Tiada Pendidikan Rekaan Dalaman, Tapi Tengok Hasil Sentuhan Kediaman 450sqft Ini

Share

Tak semestinya, untuk hasilkan sebuah dekorasi kediaman yang cantik anda perlu lantik pereka dalaman yang mempunyai latar belakang dan Pendidikan dalam bidang tersebut. Seperti yang dilakukan oleh Haziq Ammar. Sentuhan dekorasi yang di kongsikan di dalam group-group dekor media sosial mendapat perhatian dan secara tidak sengaja ada pula yang berminat untuk mendapatkan perkhidmatannya.

Asalnya hanya minat mendalam tentang hiasan rumah dan hanya mendeko kediaman quarters sendiri yang terletak di dalam (Universiti Malaya). Saya hanya memaparkan dekorasi yang telah dilakukan di group dekorasi seperti FB dan beberapa ahli group yang menanyakan untuk mengupah saya deko rumah mereka. Pada mulanya saya tidak yakin tetapi dengan dorongan dan nasihat rakan-rakan lain untuk saya mencuba bidang ini.  Saya terima cabaran ini untuk mendeko rumah pertama pelanggan seperti gambar.

Pemilik : Nurul Anis Omar
Pereka : Haziq Ammar
Lokasi : Dorchester Apartment Sri Hartamas
Size : 450sqft Studio Unit

Pemilik ingin studio unit ini kelihatan lebih menarik, simple dan elegance kerana ruangnya yang sangat terhad. Oleh itu, memilih perabot dan deko item yang lebih sesuai perlu di letakkan agar ia tidak keliahatan padat. Tambahan, pemilik berhasrat untuk menjadikan kediaman ini sebagai homestay

Setelah berbincang idea dengan pemilik, pereka telah memilih  konsep modern minimalist supaya ruang kelihatan lebih simple dan modern. Deko ini siap sepenuhnya dalam masa 3 minggu termasuk kerja-kerja renovasi tandas dan bahagian dapur. Kos keseluruhan hanya RM39k.

Kelainan dan Tarikan utama deko kediaman ini adalah pada bahagian Ruang katilnya. Ia ditata hias lebih menonjol untuk menerapkan konsep ala Hotel.

Ruang beradu menerapkan warna yang lebih tenang iaitu biru gelap pada dinding utama dan dihiasi bingkai gambar bermotif flora menghidupkan lagi suasana kelihatan tenang dan menarik. Tidak lupa juga, sedikit kelainan sentuhan pada kemasan tandas yang mengetengahkan konsep rekabentuk jubin morocco.

Walaupun pada mulanya pemilik tidak berani degan cadangan yang diberikan oleh saya, setelah siap semuanya pemilik sangat gembira dengan hasil dekorasi tersebut.

Published by
Impiana