APA ITU BUAH KUNDANG?
Buah kundang, buah setar, temia, rembunia atau nama saintifiknya Bouea macrophylla dari keluarga Anacardiaceae merupakan tumbuhan asal Malaysia dan di kebanyakan negara Asia. Ia juga dikenali dengan pelbagai nama seperti Ma Prang (Thailand), ramania atau gandaria (Indonesia), mayun thee (Burma) dan thanh tra (Vietnam).
Pokoknya berkanopi besar yang boleh mencecah ketinggian sehingga 18 meter. Boleh dibiak menggunakan biji benih atau cantuman mata tunas. Pembiakan menggunakan biji benih memakan masa 6-8 tahun untuk berbuah dan 4-5 tahun jika dibiak menggunakan mata tunas.
SUMBER FOTO : GOOGLE
Apa yang pasti buah ini tergolong dalam kategori buah nadir yang jarang ditemui lagi di Malaysia, tetapi berbeza bagi negara Thailand yang telah mula mengomersilkan buah ini dengan menonjolkan varieti yang lebih baik dan manis.
KHASIAT BUAH KUNDANG :
• Makanan Pencegah Kanser
• Disebabkan rasanya yang masam. Buah kundang kaya dengan vitamin C yang merupakan antioksidan yang terbaik yang mampu untuk mencegah kanser serta mengelakkan sel-sel kulit menjadi rosak.Mengurangkan Simptom Demam….Kandungan Vitamin C yang terdapat pada buah kundang juga dapat mengurangkan kesan akibat demam seperti loya, sakit-sakit badan dan selsema.
• Mengurangkan Risiko Sakit Jantung
Disebabkan buah ini mengandungi antioksidan yang tinggi, buah ini dapat memelihara kesihatan jantung dengan mengembangkan saluran darah untuk menjauhkan penyakit atherosclerosis.
• Ubat Sakit Kepala
Ini adalah penyediaan tradisional. Ambil daunnya dan tumbuk lumat. Kemudian tepekkan dikepala seperti menampal koyok untuk mengurangkan rasa kesakitan sebelum mendapat rawatan dari pakar yang bertauliah.
• Mengurangkan Tekanan Darah Tinggi
Apa-apa sahaja makanan yang memberi kebaikan kepada jantung, automatik makanan tersebut baik untuk tekanan darah dengan memberi bukaan (pengembangan yang baik) kepada salur darah dan dapag mengurangkan tekanan darah tinggi.
• Buah kundang tinggi dengan vitamin C. Ternyata buah kundang mempunyai banyak khasiat bukan sahaja dari buahnya sahaja, malahan termasuk juga daun dan tangkai. Pucuk daun kundang yang masih muda dan berwarna ungu boleh dijadikan ulam-ulaman.
SUMBER : Jabatan Pertanian Malaysia