Tumbuhan indoor merupakan tumbuhan yang ditanam di dalam bangunan seperti di rumah ataupun pejabat. Ia memerlukan kelembapan, pencahayaan dan suhu yang sesuai agar dapat tumbuh dengan segar dan berseri. Tumbuhan di dalam dapat memberikan kenyamanan dan dapat membantu anda mendapatkan tidur malam yang lebih lena. Disini, IMPIANA bawakan anda 5 tumbuhan indoor yang mudah untuk dijaga agar anda dapat sama-sama mendapat manfaat darinya.
Rubber Plant
Selain dapat memberikan impak dramatik di dalam bilik, rubber plant atau nama saintifiknya Ficus Elastica
Boston Fern
Lihatlah tumbuhan hijau yang subur yang menyegarkan ini! Ferns merupakan tumbuhan yang berkesan menghapuskan bahan toksik pencemaran bawaan udara – termasuk formaldehyde, xylene dan toluene – yang boleh menyebabkan sakit kepala, masalah pernafasan, dan pertumbuhan sel-sel kanser. Boston Fern juga dapat menaikkan paras kelembapan di dalam kediaman ketika cuaca panas.
Areca Palm
Satu kajian NASA pada tahun 1989 telah mengisytiharkan tumbuhan ini sebagai salah satu alat semulajadi yang paling berkesan membersihkan udara, terutamanya keupayaannya menghapus formaldehyde
Peace Lily
Tumbuhan ini bukan sahaja cantik malah ia mempunyai ‘kuasa’ untuk menapis udara kotor. Kajian menunjukkan bahawa Peace Lily berupaya untuk menapis pelbagai toksin merbahaya seperti formaldehyde, xylene, toluene dan ammonia daripada udara dalaman. Bahan-bahan tersebut boleh menyebabkan sakit kepala, masalah pernafasan, dan peningkatan risiko kanser. The Peace Lily juga boleh menghapuskan fungus bawaan udara yang memburukkan lagi alahan dan gejala asma buat mereka yang sensitif. Anda digalakkan untuk meletakkan beberapa tumbuhan ini di setiap sudut kediaman untuk mengurangkan pertumbuhan kulat.
Snake Plant
The Philodendron
Philodendrons amat mudah untuk tumbuh dan dijaga. Tumbuhan ini membersihkan udara daripada toksin merbahaya seperti formaldehyde dan xylene, yang biasa dijumpai di dalam gam dan leather.