Sebuah ruang akan kelihatan kurang seri jika dindingnya dibiarkan kosong. Namun, proses meletakkan hiasan pada dinding juga bukan mudah. Jika salah letak pada ketinggian yang tidak sesuai, ia nampak tidak harmoni dan macam tidak kena pada pandangan.

Bagi anda yang ingin menghias ruang dalaman rumah anda dengan menggantung bingkai gambar pada dinding, ada beberapa perkara  yang perlu anda tahu. 

Ini kerana, anda tidak disarankan untuk menggantung bingkai gambar pada dinding sembarangan dan seharusnya tahu cara susunan yang betul. 

Tidak Boleh Letak Sembarangan, Ini Panduan Menggantung Bingkai Gambar Pada Dinding

Maka, ini tip panduan kepada anda semua untuk menggantung bingkai gambar pada dinding rumah anda dengan cara susunan dan ukuran ketinggian yang betul.  

Tip nya adalah:

Ads

1. Ukur ketinggian point tengah pada lukisan mestilah 57-60″ dari lantai (standard eye level/ aras mata).

2. Jika atas sofa pula, jaraknya antara 8-10″ dari hujung sofa.

3. Lebar susunan frame diatas sofa pula hanya 2/3 dari lebar sofa. Jika lebar sofa 60″, lebar frame <40″.

4. Jika frame ada besar dan kecik, yang besar berada di sebelah kiri.

Ads

5. Jika lebih dari 1 frame, susun bertindih atas dan bawah (cantumkan sebagai 1 lukisan besar)

6. Jarak diantara susunan frame besar diantara 2-5″, semakin kecil frame semakin sikit jarak antaranya. 

Gambar rajah contoh seperti yang tertera di bawah:

Tidak Boleh Letak Sembarangan, Ini Panduan Menggantung Bingkai Gambar Pada Dinding Tidak Boleh Letak Sembarangan, Ini Panduan Menggantung Bingkai Gambar Pada Dinding Tidak Boleh Letak Sembarangan, Ini Panduan Menggantung Bingkai Gambar Pada Dinding Tidak Boleh Letak Sembarangan, Ini Panduan Menggantung Bingkai Gambar Pada Dinding Tidak Boleh Letak Sembarangan, Ini Panduan Menggantung Bingkai Gambar Pada Dinding Tidak Boleh Letak Sembarangan, Ini Panduan Menggantung Bingkai Gambar Pada Dinding

Ads

Sumber: Facebook Kaki Deko

Ingin lebih tahu pelbagai tips untuk dekorasi rumah? Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi IMPIANA. Klik di sini.

Tidak Boleh Letak Sembarangan, Ini Panduan Menggantung Bingkai Gambar Pada Dinding

Baca artikel berikutnya: Jalankan Kegiatan Sewa Hartanah Di Kuala Lumpur, Wanita Dari Negara Jiran Berjaya Memperoleh Pendapatan Bersih RM25,000 Sebulan!

Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda.
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI