Pengalaman menarik ini terhidang dalam pakej lengkap di Tiarasa Escapes yang terletak di Janda Baik. Lebih uniknya, percutian di Tiarasa Escape berkonspekan glamping di mana bilik inapnya dibina dari khemah safari dengan tatapan dekorasi gaya mewah mengikut tema tersendiri.
Tiarasa Escape merupakan milik Pengarah terkenal Puan Sri Tiara Jacquelina. Kenangan ketika kecil dan pengalaman berada di negara orang menjadi inspirasi untuk dikongsikan bersama sehingga terbinanya sebuah resort mewah dengan gaya yang tersendiri.
Untuk memastikan segala hasrat dan impian berjaya dizahirkan dengan pakej sempurna, kontraktor dan arkitek landskap dari WHZ Environmental Design Sdn. Bhd. telah dilantik. Syarikat perunding dan pembina landskap yang tidak asing lagi untuk industri landskap yang berpusat di Kuala Lumpur ini sinonim dengan pembinaan berskala besar terutamanya dalam pembinaan mampan landskap di seluruh Malaysia.
Objektif pemilik adalah untuk mengekalkan sebaik mungkin aset semula jadi yang tersedia. Oleh itu sebelum melakukan sebarang kemajuan pembangunan, perunding telah melakukan sebuah inventori di mana mendapati selain sungai utama iaitu Sungai Nerong melintasi lot resort ini, terdapat sebuah laluan mata air yang berpunca dari bawah tanah di tengah-tengah tapak.
Ads
Selain itu juga, pokok buah perlu dikekalkan untuk menjadi salah satu tarikkan tambahan. Oleh kerana lot resort ini terletak di kawasan yang sedikit bercerun, rekaan dan keseluruhan resort perlu mengikut kontur sedia ada. Kerja-kerja ground work yang melibatkan pemotongan dan penambakkan tanah hanya ditahap minima bagi mengurangkan impak persekitaran sedia ada.
Ads
Selain berdasarkan inventori sedia ada terdapat di dalam lot pembangunan resort ini, pemilik dan pereka turut melakukan kajian terhadap persekitaran tapak agar tidak menerima impak kepada pembangunan yang dimajukan di dalam resort. Antara yang dititik beratkan adalah sosio dan budaya yang tersedia, penggunaan bahan-bahan semula jadi seperti kayu dan batu, penglibatan komuniti setempat dan kajian terhadap kualiti air.
Berdasarkan dari inventori tersedia, Pereka membina sebuah resort berkonsepkan glamping yang diimpikan Puan Seri Tiara. Fokus utama adalah penyediaan landskap yang lestari. Mata air yang terdapat di tengah-tengah lot dimanfaatkan dengan dijadikan sebagai sebuah kolam dengan bentuk organik agar menyatu dengan landskap tersedia. Batu besar yang tertanam di dalam tapak tidak digugat kedudukannya dan dijadikan sebagai elemen unik kepada keseluruhan set landskap.
Terdapat 20 buah khemah mewah gaya safari dan 5 buah villa tree top lengkap dengan penghawa dingin, bilik mandian tub dan tandas dibina dengan ciri terbuka yang membuatkan gaya bilik air ini lebih menarik. 20 biji khemah mewah gaya safari diinspirasikan melalui era pengembaraan White Rajah yang merupakan salah seorang pemerintah British di Sarawak. Selain itu juga, aksesori etnik Sarawak dipadukan menjadi perincian bagi keseluruhan dekorasi khemah penginapan.
Ads
Bagi 5 buah villa tree top pula, ia memaparkan konsep dekorasi dalaman yang menjadi impian pemilik seusia kanak-kanak. Setiap villa di lengkapi anjung sebagai ruang santai memberi peluang kepada pengunjung menikmati kesegaran alam yang tersedia. Konsep utama dekorasi rumah pokok ini adalah Boho Chic dan gaya Coachella.
Bagi mempelbagaikan lagi aktiviti di Tiarasa Escapes, pemilik turut menyediakan restoran diberi nama Rasa in the Rainforest yang sedia menyediakan hidangan di waktu pagi, tengah hari dan malam. Memberi pilihan, pengujung turut boleh menikmati hidangan di The Red Dragonfly Poolside Cafe.
Antara aktiviti lain yang menarik turut ditawarkan di Tiarasa Escapes adalah Jungle walk, bird watching, moonlight cinemas, Daily Lighting Of The Magical Bonfire Ceremony, Riverside picnic dan pelbagai lagi. Selain menjadi penginapan gaya glamping, Tiarasa Escapes turut menerima tempahan untuk sebarang majlis keraian atau perkahwinan dan team building.
Berdasar kepada keseluruhan tatapan yang dizahirkan pereka dan inspirasi diberi pemilik menjadikan resort gaya glamping ini bukan sahaja menjadi ikon dan membangunkan industri pelancongan Malaysia malah industri landskap sendiri. Melalui kriteria perancangan dan pembangunan yang telah dilakukan, Tiarasa Escape dinobatkan sebagai Project Of The Year, Malaysia Landscape Architecture Award 2018 oleh penal juri yang telah dilantik oleh Institut Landskap Malaysia (ILAM) Pada malam gala bulan April yang lalu.
Nak tahu lebih detail tentang cita rasa Datin Seri Tiara dalam menzahirkan resort gaya galamping ini, apa kata kita tonton video 360 yang disediakan:
https://www.youtube.com/watch?v=trWR4zRsG8A&t=17s
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda. Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
Tahukah anda yang air barli boleh mencantikkan kulit dan menguruskan badan?
Walaupun nampak biasa saja, jika diminum secara konsisten dan berterusan, air barli boleh membuatkan badan lebih kurus dan sihat. Selain itu, kulit yang bermasalah dan kusam juga boleh berubah menjadi berseri-seri serta anjal jika kita amalkan minum air barli.
Kosnya pula amatlah murah dan mudah didapati dimana-mana.
Untuk resipi air barli yang lengkap, Puan Aisyah ada berkongsi di laman Facebook nya. Jom kita cuba buat!
RESIPI AIR BARLI
BAHAN-BAHANNYA :
1/2 cawan barli
7 gelas air
1 batang kayu manis ceylon
Lemon
Madu ( kalau nak manis)
CARA-CARANYA :
Rebus barli + kayu manis ceylon dengan air selama 30-45 minit, sampai barli kembang. Pastu dah boleh tutup api. Sebelum minum nanti perahkan lemon sikit dengan masukkan madu sikit.
** Baki air barli boleh simpan dalam peti ais. Aisyah suka asingkan biji barli dengan air rebusan sebab tak nak barli tu kembang sangat.
** Jangan lupa panaskan sebelum minum.
KHASIAT AIR
Barli
– kurangkan morning sickness
– anjalkan kulit
– sejukkan badan
– banyakkan susu ibu
– rendahkan kolestrol
– melegakan sembelit
– kuruskan badan
– kencing manis
– mencegah sakit jantung
– arthritis
– menguatkan gigi
– kurangkan rambut gugur
– anemia
– batuk, sakit tekak, demam
– mencegah kanser
– mencegah batu karang
– mencegah osteoporosis
– masalah jerawat
– mencegah kencing kotor
– kencing kotor
Kayu manis ceylon
– boost metabolisme badan
– kurangkan kolestrol
– Kurangkan selera makan
– lambatkan proses masuk dalam perut, jadi tak de la cepat rasa lapar
– lancarkan period dan servis dalaman
Lemon
– cuci kerak kerak lama dalam usus
– bakar lemak degil
– ada vit c, bagus untuk kulit
– anti kanser
– mengempiskan perut
Madu
– tambahkan tenaga
– antioxidant
– mencegah kanser
– pemanis semula jadi
Siapa cakap nak cantik dan kurus ni kena guna modal besar. Minum jek air barli hari hari, nanti glowing mowing plus anjal tau. Pastu lelemak pun segan nak duduk lelama dalam badan.
Periuk. Siapa je tak kenal periuk tu apa dan kebanyakkan orang di dunia ni semuanya pakai periuk. Cuma yang menjadi perbezaannya, kita pandai memilih atau tidak periuk tersebut. Ini kerana, ada periuk yang bagus dan ada periuk yang tidak berapa bagus sangat. Begitu juga semasa memasak. Memasak ini memanglah seronok tetapi yang akan menjadikannya tidak berapa seronok apabila periuk yang kita guna itu cepat rosak. Bahkan, boleh mengakibatkan kecederaan pada diri kita. Haa lepas tu, mula lah tak ada mood dah. Lagi-lagi perempuan. Jadi, di sini saya akan menceritakan sedikit tips cara memilih periuk yang bagus dan juga akan kongsikan beberapa jenama yang terbaik di pasaran.
Yang pertama, dalam kita memilih periuk, kita mestilah tahu jenis periuk yang hendak kita beli. Alumium, keluli, enamel serami, salutan teflon, titanium, marmar dan pelbagai lagi, semua dan setiap jenis kuali ini mempunyai kelebihan masing-masing seperti tidak melekat, ringan, senang di basuh dan pelbagai lagi. Kedua, Saiz periuk. Saiz periuk ini kita lihat pada kedalaman periuk tersebut kerana ia menentukan kuantiti makanan yang dapat dimuatkan dalam periuk tersebut. Ketiga, pemegang. Pemegang ni penting kerana kita akan selalu angkat dan letakkannya. Jadi, ia lebih baik cari periuk yang pemegangnya itu, ada skru. Yang terakhir, keempat, adalah yang paling penting iaitu permukaan periuk itu. Tapi ia ikut pada masing-masing juga. Kalau yang rata, sesuai untuk memasak telur ke, masak nasi goreng ke tapi kalau yang masak perlukan deep fried seperti nugget dan ayam goreng, lebih sesuai permukaan yang melengkung.
Jadi, itu sahaja yang saya tahu dalam memberi tips untuk membeli periuk. Pastikan anda beli periuk, carilah jenama yang boleh dipercayai seperti Tefal, Dessini, Velosan atau Carote.
Ramai beranggapan untuk menanam lobak merah ia memerlukan batas. Memang benar, ini kerana lobak merah memerlukan tanah yang dalam untuk membolehkan ia menghasilkan ubi yang panjang. Oleh hal yang demikian, batas adalah penyelesaian yang terbaik untuk menghasilkan lobak merah yang cantik. Namun, tidak mustahil untuk anda tanam lobak di dalam pasu jika kena pada caranya.
Bekas tanaman
Memandangkan lobak memerlukan kondisi tanah yang dalam untuk membolehkan ia menghasilkan umbisi yang cantik, anda memerlukan pasu atau bekas yang mempunyai ke dalam minimum 1.5 kaki.
Biji benih
Dapatkan benih lobak dari variati Chantenay atau Nantes. Elakkan menanam lobak merah dari variati Imperator kerana ia dari variati yang panjang. Untuk variati tersebut, anda memerlukan bekas atau pasu yang ber kedalaman lebih 2.5 kaki. Selain itu juga, benih lobak merah mini atau bulat seperti lobak merah mini romeo juga amat sesuai ditanam di dalam pasu
Semaian
Lobak merah mempunyai tekstur biji benihnya yang sangat halus. Oleh itu, ia akan memberi sedikit masalah untuk anda melakukan semaian terus pada medium tanaman. Tambahan pula, risiko tanaman tidak menjadi lebih tinggi.
Untuk proses semaian paling cepat dan mudah, anda perlu sediakan sehelai kertas tisu yang telah ditaburkan sedikit benih lobak merah. Lipat tisu tersebut menjadi 4 segi seperti poket dan renjis kan sedikit air untuk melembapkan tisu tadi.
Masukkan tisu yang telah dilembapkan tadi ke dalam plastik atau zip lock bag untuk mengelakkan ia cepat kering. Simpan plastik berisi tisu lembap tadi di dalam peti sejuk sekurang-kurangnya 5 hingga 7 hari. Selepas 7 hari, barulah anak lobak merah boleh dipindahkan ke dalam bekas tanaman
Medium tanaman
Lobak merah memerlukan medium tanaman jenis peroi dan sedikit berpasir. Campuran terbaik untuk tanaman lobak merah adalah 2:1:1 (Tanah hitam/loam/topsoil):pasir sungai:kompo. Gaul semua media sehingga rata dan masukkan ke dalam bekas tanaman sehingga penuh.
Semai anak pokok
Buat lubang pada kedalaman 2 inci sebesar jari telunjuk dengan jarak 5 inci setiap satu. Masukkan benih yang telah bercambah tadi ke dalam setiap lubang dan kambus lubang tadi dengan tanah yang nipis kemudian disiram. Letak anak pokok di bawah tempat separa teduhan selama seminggu atau sehingga ia betul-betul stabil
Siraman dan penjagaan
Lakukan siraman 2 kali sehari setiap awal pagi dan lewat petang. Apabila hujan, siraman tidak perlu dilakukan dan pastikan medium tidak bertakung air dan basah. Cabut rumput dan rumpai untuk mengurangkan kadar saigan dengan lobak merah.
Pembajaan
Untuk dapatkan lobak yang sihat dan besar, kurangkan penggunaan baja. Ini kerana penggunaan baja yang berlebihan dan kerap hanya daun nya sahaja yang merimbun namun hasil lobaknya kecil. sebaiknya, gunakan baja kompos pada lobak merah anda dan elakkan penggunaan baja bernitrogen tinggi
Tuai
Lobak merah sedia tuai apabila mencapai usia 60 hingga 90 hari mengikut variati. Sebelum di tuai, pastikan tanah di sekitar lobak merah digembur terlebih dahulu untuk memudahkan ia mudah di atrik dan mengurangkan risiko ubinya terpatah
Sumber: http://tanomkinotuan.blogspot.com
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda. Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
Setiap pemilik kediaman ada cara tersendiri dalam memastikan rumah sentiasa kemas, bersih dan teratur, sedap mata memandang. Begitu juga pilihan konsep dan citarasa dekorasi yang menjadi pilihan.