Apabila pintu pagar rumah sudah bertahun-tahun lama diguna pakai, mungkin sudah tiba masanya untuk membaiki atau menukar kepada pintu pagar rumah yang baharu.
Namun dengan kenaikan kadar harga barang masa kini, mungkin ada di kalangan anda yang menghadapi masalah kewangan dan kekangan bajet untuk menukar pintu pagar rumah yang baharu.
Tetapi tahukah anda, sebenarnya kini ada alternatif lain yang lebih menjimatkan untuk membaiki pintu pagar rumah anda yang sudah lama dan rosak dengan hanya menggunakan kayu campuran dikenali sebagai ‘Shera Plank’.
Menggunakan kayu campuran ini ternyata bukan sahaja menjimatkan wang ringgit anda malah ia sangat mudah untuk dipasang dan dikendalikan.
Lihatlah hasilnya, memang menakjubkan betul tak? Dengan hanya menggunakan ‘Shera Plank’ sahaja pintu pagar rumah terus berubah tampak seperti baharu.
Bukan itu sahaja, struktur reka bentuk kayu campuran ini juga tampak sangat menarik dan unik apabila ia disiap pasang pada pintu pagar rumah anda.
Sekiranya anda ingin mendapatkan kayu campuran ‘Shera Plank’ seperti yang tertera pada gambar, anda boleh sahaja membelinya dengan membuat pembelian secara dalam talian di aplikasi Shopee. Klik di sini untuk pembelian.
Sumber: Facebook Kaki Deko
Ingin lebih tahu pelbagai tips untuk dekorasi rumah? Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi IMPIANA. Klik di sini.
Baca artikel berikutnya: Cara Betul Untuk Buat Dekorasi ‘Table Setup’ Yang Cantik, Kena Tahu 3 Perkara Asas Ini
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
KLIK DI SEENI
Bunga Segar Tahan Lama, Tip Ini Mampu Panjangkan Hayat Flower Cut
Isi Kandungan
ToggleBunga segar tahan lama, tip ini mampu panjangkan hayat flower cut. Jika anda memiliki sejumlah pokok berbunga, apa kata wujudkan kelainan dengan menjadikan ia sebahagian cut flower yang boleh dijadikan hiasan di sudut kediaman anda.
Anda boleh menjadikan kuntuman mawar, bunga kemboja dan lain-lain lagi menjadi elemen hiasan dalam pasu hiasan bersaiz kecil, sebagai penyeri meja kopi ataupun ketika menghidangkan minum petang. Memaksimumkan fungsi tumbuh-tumbuhan di taman bukan sahaja menjana kreativiti sebagai pemilik taman tetapi dalam masa yang sama ia mampu menyerlahkan rupa terbaik tanaman dalam setiap aspek kehidupan sehari-hari.
Kaedah Mengekalkan Kesegaran Cut Flower
- Bunga dituai ketika ia dalam keadaan segar iaitu sama ada pada awal pagi atau lewat petang. Elakkan memotong kuntuman bunga di luar waktu ini.
- Buang daun yang berada di paras paling rendah pada setiap batang. Ini bagi mengelakkan daun ini terendam di dalam air ketika diletakkan di dalam pasu.
- Potong batang pokok (stem) bunga menggunakan peralatan tajam dan jika boleh lakukan proses pemotongan dengan membawa bekas berisi air di taman. setelah memotong masukkan bunga-bunga tadi dengan segera ke dalam bekas tersebut. Situasi terendam ini dapat menghalang gelembung udara daripada tersumbat di dalam batang.
- Letakkan bahan-bahan di dalam bekas bersih dengan air suam pada suhu bilik.
- Sentiasa pastikan cut material berada di dalam air semasa proses menggubah kerana ia akan menghalang pokok bunga tadi kehilangan lembapan melalui proses transpirasi.
- Sentiasa guna bekas atau pasu bersih yang diletakkan dengan bahan pengawet untuk memanjangkan tempoh kesegaran bunga. Kebiasaannya bunga tanpa pengawet akan bertahan kurang dari seminggu.
- Gunakan bahan pengawet bunga untuk membekalkan nutrien dan mencegah pertumbuhan bakteria.
Pengawet Bunga (floral preservatives)
- Formula untuk pengawet bunga adalah mudah. Ia terdiri daripada tiga bahan utama iaitu gula (dektrosa, bukan sejenis gula makan). Ia menyediakan sumber tenaga karbohidrat agar bunga boleh menjalankan proses respirasi. Kaedah ini membantu tunas untuk berkembang menjadi bunga.
- Biocide ( mengawal pertumbuhan bakteria). Tanpa bahan ini, kehadiran gula ke dalam air akan meningkatkan bakteria yang akan menyerang batang(stem) dan memendekkan hayat cut flower
- Acidifier ( merendahkan pH air dan meningkatkan kadar resapan air). Pengawet bunga komersial boleh dibeli di dalam cecair atau serbuk di kedai bunga. Pastikan anda mengikut arahan tertera sebaiknya. Sebagai panduan jika anda ingin menggantikan bahan pengawet ini dengan bahan sedia ada di rumah, anda boleh menggunakan pencuci mulut Listerine . Satu auns Listerine dicampurkan ke dalam satu gelen air akan menghasilkan kandungan yang tepat sebagai bahan pengawet.
Cara Mengendalikan Cut Flower:
- Tumbuh-tumbuhan berbeza dari segi komposisi dan tabiat pertumbuhan, oleh itu penjagaan dan pengendalian teknik mungkin berbeza-beza untuk setiap spesies. Kenali karakter pokok anda sebelum ia dijadikan cut flower.
- Elakkan memotong bunga yang masih belum matang kerana struktur sel masih belum berkembang sepenuhnya dan berfungsi untuk menghalang bunga tersebut dari layu.
- Spesies dengan hayat pendek seperti bunga raya, iris, teratai, dan mawar mestilah dipotong pada peringkat putik dan ia akan berkembang ketika di dalam pasu.
- Lakukan teknik pemotongan clean cut dan berbucu tajam berbanding potongan lurus dan mendatar, kerana kaedah ini akan melancarkan proses penyerapan air yang lebih baik untuk mengekalkan kesegaran bunga.
- Kebanyakan cut flower akan tahan lebih lama apabila diletakkan di tempat teduh atau pada suhu rendah. Spesies seperti bird of paradise, orkid, ginger, anthurium dan spesies tropika kebiasaannya tahan lasak pada cuaca panas, tetapi pastikan anda tidak meletakkan pasu berisi bunga-bunga segar ini secara langsung di bawah sinaran cahaya matahari.
- Buah-buahan segar dan sayuran membebaskan gas ethylene, iaitu sejenis kondisi natural untuk menjadikan buah-buahan tersebut masak dan ranum. Apabila buah-buahan atau sayuran seperti pisang, lobak merah dan epal digabungkan bersama gubahan bunga, gas ini secara drastik akan memendekkan hayat bunga segar ini tadi. Oleh itu pamerkan bungaan segar anda secara solo.
Kredit: Pexels
Ingin kongsi idea dekorasi rumah anda? Klik link ini untuk join telegram grup Geng Dekor Impiana: https://t.me/gengdekorimpiana
Ingin lebih tahu pelbagai tip untuk dekorasi rumah? Jangan lupa ikuti kami di Telegram dan TikTok rasmi IMPIANA.
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
KLIK DI SEENI
Nasi Sejuk Bagus Untuk Mengurangkan Risiko Kencing Manis Dan Untuk Diet, Tapi…
Isi Kandungan
ToggleMemang sedap makan makanan ketika hangat. Mak-mak dulu pun selalu pesan, kalau makanan dah sejuk, panaskan dulu sebelum makan. Tapi, ada satu makanan yang lebih sesuai dimakan ketika sejuk. Sejuk di sini tidak lah bermaksud sejuk beku. Tapi sejuk pada suhu bilik.
Sekali lagi, Fatimah Salim berkongsi tip makanan di dalam group Makmal Makanan (MaMa). Kali ini, mengenai kebaikkan makan nasi sejuk
Berita baik kepada penggemar nasi sejuk. Tahukah anda nasi yang disejukkan akan berkurangan nilai kalorinya?
Asasnya, beras mengandungi karbohidrat berstruktur komplex (aka kanji) iaitu amylose dan amylopectin. Kedua kanji ini terbentuk daripada rantaian gabungan ratusan ribu molekul kecil glukosa.
Dapatan kajian membuktikan menyejukkan nasi sebelum makan dapat menukarkan sifat kanji kepada kanji degil (resistant starch) yang bermaksud sukar untuk dicernakan oleh enzim pencernaan. Ini kerana, apabila nasi disejukkan, kanji akan mengalami proses penyusunan semula struktur rantaian molekul glukosanya menjadi lebih padat daripada struktur kanji yang asal. Proses ini dikenali dengan retrogradation.
Keadaan ini akan menyebabkan proses pencernaan menjadi lebih sukar di mana susah bagi enzim tadi untuk memecahkan kanji kepada molekul kecil glukosa. Dengan berkurangnya molekul glukosa yang terhasil, maka berkuranglah molekul glukosa yang diserap ke dalam darah, maka rendah kesan glisemiknya dan kuranglah hasil kalorinya ke atas badan.
Apakah yang berlaku kepada kanji degil ini?
Disebabkan kanji degil ini tidak mampu dicernakan oleh enzim yang berkaitan dalam sistem penghadaman, maka ianya akan ditolak ke dalam usus besar dan akan difermentasi oleh bakteria di sana. Proses penguraian oleh bakteria ini akan menghasilkan gas hidrogen, metana dan asid lemak. Asid lemak akan digunakan oleh badan, manakala gas hidrogen dan metana ini jika tidak dikeluarkan (dalam bentuk kentut) boleh menyebabkan kembung atau lebih dikenali dengan istilah ‘angin’.
Disebabkan rendah indeks glisemik, nasi sejuk bagus untuk mengurangkan risiko kencing manis dan kegemukan. Namun, mereka yang menghadapi masalah ‘kembung’ tidak digalakkan disebabkan kebarangkalian pengumpulan gas dalam usus besar. Dan yang paling penting, JUMLAH HIDANGAN harus diambil kira untuk mendapatkan kesan ini. Walaupun makan nasi sejuk, jika kuantiti yang diambil adalah banyak, tiada manfaatnya juga.
Nota: Nasi sejuk yang dimaksudkan di sini ialah nasi yang TIDAK basi ya. Cara untuk menentukan nasi sudah basi atau belum ialah dengan melihat perubahan dari segi rupa, warna, tekstur dan rasa. Sekiranya nasi masih lagi berkeadaan baik, maka bolehlah dimakan. Jika tidak, boleh buang, bagi haiwan ternakan atau dijadikan baja tumbuhan saja.
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
KLIK DI SEENI
Railing Tangga Buat Rumah Nampak Menawan, Ramai Yang Tak Perasan
Railing tangga atau pemegang tangga sebenarnya mampu membuatkan sesebuah rumah itu nampak gah dan menawan. Tapi ramai yang tak sedar akan kepentingan dan rekaan pemegang tangga dalam rumah ini. IMPIANA hari ni nak kongsikan kepentingan pemegang ini dan juga rekaan atau design yang cukup menawan untuk kediaman anda.
Bila sebut dan sentuh tetang dekorasi pasti semua akan nampak set sofa dan juga perkakas dekorasi yang lain bukan. Sebenarnya banyak perkara dalam rumah yang boleh dijadikan perhatian untuk menarik perhatian dalam dekorasi.
Bila dapat kunci rumah perkara utama dalam fikiran nak dekor macam mana dan nak cat atau pakai wallpaper kan? Tapi ada juga yang berfikiran nak luaskan lagi rekaan dan bukaan dalam rumah. Tetapi ubah suai itu akan berlaku pada ruang dapur dan ruang makan yang akan dipecahkan dinding asalnya untuk terus ke arah ruang dapur.
Jika anda perasan apabila masuk rumah dan ke arah ruang tamu mata kita akan menghala ke arah tangga yang gah dengan jayanya di sebalik ruang tamu dan ruang makan. Betul tak? Dan kadang kala anda perasan tak binaan tangga yang terlalu besar ini mampu membuatkan ruang yang sepatutnya luas tetapi kini nampak lebih sempit.
Ada banyak railing sebenarnya. Tapi IMPIANA memilih untuk railing kaca yang banyak akan membantu ruang dalam rumah anda nampak lebih berbeza dan lebih menawan.
Jika Anda tertarik untuk menerapkan railing tangga kaca, ada beberapa hal yang perlu anda ketahui terlebih dahulu. Berikut ada beberapa kelebihan dan kekurangan, serta inspirasi rekaan railing tangga kaca untuk anda.
Kelebihan railing tangga kaca
Diperbuat dari kaca, membuat railing tangga kaca memiliki tampilan lut sinar yang bisa memberikan kesan moden, minimalis, dan clean. Inilah yang membuat railing tangga kaca sangat cocok diterapkan pada rumah bergaya moden minimalis. Kelebihan lain railing tangga kaca iaitu dapat menciptakan kesan ruangan yang lebih luas kerana diperbuat dari kaca lut sinar.
Kelemahan railing tangga kaca
Di sisi lain, railing tangga kaca juga memiliki kelemahan. Kelemahan utamanya iaitu mudah pecah, kerana materialnya yang terbuat dari kaca. Jika hal ini terjadi, tentulah sangat berbahaya untuk anggota keluarga di rumah. Namun, anda dapat mengurangkan masalah tersebut dengan memilih material kaca yang tepat.
Kaca tempered dan kaca laminate merupakan dua material kaca yang sesuai untuk railing tangga kaca. Kaca tempered dinilai lebih tahan dan lasak kerana dalam pembuatannya, material kaca ini melalui proses pemanasan dan pendinginan secara cepat yang membuatnya lebih kuat untuk menahan beban dari kaca biasa.
Apabila pecah pun, pecahan kaca tempered juga cukup selamat sebab akan hancur dalam bentuk pecahan kecil bulat dan tumpul. Selain itu, kaca tempered juga dapat memberikan kesan elegan dan moden pada sebuah ruang, yang biasa menambah nilai estetika.
Sementara itu, kaca laminate adalah material kaca yang menggabungkan dua kaca atau lebih yang dilapisi oleh interlayer film PVB (Polyvinyl Butyral). Lapisan interlayer film ini akan menjaga agar kaca tetap kuat walaupun saat pecah. Inilah yang membuat kaca laminate menjadi salah satu material kaca pilihan untuk railing tangga kaca.
Kombinasi Apa Yang Sesuai Untuk Railing Kaca
Apabila memilih pemegang tangga kaca pastinya buntu padanan apa pula untuk kemasan tangga ini. Pastikan kemasan tangga itu anda padankan dengan material stainless steel hitam, manakala tangga pula gunakan lantai kayu. Ini akan memberi mood nyaman dan effect WOW dalam rumah.
Shopping!
Ramai yang tanya dekat IMPIANA mana nak beli 3D Wall Tiles Sticker Home Décor Wall tiles Waterproof Self Adhesive 3D Pelekat Jubin Dinding Dekor Kalis Air. KLIK Di SINI untuk pembelian
Follow kami di WEBSITE, TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK dan YOUTUBE untuk dapatkan tip, idea dan artikel-artikel terkini serta menarik.
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
KLIK DI SEENI