Anak-anak memerlukan kediaman yang membolehkan mereka bebas bermain dan meneroka.
Pengguna Facebook yang menggunakan nama Eni Izliana telah berkongsi empat tip reka bentuk rumah mesra anak-anak (kids friendly home).
Selalu kita dengar ibu-ibu muda yang mengeluh sebab tak dapat nak hias rumah. Alasan terhebat, kalau buat deko pun nanti serabut disepahkan semula. Jangan lah macam tu mama sekalian. Kita kena betulkan mindset kita bab mendeko rumah ni. Sebab kalau kita fikir dan renung kembali, di sinilah teratak cinta kita. tempat kita mulakan kehidupan sebagai sebuah keluarga kecil. Ada ibu, ayah,abanglong, kak ngah dan adik-adik.
Kecil atau besar suatu rumah bukan menjadi persoalan. tapi sejauh mana kita menjadikan tempat tinggal kita sebagai sebuah kenangan indah buat keluarga kita. Betul? Bayang kan lah bila kita dapat mendeko rumah kita bersama yang tersayang? Best sangat kan? Mesti terpahat ingatan si anak sudut yang di deko bersama ibu.
Sebenarnya tak susah pun nak deko rumah mesra anak-anak ni. Tidak semestinya memerlukan kos yang tinggi. Yang penting kita tau ruang yang anak-anak selalu guna. Ini apa yang Keknie buat lah.
Lokasi utama untuk aktiviti harian anak-anak boleh jadi di ruang tamu atau ruang keluarga. Majoriti kita akan tempat kan anak-anak kita bermain di depan televisyen. Dah macam mana anak tak kuasai remote tv kan? Kita yang ajar dia kontrol tv tu?
Apa kata kita cuba buat sudut kecil untuk anak bermain. Sediakan rak kecik atau bakul untuk tempatkan pelbagai mainan anak-anak di sudut tersebut. Sediakan juga alas atau tikar lembut untuk khususkan atau remark sudut tersebut adalah milik anak kita.
Ha! ini bukan masalah parent malas tau.
Ini adalah tip paling bijak. Ruang makan yang mesra kanak-kanak tak perlulah ada permaidani diva-diva. Cukup dialaskan dengan tikar vinyl yang mudah disapu atau mudah dicuci. Susah-susah sangat kita tak perlu alas pun bawah meja makan tu.
Bayangkan anak-anak makan, lepas tu tertumpah air milo lah, kuah spageti lah. Mau mama bertukar jadi serigala jadian. So, dekorasi yang mudah boleh ditumpukan pada ruang dinding sahaja. Amat digalakkan supaya ruang dinding yang dijadikan sudut tumpuan. Mat saleh cakap ‘feature wall’ .
Anda boleh gabungkan susunan bingkai keluarga ataupun bingkai kata-kata indah. Paling mesra kanak-kanak , kita gantung sahaja bingkai doa makan, zikrullah ( Bismillah, Alhamdulillah) Selain cantik di mata, menyejuk ruang.
Sejuk hati bila dengar anak-anak baca kalimah yang kita gantung. Anak sapa lah tu kan?
Ada parent yang ditemui mengatakan masalah utama malas nak deko rumah sebab spoil oleh lukisan grafiti anak-anak seluruh rumah. Parents kena faham , anak-anak yang suka menconteng adalah anak-anak yang bijak. Cuma cara ekspresi kreatif dan kebijaksanaan mereka tidak dikawal dari awal.
Apa kata sediakan ruang menconteng yang agak luas . Sediakan satu sudut dinding khas untuk menconteng. Betul. Ini bukan tip gila. Tapi gila-gila. Cara-caranya mudah sahaja.
Cara pertama boleh gunakan wall stiker hitam atau gelap untuk dijadikan big black board. Anggaran luas dinding yang perlu ditampal lebih kurang 1.5m (tinggi) dan 2-3m lebar. Cukup luas dan boleh main cikgu-cikgu lagi tau.
Selain itu, boleh juga catkan ruang tersebut dengan warna gelap supaya menjadi ruang khusus untuk melakar imaginasi bersama anak-anak. Cadangan warna cat adalah seperti warna hitam,hijau gelap atau biru gelap. Terpulang pada kesesuaian tema deko rumah anda.
Tengok diorang buat macam kat gambar tu? Macam best kan? Mama pun rasa nak menconteng. Bahahah
Tanpa kita sedari, perabot juga main peranan untuk keselamatan ruang pada kanak-kanak. Jenis perabot yang sesuai biasanya yang senang dicuci. Pilihan perabot plastik akan paling senang dibersihkan bila tertumpah makanan atau air.
Kita perlu perhatikan juga perabot yang mempunyai bucu-bucu tajam. Bucu tajam bukan sahaja bahaya untuk anak kecil. Tetapi juga mudah menjadi ancaman kepada anak-anak yang berumur 4 ke 8 tahun. Sebab umur macam ni memang tengah fasa bergusti tak kira tempat.
Kalau tak dapat dielakkan, bucu-bucu tersebut boleh ditutup dengan aksesori perabot yang terdapat di pasaran. Jangan bagi alasan nak buang perabot lama tu ok uolls.
Semoga bermanfaat.
Mesti Baca:Rumah Rasa Panas Berbahang, Begini Cara Sejukkan Kediaman Secara Semulajadi!
Baca Lagi Di Sini:Aksesori Perabot Daripada Simen, Estetik Dan Mampu ‘Sejukkan’ Kediaman
Artikel Menarik:Atasi Bilik Panas Dengan EXHAUST FAN, Cara Mudah Pasang Tanpa Tebuk Dinding!
Artikel diambil dan diolah dari VK.
Sumber: Eni Izliana
Follow kami di WEBSITE, TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK dan YOUTUBE untuk dapatkan tip, idea dan artikel-artikel terkini serta menarik.