Rekaan corak kertas dinding ataupun wallpaper memang boleh menambah seri pada hiasan kediaman rumah seseorang.
Kertas dinding bukan hanya terhad pada dinding sahaja. Kalau anda kreatif kertas dinding itu boleh dibalut pada pelbagai permukaan barangan termasuk memberi wajah baru bagi ruang, perabot dan perkakasan anda. Itulah antara cara-cara menghias yang menarik sebagaimana ditonjolkan oleh sesetengah pengemar hiasan rumah. Cuma, persoalannya adakah ia bahaya atau tidak?
Meskipun begitu, menurut perkongsian Public Health Malaysia, perbuatan ini sebenarnya tidak sihat untuk anda sebagai pengguna tandas tersebut.
“Persekitaran lembab di dalam tandas menyebabkan risiko pertumbuhan kulat di dinding termasuk di belakang kertas dinding.
“Kulat ini membebaskan spora iaitu debu debu halus yang boleh masuk ke saluran pernafasan dan menyebabkan iritasi.
“Kesannya, anda akan alami batuk, selsema, tekak kering, mata berair dan gatal gatal kulit.
“Lebih teruk lagi, pendedahan secara berterusan boleh memberi kesan lebih buruk kepada paru-paru seperti asma dan radang paru-paru.”
Selain di tandas, wallpaper juga tidak sesuai dan bahaya ditampal dibeberapa tempat ini:
1. Peti sejuk – haba tidak dapat dibebaskan dengan baik dan boleh meningkatkan risiko kebakaran.Ia juga mengurangkan keberkesanan dan memendekkan jangka hayat sesebuah peralatan elektrik.
2. Di dapur basah – Menyediakan bahan masakan, memasak, menggoreng, mengukus dan memanggang adalah aktiviti biasa dalam dapur basah.
Selain haba, minyak dan wap juga terhasil semasa memasak. Keadaan terlalu panas, lembap dan berminyak adalah tidak sesuai untuk pemasangan kertas dinding.
Pastinya ramai diluar sana terkejutkan dengan kenyataan ini bukan, kalau takut akan keselamatan nyawa. maka janganlah memasang kertas hiasan dinding pada tempat dan alatan-alatan ini.
Moga bermanfaat kepada semua!
Sumber: Public Health Malaysia