Tidak Salah Mula Menghias Dengan Cara Sederhana

Share

 

Mungkin ramai di kalangan pasangan baru di sana tercari-cari idea untuk menghias kediaman sendiri. Maklumlah sudah bergelar pengantin baru, membina hidup baru dengan keazaman yang baru. Mencari kediaman baru biar sederhana namun cukup untuk berdua. Inilah masa bagi anda menanam impian,apakah  konsep atau tata hias pilihan anda.

Mahal dan tidak mampu? Mengapa perlu terburu -buru. Rancang segalanya agar perbelanjaan anda terkawal dan kediaman anda dihias sedikit demi sedikit sehingga lengkap tanpa lari daripada perancangan asal. Jangan sedih jika kita bermula dengan cukup sederhana. sebuah kerusi dan meja kopi misalnya.

Usah takut bermain dengan rona taboo seperti hitam atau putih. Anda berhak menikmati apa yang anda rasa dan jika kotor, mudah anda membersihnya daripada tenggelam dalam warna yang kita sendiri tidak pasti bersih atau tidak. Jika tidak , kita juga boleh membaut kitar semula . Gunakan kreativiti anda. Simple-simple je di IMPIANA.

Published by
Faizal Yunus