Pernah tak anda terfikir dengan berbelanja serendah RM600 sahaja anda berpeluang untuk menikmati percutian penginapan selama 7 hari 6 malam di hotel terpilih seluruh Malaysia dan luar negara? Menarik bukan?
Ya, kini anda tidak lagi perlu untuk terfikir dan semuanya boleh menjadi realiti dengan mengunakan pas keahlian premium ‘THE VIP PASS’ yang menyediakan perkhidmatan pakej percutian yang jimat dari serata negara antaranya Singapura, United Kingdom, Australia, Thailand, India, Hong Kong selain Malaysia.
Mesti anda ingin tahu bagaimana caranya untuk mendapatkan penjimatan ini. Langkah pertama yang anda perlu lakukan adalah mendaftar menjadi ahli THE VIP PASS dengan bayaran serendah RM600 untuk tempoh keahlian selama 24 bulan.
Untuk pengetahuan anda, dengan menjadi ahli THE VIP PASS anda bakal menerima pelbagai tawaran penjimatan dan pakej penginapan percutian yang bernilai lebih daripada RM2093. Wow ini memang jimat habis!
Ads
Menariknya lagi, setelah anda menyertai untuk menjadi ahli THE VIP PASS anda juga turut bakal menerima baucer ganjaran yang bernilai lebih RM2500.
Baucer ganjaran ini mengandungi hampir 20 baucer diskaun potongan harga untuk pelbagai rawatan kecantikan, penginapan hotel, makanan, gajet, fesyen dan banyak lagi.
Ads
Platform THE VIP PASS telah dilancarkan secara rasmi oleh Timbalan Menteri Perlancongan, Kesenian dan Kebudayaan Malaysia, Yang Berhormat Datuk Seri Dr Santhara JP.
Majlis pelancaran platform berkenaan telah diadakan di Mercu Summer Suites, Kuala Lumpur pada 22 Julai lalu.
Waktu PKP ni, seronok lihat rakan IMPIANA rajin berkebun. Yang tak minat pun, kini semakin rancak dan seronok kerana ia adalah antara aktiviti yang menarik dilakukan untuk mengisi masa lapang. Melihat hasil tanaman yang diusahakan, menambah minat untuk terus berkebun walaupun di ruang yang sangat sempit dan terbatas.
Salah satu cara atau solusi terbaik untuk memaksimumkan ruang tanaman adalah penggunaan pasu gantung. Kali ni, IMPIANA kongsikan cara untuk hasilkan pasu gantung comel dari botol plastik minuman terpakai. Jom saksikan video yang tealh disediakan.
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda. Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
Ramai teringin bila melihat rekaan kabinet dapur yang mempunyai permukaan kaunter (counter-top) yang diberi kemasan konkrit (simen render). Tapi, ramai yang tak tahu sebenarnya tak mudah membina dan menguruskan countertop dari simen render ini. Antaranya ialah:
MUDAH CALAR DAN MEMERANGKAP KOTORAN
Anda lihat, dinding diperbuat daripada konkrit lebih kukuh berbanding daripada jenis material yang lain. Namun tidak seperti countertop. Untuk mendapatkan kemasan dan kesan simen render yang cantik, nisbah campuran konkrit sangat berbeza jika dibandingkan dengan adunan untuk dinding dan lantai.
Hal ini menyebabkan struktur konter top mudah merekah walaupun terdapat lapisan epoxy sebagai perlindungan. Di Celah retakan tersebut akan menyerap kotoran dan air yang sukar untuk dibersihkan. Lama kelamaan, ia menjadi habitat kepada bakteria.
PENYELENGGARAAN YANG RUMIT DAN SUSAH
untuk memastikan permukaan counter top anda sentiasa kelihatan bersih dan cantik, penjagaan perlu dilakukan secara kerap. Sekurang-kurangnya, 1-3 tahun sekali, epoxy atau perlindungan perlu di sapu semula. Gunakan papan pemotong dan alas ketika melakukan kerja diatas permukaan countertop.
MODAL YANG TINGGI DAN MASA YANG LAMA
Tak mudah untuk menghasilkan permukaan simen render yang cantik. Ia memerlukan kepakaran. Selain itu, lapisan epoxy perlu diletakkan. Kedua-dua perkara ini melibatkan kos yang tinggi. Tambahan, untuk apstikan permukaan konkrit betul-betul mengeras sempurna, ia memerlukan masa yang lama iaitu antara 24-28 hari. Baru lah ia betul-betul kukuh.
Telefon Lembab Atau “Storage Full”, Buat Macam Ni Terus Laju. Memang susah hati bile telefon mula keluar notifikasi “storage full”. Dah macam-macam file dibuang, tapi masih kelaur lagi notifikasi tersebut. Kalau tak buang, kang mula lah berat, lambat atau “lagged”. Mula lah pasang niat nak tukar telefon lain kan?
Jadi apa kata anda buat tips yang dikongsikan oleh @zafizi.zain ini di aplikasi TikTok.
Caranya cukup mudah dan anda boleh lakukan sendiri seperti di bawah ini:-
Langkah 1 : Pergi dekat setting telefon anda
Langkah 2 : Pilih Apps dan klik. Akan keluar semua apps yang kita ada.
Langkah 3 : Klik bahagian tepi (anak panah kuning) dan kemudian untuk lebih mudah short by size dan secara automatik fail saiz paling besar akan berada di atas sekali.
Langkah 4 : Kemudian pilih apps dan sebaiknya lihat yang 10 yang teratas. Contoh kita klik pada facebook.
Langkah 5 : Kemudian klik di bahagian storage
Langkah 6 : Kemudian klik clear cache dan secara automatik bahagian cache akan jadi kosong.
Video yang dikongsikan ini mendapat perhatian dan ditonton oleh 444 ribu penonton dan ramai memberi komen terima kasih. Ini memandangkan ramai antaranya tidak tahu cara tersebut dapat membantu mengatasi masalah telefon yang semakin berat dan hang. Nyata, cukup mudah rupanya bila sudah mengetahui caranya.
Apabila file di dalam telefon ‘dibersihkan’ telefon akan lebih lancar dan tiada lagi masalah ‘hang’ atau ‘berat’.
Terutama kepada mereka yang kaki game. Semoga perkongsian ini bermanfaat untuk anda. Juga kepada yang banyak menggunakan hp untuk bekerja atau belajar.
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda. Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
Setiap pemilik kediaman ada cara tersendiri dalam memastikan rumah sentiasa kemas, bersih dan teratur, sedap mata memandang. Begitu juga pilihan konsep dan citarasa dekorasi yang menjadi pilihan.