
Harga hartanah yang semakin melambung tinggi telah menimbulkan cabaran bagi generasi muda untuk memiliki rumah sendiri. Sebagai alternatif kepada menyewa dengan harga yang mahal, seorang lelaki telah mengubah garaj rumah ibu bapanya menjadi ‘istana’ peribadinya.
Josh Jones, seorang pemuda dari England, telah menarik perhatian netizen dengan cara yang berhemat dalam pembinaan rumah. Terasa ‘tertekan secara mental’ setelah mengetahui harga rumah yang tinggi di kawasannya di Tunbridge Wells, Josh telah kembali ke rumah ibu bapanya. Untuk hidup lebih privasi, dia memilih untuk makeover garaj mereka.
Bina Sendiri Ikut Tutorial Youtube
Melalui video yang dikongsikan di TikTok, Josh menceritakan proses transformasi garaj menjadi sebuah ‘bilik penginapan’.
Dengan bajet yang terbatas dan persetujuan dari ibu bapanya, dia berjaya mengubah ruang yang dulunya gelap dan lembap menjadi sebuah apartmen yang selesa. Menurutnya, semua kerja-kerja pembinaan dilakukan sendirian dengan mengikuti tutorial di YouTube.
Watch on TikTok
“Saya belajar segala-galanya dari YouTube, dan saya telah terlibat dalam industri pembinaan sejak berusia 16 tahun,” ujarnya menurut laporan NYPost.
Josh mengakui bahawa pembinaan rumah garaj ini mengambil masa yang agak panjang. Bermula pada Januari 2023, projek tersebut hanya selesai lapan bulan kemudian. Prosesnya melibatkan pelbagai langkah seperti mengeluarkan barang-barang yang tidak digunakan, menanggalkan bumbung, meratakan lantai, serta memasang dapur dan bilik mandi.
“Saya meratakan lantai garaj, kami menjadikannya kalis air dan menambah saliran. Saya memasang dinding, dapur, bilik mandi, dan ruang tamu,” jelas Josh.
Setelah pembinaan selesai, Josh kemudian mengisi ruang tersebut dengan perabot. Pada Mei 2024, dia dan teman wanitanya berencana untuk berpindah dan menetap di sana.
Walaupun projek ini memerlukan usaha dan biaya yang besar, Josh tidak merancang untuk tinggal di situ selamanya. Sementara dia menyimpan dan mencari rumah impian, Josh berhasrat untuk tinggal di garaj ini sekurang-kurangnya selama 10 tahun lagi.
Mesti Baca: TIP Beli RUMAH PERTAMA, Perunding Hartanah Saran Fokus 4 Proses Penting Ini!
Baca Lagi Di Sini:Beli Rumah LELONG Memang Murah Tapi Kena Tahu Kos ‘Tersembunyi’, Kaji Dulu!
Artikel Menarik:Nak Beli Rumah Sub-Sale, Ini Langkah-Langkah Yang Anda Perlu Tahu
Follow kami di WEBSITE, TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK dan YOUTUBE untuk dapatkan tip, idea dan artikel-artikel terkini serta menarik.
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
KLIK DI SEENI
Cara Semulajadi Halau Tikus, Guna Kulit Durian Pun Boleh!

Siapa je yang tidak geli dengan tikus? Haiwan perosak yang kotor dan membiak dengan cepat ini dikatakan boleh mendatangkan pelbagai penyakit merbahaya. Kehadiran tikus dalam sesebuah kediaman dianggap sebagai bala kerana haiwan ini amat sukar untuk dibasmi, memandangkan jangka hayat tikus adalah lebih panjang berbanding mana-mana haiwan perosak yang lain. Jadi tak hairanlah jika anda lihat tikus dirumah makin hari makin banyak dan makin ligat buat onar.
Dan disebabkan itu jugalah kita perlu cari jalan yang lebih efektif untuk menghapuskan terus haiwan menggelikan ini dari kediaman kita. Ada beberapa cara tradisional yang boleh anda lakukan untuk menghalau tikus seperti menggunakan racun tikus dan perangkap tikus. Tetapi tahukah anda, kita juga boleh menggunakan bahan semulajadi untuk membasmi dan mengusir tikus-tikus ini?
Berikut ada beberapa bahan yang boleh anda cuba :
Daun Pandan Daun ini bukan sahaja berkesan menghalau serangga malah anda juga boleh gunakan daun pandan untuk menghalau tikus. Bau wangi daun pandan mengandungi bahan kimia beracun buat haiwan perosak ini. Untuk bau yang lebih kuat menyengat, tumbuk daun pandan separa hancur atau letakkan sahaja pada sarang tikus di kediaman anda.
Serai Wangi
Serai mengandungi zat penyembuhan antiseptik yang mampu menghapus kuman dan bakteria selain dapat menghapuskan bau busuk. Bagi anda yang ingin menghalau tikus, semburkan sahaja serai wangi ke tempat yang disyaki menjadi markas mereka dengan kerap. Lama-lama tikus pun tak tahan dengan dan akan terus keluar dari rumah anda.
Kulit Durian
Selain bau durian yang kuat dan menusuk hidung, kulit berduri Raja Buah ini juga akan membuatkan tikus ‘taubat’ nak masuk ke rumah. Anda hanya perlu letakkan potongan kulit durian di tempat yang selalu terlihat tikus. Letak kulit nya saja ya, isi buah anda boleh makan sepuasnya.
Buah Mengkudu
Sifat nuah noni atau buah mengkudu yang antimikrobia, antibakteria dan anti-inflamasi menjadikannya sesuai untuk bertindak sebagai racun haiwan. Satu kajian telah dibuat dan didapati serangga seperti ulat yang telah termakan daun yang diaplikasikan dengan zat inseptik mengkudu menjadi pucat dan tidak lalu makan. Mengkudu sangat berkesan melemahkan serangga dan haiwan-haiwan perosak seperti tikus.
Minyak Daun Pudina
Bau pudina yang seakan ‘berangin’ dan kuat tidak digemari tikus. Jadi salah satu cara lagi untuk anda cuba adalah dengan menyapukan minyak daun pudina pada kawasan tikus berkeliar.
Kapur Barus
Pecahkan kapur barus kemudian letakkan pada tempat persembunyian tikus. Bila dah habis, tambahkan lagi sehingga akhirnya tikus mati dan terhapus. Tetapi anda perlu lebih cermat dengan penggunaan kapur barus kerana ia bukan sahaja bahaya untuk tikus malah, bahan ini juga bahaya untuk manusia jika terdedah dalam jangka masa yang lama.
Jadi inilah antara bahan semulajadi yang berkesan menghalau dan membasmi tikus dirumah. Selamat mencuba!
Baca juga : Cara halau lipan, atasi masalah tahi cicak
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
KLIK DI SEENI
Mahukan Si Manja Gembira Dan Tidur Lena? Ayuhlah Pilih Tilam Yang Terbaik 2022

Semua ibu bapa yang ada di dunia ini, pasti mahukan anak manja mereka sebuah tilam yang selesa untuk mereka tidur selain daripada fizikal dan kesihatan yang sihat. Jadi, apakah yang patut ibu bapa ini lakukan untuk mendapatkan tilam yang selesa? Mestilah pandai dalam memilih. Mahu tahu cara bagaimana hendak membeli tilam yang bagus untuk bayi anda? Jom saya ajarkan.
ELAKKAN BARANG TERPAKAI
Untuk mendapatkan keselesaan yang bagus, pastikan jangan cari barang yang 2nd hand kerana ia boleh merisikokan tilam tersebut kepada bayi seperti bakteria dan kulat yang banyak boleh menyebabkan bayi sakit.
KESELESAAN TILAM
Untuk bayi, keselesaan tilam amatlah penting. Jika tidak dapat keselesaan tilam, kemungkinan bayi itu akan kerap menangis kerana tidak selesa dengan tilam itu. Kalau tilam selesa, bayi akan merasa nyaman semasa tidur dan mereka akan kerap tidur.
KUALITI TILAM
Dalam mencari tilam yang bagus dan berkualiti, pasti tilam tersebut tidak mudah rosak dan koyak. Jika ia mudah rosak, berkemungkinan keselamatan bayi akan terjejas.
Dan yang terakhir,
SAIZ TILAM
Saiz tilam yang sempurna dan sesuai untuk bayi, adalah perkara yang penting sekali semasa beli tilam. Jikalau saiz tilam tersebut terlampau kecil, ia akan menyebabkan bayi sentiasa terjatuh ke lantai. Ia lebih baik dan bagus jika tilam itu besar dan luas daripada kecil.
Jadi, itu sahaja dari saya dalam memperjelaskan tentang tip-tip dalam memilih tilam yang baik untuk bayi anda. Semoga berjaya.
Sumber: theAsianparent (https://my.theasianparent.com/tilam-bayi-terbaik)
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
KLIK DI SEENI
Hasil Makeover Rumah Sub-Sale Ini Berubah Wajah Jadi Lebih Menarik Dalam Masa Sebulan!

Ramai orang takut untuk membeli kediaman sub-sale kerana dikhawatiri kedaan rumah yang tidak lagi dapat diselamatkan. Tetapi sebenarnya, tidak semua rumah sub-sale itu dalam keadaan teruk. Ada juga yang masih dalam keadaan boleh tinggal dan tidak banyak yang perlu dibetulkan.
Menurut tuan rumah, Puan Diana Zaini kediaman sub-sale kos rendah yang dibelinya hanya menelan belanja RM70K untuk ubahsuai termasuk perabot dan barangan keperluan kediaman yang lain.
Rumah dengan keluasan 20×50 kaki persegi tersebut merupakan rumah jenis memanjang dan mengambil masa lebih kurang 1 bulan untuk disempurnakan. Dengan konsep pilihan moden minimalis, kebanyakkan inspirasi dekorasi ruang didapatinya melalui perkongsian rakan-rakan di facebook selain mencari idea melalui IMPIANA.
Ketika ditanya tentang runag kegemarannya, Puan Diana amat sukakan ruang tamu beliau yang dihias ringkas tetapi amat selesa, memandangkan ruang ini merupakan tempat tumpuan buat ahli keluarga berkumpul. Rona neutral yang dipilih membangkitkan rasa nyaman ketika berada di ruang tersebut.
Berikut merupakan koleksi gambar “Sebelum & Selepas” kediaman Puan Diana yang dikongsi beliau dengan IMPIANA
LUAR RUMAH
RUANG TAMU/ RUANG MAKAN
DAPUR
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
KLIK DI SEENI