Tingkap Nako Yang Diberi ‘Nafas’ Segar, Ini Cara Mudah Dan Tidak Perlukan Modal Besar

Share

Tingkap nako yang diberi ‘nafas’ segar, ini cara mudah dan tidak perlukan modal besar. Tingkap nako kebiasaannya mudah dijumpai di kediaman yang telah berusia binaannya. Sekarang ini reka bentuk rumah sudah semakin moden dan tidak lagi menggunakan tingkap nako. Paling tidak sliding window.

Jika anda perasan, bagi pembangunan yang berkonsepkan industri dan minimalis, tingkap nako ini telah diguna pakai semula. Jadi bagi anda yang kediamannya menggunakan tingkap nako, jangan sedih. Ia masih ada nilai yang tersendiri.

Tidak perlu ambil peduli andai ada orang cakap tingkap nako sudah tidak trend. Paling penting idea yang diolah dapat memberi nafas baru kepada tingkap kediaman.

Seperti yang dikongsikan oleh Pn Suhana Mat Rasau ini, bukanlah sesuatu yang rumit dan menelan belanja yang banyak. Cukup sekadar melekatkan mirror sticker pada setiap bilah tingkap.

Nak tahu cara pasang mirror sticker pada tingkap nako? Anda perlu ikut ENAM langkah mudah dan cepat ini.

Bahan-bahan:

1 gulung Mirror sticker (saiz 90cmx2cm @RM23.50)
Air bercampur sabun
Gunting atau pisau
Pen marker

Cara-cara:

1. Keluarkan cermin dari bingkainya dan cuci bersih. Masa ini lah akak excersice, mana yang tidak pernah cuci tu boleh la bawak-bawak dicuci ye.

2. Dah kering betul, letak cermin atas gulungan mirror sticker. Ambil marker pen dan lukis ikut bentuk cermin. Kepingan  mirror sticker

yang sudah siap dilukis tadi dijadikan sukatan untuk memudahkan ketika proses memotong bilah lain nanti

– Potong mirror sticker ikut panjang dan lebar yang telah di tanda

3. Basahkan cermin dengan air yang bercampur sabun sikit.

4. Buka kepingan plastik dari mirror sticker yang telah dipotong. Plastik lapik ini sangat nipis kena betul-betul tengok untuk kopek tu

5.Tampal pada cermin yang permukaannya licin dan rata. bukan yang bertekstur tau dan ratakan elok-elok. Gunakan kain untuk tolak mirror sticker dari tengah ke tepi di samping hilangkan gelembung udara (air bubble)

6. Cermin yang telah siap dipasang mirror sticker letakkan kembali dibingkai tingkap

Ini gambar bahagian dalam dan luar tingkap setelah dipasang mirror sticker. Mudah sahaja nak pasang tambahan pula kos murah dan tak makan masa yang lama pun.

Sumber:  Suhana Mat Rasau

Ingin kongsi idea dekorasi rumah anda? Klik link ini untuk join telegram grup Geng Dekor Impiana: https://t.me/gengdekorimpiana

 

Ingin lebih tahu pelbagai tip untuk dekorasi rumah? Jangan lupa ikuti kami di Telegram dan TikTok rasmi IMPIANA.

 

 

 

 

 

 

Published by
Norhasliza Mohd Shafi