Mencuci periuk nasi antara perkara penting yang perlu anda lakukan bagi mengelakkan nasi daripada cepat menjadi basi. Mungkin anda pernah mengalami situasi apabila nasi yang dimasak pada waktu pagi, sebelah petangnya nasi sudah menjadi basi.
Periuk nasi jenis dengan perangkap wap perlu dicuci bahagian tersebut. Mungkin ramai yang masih tidak tahu, bahawa bahagian penutup perangkap wap periuk nasi boleh dicabut untuk dicuci.
Jika terlalu lama perangkap wap ini tidak dicuci, segala wap-wap nasi akan terkumpul sehingga menjadi berkerak. Kerak-kerak yang terkumpul inilah yang akan menyebabkan nasi yang baharu dimasak menjadi cepat basi.
Sebenarnya ada cara mudah, cepat dan praktikal untuk membersihkan periuk nasi. Berikut perkongsian daripada Nurul Ain Ibrahim
CARA MEMBASUH PERIUK NASI:
1. Basuh dan bersihkan periuk nasi. Didihkan air dan cabut bahagian wap periuk nasi. Campurkan sekali. Kemudian letak lemon.
2. Lap-lap bahagian penutup di bahagian bawah. Tunggu mendidih lagi. Buang air. Kemudian lap sehingga kering. Hasilnya periuk nasi akan berbau wangi. Bau haruman lemon sangat menyegarkan.
3. Jika ada soda bikarbonat pun boleh guna juga. Masukkan ke dalam air yang direbus dan kemudian lap-lap. Kesan-kesan kerak nasi atau apa-apa sahaja bau yang memualkan boleh dihilangkan. Hasilnya nasi yang dimasa tidak cepat basi akibat wap-wap yang terperangkap di bahagian ‘perangkap’ wap nasi.
IMPIANA: Boleh jadikan aktiviti mingguan. Luangkan masa pada waktu hujung minggu untuk membersihkan periuk nasi terutama apabila anda jenis kerap memasak.
Pelan rumah memanjang yang menyambungkan sekali ruang tamu dengan ruang makan pastinya boleh buat kita pening hendak memikirkan susun atur dan deko yang sesuai dan menjamin keselesaan. Oleh itu ruang seperti ini haruslah dirancang dengan berhati hati dan teliti agar tidak tersilap langkah, menjadikan ruang tidak nyaman didiami. Rugi nanti.
Jadi disini kami ingin kongsikan idea dekorasi daripada Puan Hasfarina Aziz yang telah berjaya menghias rumah beliau sehingga kelihatan lebih luas dan menarik. Kediaman yang terletak di Bandar Putra, Segamat, Johor ini merupakan rumah jenis teres satu tingkat telah diubah suai dalam masa sebulan berpandukan konsep minimal moden yang juga menerapkan sedikit gaya ala hotel yang menjanjikan eksklusiviti dan sudah tentunya keselesaan.
Dengan bermodalkan RM15k, gabungan barangan dari Kaison, IKEA dan Lazada telah menjadi pilihan tuan rumah. Ruang dengan ukuran 35 kaki x 10 kaki ini dicat warna cream disertakan wainscoting pada bahagian bawah menonjolkan lagi aura mewah rumah ini. Pada bahagian menonton televisyen dan dining area juga ada dipasang pembahagi ruang yang tampak ringkas tapi tetap menarik. Agar ruang tamu memanjang kelihatan luas, pemilik meletakkan tiang sebagai pembahagi di antara ruang makan dan juga ruang menonton tv. Ilusi ini berjaya membuatkan kediaman pemilik kelihatan luas dan lapang.
Mari IMPIANA bawakan pembaca lihat transformasi kediaman Puan Hasfarina sebagai inspirasi. Selamat menghias!
SEBELUM
SELEPAS
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda. Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
Memang serabut lihat dinding yang penuh dengan suis ini.
Bagi yang suka rumah dalam keadaan tersusun, mungkin akan nampak ruang dinding ini tak kemas dan mencari cara untuk memastikan ia nampak teratur atau menutupinya. Antara idea yang boleh dipraktikkan adalah dari Siti Fatimah Ahmad ini.
Idea cover dinding banyak suis
Sebelum ini kalau ambil pic mesti dinding ni dielakkan. Rasa macam tak elok gambar yang diambil sebab kedudukkan suiz, loceng dan kotak MCB yang berselerak.
Jadi saya build in satu kabinet untuk cover semua bahagian dan cuba pelbagaikan kegunaan untuk menyimpan kunci dan bil- bil rumah.. Taraa ini lah hasilnya…
Boleh panggil tukang buat kabinet buat macam ni. Selain ‘cover semua suis dan kotak MCB, kabinet ini juga pelbagai guna.
Bahagian atas jadi tempat letak kunci. Bahagian bawah boleh jadi tempat letak kasut.
Cantik deko bila dah tambah dengan kabinet pelbagai guna.
Semoga bermanfaat.
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda. Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
Kenapa api dapur gas tiba-tiba merah hingga berjelaga periuk atau kuali? tak kira lah dapur gas baru atau lama, masalah ini akan berlaku. Sebenarnya api dapur gas boleh menjadi berjelaga disebabkan oleh pembakaran yang tidak sempurna.
Untuk mendapatkan pembakaran yang sempurna, gas oksigen diperlukan secukupnya. Dalam kes ini, jelaga terhasil disebabkan oleh saluran yang sepatutnya membenarkan gas oksigen (daripada udara persekitaran) tertutup, maka api yang dihasilkan berjelaga. Konsep sama seperti penunu Bunsen (Bunsen Burner).
Api yang berjelaga juga boleh terjadi sekiranya lubang permukaan tempat api keluar tersumbat dengan makanan yang melimpah. Maka, boleh juga membersihkan lubang-lubang berkenaan dengan lidi atau apa-apa alat yang bersesuaian.
Sharina Binti Othman berkongsi cara mudah untuk menyelesaikan masalah tungku dapur yang tiba-tiba merah. tak perlu pakar atau tenaga lelaki, anda boleh lakukan sendiri.
Caranya.:
1. Buka tungku api, ketuk² untuk keluarkan segala karat² yang terkumpul, bersihkan sisa makanan atau lelehan minyak.
2. Spray dengan anti karat ( ada dijual kedai hardware/mr.diy ).
3. Dan pasang semula tungku api
4. Pusingkan benda tu. ( Yang anak panah tu. )Pusingkan hingga tidak menutup lubang tu ( anak panah ).
5. Nah hasilnya
Jika anda menggunakan dapur kaca, bahagian yang perlu anda pusing sperti dalam gambar
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda. Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
Tiada yang lebih bermakna apabila dapat membahagiakan kedua orang tua pada bila-bila masa. Baru-baru ini, penyanyi, komposer dan penulis lirik Lah Ahmad,45 atau nama sebenarnya Abdullah bin Ahmad ada berkongsi video pendek reaksi ibu tersayang yang terharu dan gembira apabila dihadiahkan peti sejuk baru oleh anak-anak.