Tip Bersihkan Kipas Angin Guna Garam Atau Pasir, Tanpa Perlu Nak ‘Bongkar-bongkar’

Share

Kipas angin boleh dibersihkan dengan garam atau pasir tanpa perlu ‘membongkar’ bilah-bilahnya. Debu-debu dan habuk biasanya akan melekat pada bahagian bilah-bilah kipas angin atau di bahagian penutup kepala kipas angin.

Keadaan ini berlaku kerana banyak debu yang melekat. Untuk membersihkan kipas angin biasanya kita perlu ‘membongkar’ bahagian-bahagian tertentu. Tentu ia sangat merumitkan selain memerlukan waktu untuk menyudahkan kerja-kerja pembersihan.

Bagi mereka yang sibuk, tentulah tiada masa untuk berbuat demikian. Sebenarnya untuk membersihkan kipas angin, anda tidak perlu bersusah payah membuka bahagian-bahagian tertentu pada kipas angin.

Kredit foto: Pixabay

Ada beberapa cara membersihkan kipas angin tanpa perlu bersusah payah untuk melakukannya.

BERSIHKAN DENGAN MENGGUNAKAN ‘BLOWER’

Jika anda memiliki blower, anda boleh menggunakannya untuk membersihkan kipas angin. Caranya mudah sahaja. Bawa kipas angin yang berdebu ke luar ruangan lalu tutup dengan plastik hitam. Kemudian gunakan blower untuk ‘menjatuhkan’ debu daripada bilah-bilah dan bahagian luar kipas angin. Namun cara ini juga memiliki kekurangan. Cara ini tidak akan berfungsi jika debu sudah terlalu tebal.

BELI BLOWER DI SINI

MENGGUNAKAN PASIR ATAU GARAM

Mungkin anda belum familiar mendengarnya, tapi garam atau pasir boleh digunakan untuk membersihkan kipas. Cara yang satu ini juga sangat sesuai untuk membersihkan debu dan kotoran yang melekat pada bilah-bilah kipas angin termasuk kipas angin jenis kotak.

Langkah pertama yang perlu dilakukan ialah dengan mengambil kertas surat khabar atau kertas mahjong. Kemudian letakkan kipas di atasnya. Kipas boleh dihalakan ke bahagian atas atau pun bawah. Setelah itu, tuangkan pasir bersih dan kering atau garam dari atas. Pasir atau garam kemudian akan melewati bilah-bilah kipas. Debu-debu yang melekat pada bilah kipas akan jatuh ke kertas.

MENGGUNAKAN PEMBERSIH YANG MENGANDUNGI NATRIUM HIPOKLORIT (PELUNTUR)

Cara membersihkan kipas angin tanpa membongkar selanjutnya adalah dengan menggunakan pembersih yang mengandungi natrium hipoklorit (peluntur). Bawa kipas angin ke luar rumah. Tutup di bahagian motor kipas angin dengan plastik. Masukkan natrium hipoklorit (peluntur) ke dalam bekas penyembur. Semburkan pada bilah-bilah kipas dan biarkan selama beberapa minit di bawah sinar matahari. Setelah kipas angin benar-benar kering di bawah sinar matahari, gunakan ‘water jet’  jika ada untuk mencuci kipas angin. Jika tiada ‘water jet’ boleh siram dengan air secara berhati-hati. Biarkan kipas angin di luar rumah di bawah sinar matahari terbuka sehingga kipas angin benar-benar kering.

Kredit foto: Pexels

BERSIHKAN DENGAN PENYEDUT HABUK MINI MUDAH ALIH

Cara terakhir yang boleh dipraktikkan ialah dengan menggunakan penyedut habuk mudah alih. Kebiasaannya penyedut habuk jenis ini menggunakan kuasa bateri. Baterinya pula perlu di cas untuk terus menggunakannya. Apa yang perlu anda lakukan ialah dengan  membawa kipas angin ke tempat terbuka. Kemudian, gunakan penyedut habuk mini mudah alih di bahagian dalam kipas terutama bahagian bilah. Akhiri dengan sedutan habuk di bahagian luar kipas.

BELI PENYEDUT HABUK MINI MUDAH ALIH DI SINI

 

Kredit foto (top image): Pixabay

 

 

Published by
Norhasliza Mohd Shafi