin ditampilkan.
Pencinta tanaman hiasan semestinya tidak asing lagi dengan terrarium. Ia merupakan tanaman hiasan yang direka dan biasanya diletakkan dalam bekas kaca khas bersama tambahan lapisan medium seperti pasir, kerikil, pasir serta tanaman succulent.
Tanaman terrarium kini menjadi trend dalam dunia interior dan landskap. Rupa bentuk yang menarik adalah daya tarikan utama bagi sebuah terrarium. Ada bermacam bentuk kaca yang boleh digunakan untuk memperindahkan reka bentuk terrarium anda.
1) Bebola
Paling banyak digunakan sebagai bekas transparan terrarium ialah bekas berbentuk bebola. Kebiasaannya, terrarium dengan bentuk bebola menjadi pilihan para pemilik kediaman untuk diletakkan di atas meja kerja mahupun bilik tidur.
2) Berbucu
Bentuk berbucu di bahagian atas dan segi lima di bahagian bawah menjadikan terrarium kesayangan anda kelihatan sangat bergaya. Kesan maskulin muncul kerana garis-garis aluminium pada bekas hanging plant yang menghiasi lelangit rumah.
Tambahan pula, rantai bahagian atas, terrarium jenis ini boleh berubah menjadi dekorasi hanging plant yang juga menarik.
3) Segi Lima
Bentuk bekas yang unik pilihan para pencinta tanaman hiasan bentuk segi lima. Dengan bentik segi lima yang terkesan tidak tertatur, namun pada akhirnya terrarium kelihatan simetri serta menarik dari pelbagai sudut. Gabungan warna dusty pink pada sudut lekukan bekas dengan warna hijau tanaman di dalam terrarium.
JENIS TANAMAN
Bukan sahaja bentuk bekasnya yang unik, pemilihan jenis tanaman yang digunakan juga faktor penting.
CRYPTANTHUS BIVITTATUS
Jenis tanaman terrarium ini memiliki bentuk seperti bintang. Dedaunnya pula tumbuh menghala ke sisi atau horizontal, kaku dan memiliki warna yang berbagai seperti merah, pink, coklat dan hijau.
ECHEVERIA-PULIDONIS
Jenis tanaman succulent berbentuk kelopak bunga yang sedang merekah ini adalah tanaman pilihan bagi para pencinta terrarium. Tanaman ini seringkali kita lihat di dalam setiap rekaan DIY terrarium.
CRASSULA OVATE
Tanaman ini juga termasuk dalam jenis tanaman succulent yang popular sebagai tanaman penghias terrarium yang ada di rumah. Bentuk tanaman ini kecil namun memiliki bentuk daun seperti jempol manusia.
Sumber: Amy Mohd
Ingin lebih tahu pelbagai tips untuk dekorasi rumah? Jangan lupa ikuti kami di Telegram dan TikTok rasmi IMPIANA.
Baca artikel berikutnya: 5 Tip Dekorasi Cipta Ruang Tamu Lebih Santai & ‘Welcoming’
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
KLIK DI SEENI
Gantung Air Macam Ni Dekat Dahan, Pokok Rendang Berbuah

Isi Kandungan
ToggleGantung Air Macam Ni Dekat Dahan, Pokok Rendang Berbuah. Pokok buah bila dah sampai masa untuk di tuai, mesti bahagian yang tinggi dan tidak samapai akan terbiar busuk hingga jatuh ke tanah. Bagaimanapun, ada tip yang boleh digunakan untuk memastikan pokok buah yang ditanam dalam sentiasa rendang walaupun dah berusia.
Teknik untuk memastikan pokok buah sentiasa rendang di panggil “Gravity Lowret”. Teknik tersebut telah di kongsikan oleh D’Pro A’nas di dalam group Facebook Berkebun Di Rumah. Jum kita baca macam mana nak hasilkan pokok buah yang rendang dan berbuah lebat
Baca juga: Tip Suburkan Limau Purut Kalau Tanam Dalam Pasu
Tips Pokok Buah Naik Meninggi, Separas Lutut Dah Berbuah
Sememangnya menjadi masalah untuk kutip hasil jika Pokok buah yang naik meninggi. Bukan itu saja, ia juga menyukarkan proses pemantauan dan penjagaan pokok.
Satu yang ramai tak tahu pokok yang dibiarkan meninggi ini juga mungkin tidak akan berbuah hingga ada yang sampai ke sudah tuan pokok tak merasa hasilnya.
Bagaimana pun ada tip yang boleh kita gunakan untuk memastikan pokok buah yang ditanam tak naik tinggi. Dikongsi oleh D’Pro A’nas boleh cuba kaedah Gravity Lowert telah beliau praktikkan untuk merendahkan pokok buah.
Tip merendahkan pokok
Jika disukat ketinggian pokok ini sudah melebihi tahap bahu orang dewasa. Jika dibiarkan tanpa kaedah tarikan graviti maka pokok ini akan meninggi dan terus meninggi.
Bila dah tinggi, pokok tak ingatlah nak berbuah. Asyik nak ‘makan’ dan nak meninggi semahu-mahunya.
Dengan kaedah GRAVITI LOWERT ini, kita dapat merendahkan pokok yang kita inginkan rendah dan mudah dipelihara serta buat pemantauan.
Cara merendahkan pokok
1.Bahan-bahan yang diperlukan untuk kaedah ini cuma plastik aiskrim, air dan tali plastik.
2. Caranya seperti dalam gambar di bawah. Cuma isi air dalam plastik aiskrim dan ikat kemas. Biarkan tali panjang supaya dapat diikat pada dahan pokok yang mampu menahan beban berat air tadi.
Hasil dari tarikan graviti pokok buah sudah mula berbunga.
Tujuan kaedah gravity lowert
Sebabnya untuk senang cerita dan faham, pokok kita akan ‘berfikir’ tahap ketinggian pokok cuma sampai setakat itu saja. Pokok dah tak dapat meninggi lagi.
Jadi pokok akan ‘berfikir’ untuk lahirkan keturunan/generasi baru iaitu berbuah dan berbunga. Istimewanya pokok rendah paras lutut dah berbuah.
Baja buah
Jangan lupa berikan baja buah sewaktu kita merendahkan pokok.
Cara membungakan dan membuahkan;
– 1 Sudu Makan Baja Novatec Premium.
– 1/2 Sudu Makan Baja TSP
– 1/2 Sudu Makan Baja MKP
– 2 Minggu Sekali.
– Saiz pasu 24 inci.
Kalau pasu kecil kurangkan dos kepada setengah.
Kalau atas tanah, kena darab 3X jumlah baja mengikut umur pokok.
Siram setiap hari, buat waktu petang sahaja bila putik bunga mula keluar. Ia bagi mengelakkan bunga gugur jika disiram waktu matahari naik.
Jangan buat pada pokok yang berdahan besar
Perkongsian dari pengalaman ini hanya sesuai untuk pokok buah berdahan sederhana, jangan buat pada pokok dahan besar.
Untuk keselamatan, jangan buat kalau pokok dah tinggi sebab membahayakan. Tebang dan tunggu dahan baru. Redha saja kalau pokok dah meninggi.
Kaedah ini dibuat pada pokok belimbing tetapi boleh juga dilakukan pada pokok buah yang lain seperti jambu air, longan, rambutan dan lain-lain.
Semoga bermanfaatGantung Air Macam Ni Dekat Dahan, Pokok Rendang Berbuah
Follow kami di WEBSITE, TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK dan YOUTUBE untuk dapatkan tip, idea dan artikel-artikel terkini serta menarik.
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
KLIK DI SEENI
Teringin Nak Rumah Minimalis Ala Jepun? Ketahui 7 Caranya!

Apabila kita cuba mendalami seni hias rumah dalam gaya minimalis ala Jepun, penekanan pada kesederhanaan, keseimbangan dan keselesaan menjadi panduan utama.
Dengan menyatu padukan elemen-elemen alam dan penggunaan ruang yang bijak, anda dapat mencipta sebuah atmosfera yang menenangkan dan mempesonakan dalam rumah anda.

- Ruangan Terbuka: Gaya rumah Jepun sering menekankan ruang terbuka dan aliran cahaya semula jadi. Pastikan ruangan anda teratur dan lapang dengan sedikit perabot. Biarkan cahaya matahari dapat masuk dengan baik.
- Perabot Sederhana: Pilih perabot yang sederhana dan berfungsi. Contohnya, meja rendah, sofa tanpa lekuk yang rumit dan rak dinding yang ringkas.
- Elemen Alami: Gaya rumah Jepun sering menggabungkan elemen alam seperti kayu, batu dan tanaman hijau. Anda boleh tambahkan elemen-elemen ini dalam bentuk perabot hiasan atau tumbuhan hidup.
- Warna Neutral: Pilih palet warna yang tenang dan neutral seperti putih, krim, coklat kayu atau kelabu. Warna-warna ini memberikan suasana yang tenang dan tenteram.
- Tatami atau karpet Jepun: Jika mampu, pertimbangkan untuk menggunakan tatami atau karpet Jepun untuk lantai. Ini boleh menambah sentuhan tradisional Jepun pada rumah anda.
- Seni Minimalis: Hiasi dinding dengan seni yang sederhana dan minimalis seperti lukisan, kertas dinding Jepun atau karya seni yang mempunyai nilai estetika yang tinggi.
- Penyusunan Perabot: Susun perabot anda dengan teliti untuk mencipta ruang yang seimbang dan lapang. Pastikan tiada kelebihan perabotan yang menyebabkan ruang kelihatan sesak.

Dengan mengikut panduan ini, anda boleh mencipta suasana rumah yang minimalis dan tenang seperti di Jepun.
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
KLIK DI SEENI