Baru-baru ini, seorang wargamaya di laman media sosial Facebook bernama Daniel Nazree meluahkan rasa kesal dan kecewa terhadap sikap segelintir para ibu bapa di luar sana yang tidak memantau tingkah laku anak-anak di tempat awam.
Hal ini berlaku ekoran selepas satu seni hiasan Kolum sambutan perayaan Deepavali di tempat awam telah dirosakkan oleh segelintir kanak-kanak.
Serentak dengan itu, individu berkenaan turut memuat naik sekeping foto yang memaparkan seni hiasan Kolum Deepavali yang telah dirosakkan tersebut menerusi hantaran yang sama.
“Kepada sesiapa keluarga kalau bawak anak2 masuk mall sila lah tengok sikit perangai ank tu jangan jadi mak bapak tak ada sivik…
“dah lah rosak kan benda ni lepas tu xda rasa bersalah serta tak ada rasa nak mintak maaf…!!!!
“aku tak nak kait kan bangsa nanti tuduh aku mcm2 tapi pada semua mak bapak klau bawak nak2 tolong jangan rosak kan harta benda orang lain..!!!!,” tulisnya.
Pada masa sama, individu terbabit memohon kepada semua para ibu di luar sana untuk sentiasa lebih peka memantau dan mengawal pergerakan anak-anak di tempat awam supaya kejadian seperti ini tidak akan berlaku di masa hadapan.
Meninjau di ruangan komen, rata-rata netizen memberikan pelbagai reaksi dan meluahkan rasa kesal apabila melihat perkongsian tersebut.
Ingin lebih tahu pelbagai tips untuk dekorasi rumah? Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi IMPIANA. Klik di sini.
Baca artikel berikutnya: 4 Kemasan Siling Buat Ruang Tampak Rapi dan Lebih Menyerlah