Sebelum ini, ramai masyarakat Orang Asli bergantung kepada generator untuk mendapatkan bekalan elektrik. Namun, kampung-kampung ini kini dapat menikmati tenaga elektrik yang lebih bersih dan senyap melalui sistem solar.
Projek Kampung Solar
Terbaru, sebuah inisiatif daripada SOLS Foundation, Projek Kampung Solar membekalkan tenaga solar bagi memenuhi keperluan tenaga elektrik di kampung-kampung Orang Asli/Asal.
Bukan itu sahaja, mereka turut mengadakan bengkel pendidikan untuk mengajar kemahiran asas kewangan, cara mengelakkan penipuan dan kemahiran asas digital termasuk cara menggunakan internet dan kebaikannya seiring perkembangan dunia moden.
Sistem rumah solar bekalkan aliran elektrik stabil
Melalui Projek Kampung Solar, kampung Orang Asli/Asal yang telah dipilih akan menerima sistem solar rumah dimana, sistem ini akan membekalkan elektrik bagi memenuhi keperluan penduduk.
Penggunaan tenaga solar bukan sahaja jauh lebih selamat malahan ianya percuma. Lagipun, dengan adanya tenaga solar, penduduk kampung Orang Asli/Asal dapat menikmati bekalan elektrik yang stabil. Ini memberikan mereka lebih banyak masa untuk belajar, bekerja dan berkumpul pada waktu malam dengan lebih selamat.
Ads
Kejayaan Projek Kampung Solar setakat tahun 2024.
Setakat ini, Projek Kampung Solar telah membantu lebih 1,600 keluarga Orang Asli/Asal di Semenanjung Malaysia termasuk Sabah.
Antara pencapaian projek ini adalah:-
1,633 rumah di 45 kampung Orang Asli di Semenanjung Malaysia telah menerima pemasangan solar.
Di Sabah, 511 rumah di 12 perkampungan Orang Asal Sabah menerima pemasangan solar.
27 bengkel pendidikan telah diadakan untuk lebih 700 peserta, yang terdiri daripada pelbagai peringkat umur, dari kanak-kanak hingga warga emas.
Manfaat Projek Kampung Solar
1. Penjimatan kos: Isi rumah dapat menikmati penjimatan sehingga 80% kos tenaga (tidak perlu lagi membeli minyak tanah atau bahan api generator).
2. Kualiti hidup yang lebih baik: Anak-anak dapat belajar lebih lama pada waktu malam. Dalam masa yang sama orang dewasa boleh bekerja lebih lama tanpa risaukan cahaya.
Ads
3. Kesihatan yang lebih baik: Tanpa asap minyak tanah atau diesel, masalah pernafasan berkurang, persekitaran jadi lebih sihat.
4. Budidaya ekonomi: Elektrik membolehkan perniagaan kecil di kampung berjalan dengan lebih lancar, memberi peluang pekerjaan dan pendapatan.
5. Pendidikan & kemahiran digital: Bengkel tentang literasi kewangan dan literasi digital memberikan penduduk kemahiran penting untuk menguruskan kewangan mereka dan memanfaatkan teknologi untuk pendidikan serta pekerjaan dengan lebih baik.
Oleh itu, jom sumbang untuk membantu kampung Orang Asli/Asal menikmati kehidupan yang lebih baik pada masa akan datang.
Siapa yang tidak pernah makan Nando’s? Pasti semua orag pernah makan bukan. Nando’s sering dikenali dengan hidangan yang sihat dan sedap. Sekarang, mereka menumpukan kepada gaya hidup yang lebih sihat dengan kempen #GetBackOnTrack. Mulai 15 Mac, rangkaian makanan sihat bakal diperkenalkan di dalam menu baru mereka. Ianya padat dengan sumber protein, mengandungi kedua-dua pilihan lazat ayam PERi-PERi dan bebas-daging. Nando’s juga bakal bekolaborasi dengan pelbagai pusat kecergasan bagi membantu peminat kembali ke landasan yang sihat, seterusnya menjalani kehidupan yang lebih seimbang.
“Penekanan untuk menjalani kehidupan yang lebih sihat kini lebih ketara daripada dahulu. Lebih ramai orang mencari diet yang sihat dan seimbang dengan mengambil makanan yang kurang daging dan lebih sayuran namun masih mahu menitikberatkan rasa yang sedap. Kami di Nando’s sentiasa ingin memainkan peranan positif di dalam komuniti dan kami mahu katakan yang ianya adalah tidak salah jika kita kadang-kadang tersasar dari landasan gaya hidup sihat. Yang pentingnya, kita bangun kembali untuk meneruskan perjalanan tersebut. Kami rasa jika bermula dengan makanan yang sedap dan sihat, akan lebih mudah untuk capai gaya hidup yang sihat.”, kata Stephen Chew, Ketua Pegawai Eksekutif Malaysia.
Bagi memperkenalkan rangkaian menu baru mereka, Nando’s menawarkan hidangan makanan yang padat dengan protein dan bebas-daging. Menu Portobello Mushroom with Tofu Burger adalah cedawan portobello yang separa panggang dengan pilihan perasa PERi-PERi, bersama tauhu yang dibakar-panggang, digandingkan pula dengan Jem Cili istimewa Nando’s, sayuran segar dan diapit roti. Atau boleh memilih ‘wrap’ sebagai pilihan yang enak. Bagi hidangan yang lebih seimbang tetapi masih bebas-daging, Veggie Carnival Bowl tersedia sebagai pilihan. Didatangkan dengan cendawan portobello premium, Spicy Rice Nando’s yang wangi, dengan cili beggala dan bayam segar. Kesemua menu ini boleh dinikmati dengan harga kurang daripada RM20 setiap satu.
Buat pencinta ayam yang mahukan hidangan lengkap yang sihat, Nando’s menawarkan menu Happy Trio Chicken Bowl, bersama isi dada ayam yang lembut, Spicy Rice, isi jagung, bayam dan cili beggala. Atau jadikannya Ultimate Trio Chicken Bowl dengan tambahan cendawan portobello. Selain menu utama, terdapat juga hidangan pembuka selera sihat yang boleh dikongsi di dalam menu baru ini, Tofu Sticks & Dip dan kemunculan semula Portobello Mushroom Bowl.
Kembali ke landasan hidup yang sihat tidak pernah semudah ini. Di samping menyediakan makanan yang sihat, peminat Nando’s juga dapat mengikuti petua senaman serta tawaran istimewa bagi ahli gim Crossfit Pahlawan, Journey Indoor Cycling Studio, Peak Fitness and The Flow Studio. Untuk maklumat lanjut mengenai Nando’s PERi-PERi, sila layari www.nandos.com.my atau Facebook, Instagram dan Twitter @nandosmy.
IMPIANA teruja dengan kempen baru Nando’s ini, Jom serbu Nando’s ubah gaya hidup #GetBackOnTrack.
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda. Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
Sedang kita bersenang lenang di rumah untuk tempoh 14 hari, barisan hadapan seperti jururawat dan doktor yang berjuang membendung dan merawat wabak COVID-19 bertungkus lumus memastikan keselamatan penduduk Malaysia.
Sehubungan dengan itu sebagai tanda penghargaan dan terima kasih, Sinar Harian telah melancarkan TABUNG BANTUAN FRONTLINERS COVID-19. Ia bertujuan membeli keperluan mendesak yang menjadi keutamaan bagi melancarkan tugas-tugas. Antaranya ialah topeng muka, sanitizer, personal protective equipment (PPE), mesin basuh, makanan dan sebagainya.
#sinaruntukfrontlinerscovid#rakyatbanturakyat#kitalahmalaysiaJumlah kutipan sehingga jam 9.30pm tadi rm148,694.09….
Sehingga jam 9.30pm (22 Mac 2020) sejumlah RM 148, 694.09 telah berjaya dikumpulkan oleh Tabung Bantuan Frontliners Covid-19 Sinar Harian. Jumlah kutipan dijangka terus meningkat. Bagi anda yang ingin membuat sumbangan, salurkan ke:
MBB: 5142 7125 4025 (SINAR KARANGKRAF SDN BHD)
Semalam, Penerbit Sinar Harian , Datuk Dr. Hussamuddin Yaacub turut berkongsi perkembangan edaran sumbangan yang telah berjaya dilakukan oleh rakyat Malaysia di akaun Facebooknya:
Alhamdulillah setakat jam 10.30 pagi tadi Tabung Sinar Covid berjaya pungut Sejumlah RM61,764.20 dari sumbangan rakyat Malaysia pelbagai kaum yang perihatin. Tahniah atas kemurahan hati kalian. Team Sukarelawan Sinar Covid tidak tunggu lama, mereka telah bergerak sejak semalam lagi untuk beli & edarkan keperluan mendesak ini. Syabas!!!
Alhamdulillah setakat jam 10.30 pagi tadi Tabung Sinar Covid berjaya pungut Sejumlah RM61,764.20 dari sumbangan rakyat…
Bagi anda yang masih belum mengenali dengan jenama perabot Ella Furniture ini, ia sebenarnya merupakan satu jenama perabot keluaran tempatan yang telah diasaskan oleh usahawan wanita hebat Puan Nur Laila Alway.
Pada ketika ramai yang bergelut untuk mencari sumber pendapatan sewaktu perlaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) oleh kerajaan Malaysia akibat penularan wabak Covid-19 di seluruh negara, namun berbeza pula nasib yang dialami oleh Puan Nur Laila Alway atau lebih dikenali Puan Ella.
Ini kerana, rezekinya dalam bidang dunia perniagaan semakin mencurah-curah sewaktu kali pertama kerajaan Malaysia mengumunkan PKP pada Mac tahun 2020.
Walaupun telah banyak perniagaan terjejas disebabkan oleh PKP pada ketika itu, jenama Ella Furniture pula berjaya mencatatkan keuntungan yang sangat memberangsangkan sehingga melebihi satu juta ringgit.
Untuk pengetahuan anda, Ella Furniture telah mula berjinak-jinak dalam bidang perniagaan perabot tempatan semenjak tahun 2019 dan merupakan pengeluar perabot ‘Chesterfield Premium’ buatan tangan nombor 1 di Malaysia.
Maka oleh itu, perabot keluaran jenama Ella Furniture ini telah dikenali sebagai salah satu jenama yang berkualiti tinggi dan dipercayai ramai.
Umum mengetahui, bidang perniagaan perabot tempatan sebelum ini kebiasaanya dipelopori oleh kaum Adam dan bukan Bumiputera tetapi dengan keberadaan Puan Ella dalam bidang perniagaan ini membuktikan bahawa kaum Hawa juga mampu setanding dan berjaya dalam industri ini.
Meskipun Puan Ella merupakan graduan lulusan ijazah sarjana bidang kejuruteraan, tetapi dengan semangat dan usaha yang komited tidak menjadikan penghalang buat wanita kelahiran dari negeri Kelantan ini berjaya dalam bidang perniagaan perabot tempatan.
Setelah 3 tahun menceburi bidang perniagaan perabot tempatan, Puan Ella sebagai pengasas jenama Ella Furniture telah mengorak langkah untuk memperluaskan lagi jenamanya di pasaran tempatan sebagai penaja utama rancangan rekaan hiasan dalaman rumah Impiana Makeover Ruang Selebriti.
Impiana Makeover Ruang Selebriti telah mula bersiaran episod pertama di saluran Astro Ria pada tanggal 6 Januari dan berakhir 10 Mac lalu.
Jadi, terima kasih diucapkan kepada semua yang telah menonton dan adakah kita akan berjumpa lagi di musim akan datang? Sama-sama kita nantikan…
Anda terlepas untuk melihat bagaimana hasil dekorasi makeover yang telah dilakukan di kediaman selebriti pilihan? Jangan bimbang, anda boleh menonton kembali kesemua episod rancangan Impiana Makeover Ruang Selebriti di On Demand.
Ingin lebih tahu pelbagai tips untuk dekorasi rumah? Jangan lupa ikuti kami di Telegram dan TikTok rasmi IMPIANA.
Tiada yang lebih bermakna apabila dapat membahagiakan kedua orang tua pada bila-bila masa. Baru-baru ini, penyanyi, komposer dan penulis lirik Lah Ahmad,45 atau nama sebenarnya Abdullah bin Ahmad ada berkongsi video pendek reaksi ibu tersayang yang terharu dan gembira apabila dihadiahkan peti sejuk baru oleh anak-anak.