Berita

Tiada Bajet Untuk Tukar Pagar Rumah Baharu, Gunakan Kayuan ‘Shera Plank’ Sebagai Alternatif

Share

Apabila pintu pagar rumah sudah bertahun-tahun lama diguna pakai, mungkin sudah tiba masanya untuk membaiki atau menukar kepada pintu pagar rumah yang baharu. 

Namun dengan kenaikan kadar harga barang masa kini, mungkin ada di kalangan anda yang menghadapi masalah kewangan dan kekangan bajet untuk menukar pintu pagar rumah yang baharu. 

Tetapi tahukah anda, sebenarnya kini ada alternatif lain yang lebih menjimatkan untuk membaiki pintu pagar rumah anda yang sudah lama dan rosak dengan hanya menggunakan kayu campuran dikenali sebagai ‘Shera Plank’. 

Menggunakan kayu campuran ini ternyata bukan sahaja menjimatkan wang ringgit anda malah ia sangat mudah untuk dipasang dan dikendalikan. 

Lihatlah hasilnya, memang menakjubkan betul tak? Dengan hanya menggunakan ‘Shera Plank’ sahaja pintu pagar rumah terus berubah tampak seperti baharu. 

Bukan itu sahaja, struktur reka bentuk kayu campuran ini juga tampak sangat menarik dan unik apabila ia disiap pasang pada pintu pagar rumah anda. 

Sekiranya anda ingin mendapatkan kayu campuran ‘Shera Plank’ seperti yang tertera pada gambar, anda boleh sahaja membelinya dengan membuat pembelian secara dalam talian di aplikasi Shopee. Klik di sini untuk pembelian. 

Sumber: Facebook Kaki Deko

Ingin lebih tahu pelbagai tips untuk dekorasi rumah? Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi IMPIANA. Klik di sini.

Baca artikel berikutnya: Cara Betul Untuk Buat Dekorasi ‘Table Setup’ Yang Cantik, Kena Tahu 3 Perkara Asas Ini

 

Published by
Nazar Rafiqhi