Uncategorized

Tiada Bajet Untuk Pasang Lantai ‘Vinly’, Gunakan Tikar Getah Ini Sebagai Penyelamat, Lebih Jimat!

Share

Tidak dinafikan, jika anda berhasrat untuk memasang kemasan ‘Vinly’ pada seluruh permukaan lantai di kediaman anda, sudah pastinya anda akan terpaksa berbelanja besar dan menanggung kos modal yang lebih tinggi. 

Tetapi, jika difikirkan balik lantai di rumah anda tidak lagi berada dalam keadaan baik dan memerlukan kemasan baharu yang lebih cantik. Jadi, bagaimana cara untuk mengatasi masalah tersebut? 

Jangan anda bimbang, apa kata menggunakan tikar getah yang bercorak kayu ini sebagai penyelamat dan untuk mengatasi masalah tersebut. 

Bukan itu sahaja, tikar getah ini boleh memberikan impak dan kesan yang seakan sama seperti pemasangan kemasan ‘Vinly’ pada permukaan lantai rumah anda. Menarik bukan? 

Untuk maklumat anda, tikar getah ini dijual dengan harga serendah RM13.80 sahaja dan anda boleh mendapatkannya dengan membuat pembelian secara dalam talian di aplikasi Shopee. 

Foto: Facebook Pemburu Tiket Murah

Ingin lebih tahu pelbagai tips untuk dekorasi rumah? Jangan lupa ikuti kami di Telegram

dan TikTok rasmi IMPIANA.

Baca artikel berikutnya: Seluruh Bilik Air Bertemakan Warna Serba Putih, Tampak Lebih Berseri & Menarik!

 

Published by
Nazar Rafiqhi