Bagi pencinta kucing atau tidak, pasti pening kepala dengan masalah perlu menghadap bau berak dan kencing kucing yang tengit itu. Walaupun sudah mencuci dengan sabun mahal macam mana pun kesan bau ajaib itu masih kekal. Lagi stress kalau dah bersihkan dengan pelbagai cara tapi masih ada bau.
Ramai yang tahu kalau kucing buat hal di laman, rumput anda pun boleh mati dengan kesan berak dan kencing kucing ni. Tapi mana satu teknik dan cara untuk hilangkan kesan bau ini. Mungkin ramai dah cuba pelbagai cara untuk menghalau kucing berak dari di halaman. Tetapi masih tidak berkesan.
Perkongsian ini mungkin dapat membantu anda di luar sana. IMPIANA kongsikan video Syakirnimida tip nak elakkan kucing buat ‘business’ di laman atau di rumah anda. Bahan yang digunakan pun mudah untuk didapati. Ada saja di dapur anda, jom cuba mana nak tahu kali ini berkesan.
Bahan-bahan
Ads
Air
Sebuk Cili
Cara membuat
Ads
Bancuh air dan sebuk cili di dalam bekas spray. Mudah, Murah dan selamat mencuba!
Kongsikan bersama IMPIANA tip kediaman anda, atau kongsikan kediaman anda untuk IMPIANA siarkan dan kongsikan bersama followers yang lain. Sama-sama kita kongsikan tip rumah dan tip laman untuk kehidupan harian kita yang lebih harmoni.
Tonton Video Menarik Di Youtube IMPIANATV (KLIK DI SINI), pelbagai tip, dekorasi kediaman dikongsikan bersama anda.
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda. Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
Kunyit, bunga mata hari, kekwa, emas, lebah, mustard semua ini adalah perlambangan terbaik buat warna kuning. Bila menyentuh soal rona seumpama ini, kita bagaikan teruja dan ramai juga yang ketakutan. Risau rumahnya kelihatan seperti sarkas atau tadika dengan palitan rona kuning menyengat. Namun apakah besar sangkaan itu atau ia sekadar kata-kata orang yang takut bermain dengan warna.?
TIDAK PERLU BANYAK, CUKUP PADA SEBUAH DUA PERABOT DISERIKAN DENGAN RONA KUNIG SEUMPAMA INI BAGI MENYERLAHKAN KEINDAHAN TATA HIAS.
Pereka memilih rona ini bagi menceriakan suasana. Ia juga mampu menghidupkan ruang kediaman yang agak samar kerana kurang pencahayaan semula jadi. Kita jangan dimomokan dengan anggapan lapuk bahawa kuning hanya menjadikan ruang kediaman nampak hodoh dan menyakitkan mata. Ia sebenarnya merupakan antara alternatif warna yang mampu memberikan seri pada ruang, menampakkan keceriaan dan moden.
KUNING TELUR MEMBERI SUASANA NYAMAN PADA RUANG TERUTAMA ANDA MEMILIH PERABOT PUTIH DAN WARNA KAYU DALAM SEBUAH RUANG.
Malah pakar warna juga menyatakan kuning sememangnya sesuai untuk ruang makan, yang mampu membangkit selera tuan rumah. Malah untuk kamar kanak-kanak ia memberi tenaga positif dan ceria. Begitu juga jika anda bermain dengan perabot kayu yang mendominasi ruang, sudah pasti ruang akan nampak agak gelap dan pemilihan warna kunig adalah alternatif terbaik baik memberi keseimbangan ruang.
WARNA KUNING PUCAT MENJADI WARNA UTAMA RUANG MAKAN BAGI MEMBANGKIT SERI DAN SELERA.
Bila bercakap soal kuning, janganlah beranggapan kuning hanya ada satu jenis warna sahaja.Ia didatangkan dalam pelbagai tone dan anda bebs melaras tone apa yang anda rasa selesa pada mata dan keadaan ruang. Malah ramai yang sesuai memilih rona kuning cair sebagai alternatif menjadikan ruang nampak luas.
IDEA BELANG-BELANG YANG MENARIK DAN NAMPAK CERIA. RINGKAS NAMUN CUKUP KREATIF. KUNING JUGA TIDAK MEWAKILI ANAK PEREMPUAN ATAU LELAKI.
PILIHAN WARNA KAYU BERTAMBAH ‘AYU’ DIIMBANGKAN DENGAN RONA KUNING PISANG YANG MELAMBANGKAN EKSOTIKNYA DUNIA TROPIKA.
JANGAN TAKUT MENYESUAI PADAN RONA KEDAM DAN KUNING. IA MENGHIDUPKAN RUANG YANG KEDAM DENGAN PERCIKAN KUNING DAN MENCERIAKAN SUASANA. CUBA PERHATIKAN TONE KELABU DAN KUNINAG YANG HARMONI.
SATU LAGI IDEA MENARIK GANDINGAN WARNA KEDAM DAN TERANG YANG KREATIF LAGI BERANI.
KAMAR MANDI DAN TANDAS? BUKAN ALASAN DAN TAMBAH MENARIK. PILIHAN KUNING BUKAN SAHAJA MENERANGI TANDAS KECIL INI MALAH MENYERLAHKAN ESTETIKA YANG ELEGAN.
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda. Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
Selain ruang tamu, ruang dapur juga merupakan antara salah satu ruang yang penting bagi sesebuah kediaman. Mana tidaknya, memang tidak akan lengkap sebuah rumah jika tiada ruang dapur untuk memasak dan sebagainya.
Bukan sahaja ruang tamu, bilik tidur dan kawasan laman rumah sahaja yang perlu mempunyai dekorasi yang cantik dan menarik, malah ruang dapur juga harus dititikberatkan dan dihias dengan cantik.
Buat anda yang sedang mencari sumber idea inspirasi dekorasi ruang dapur yang cantik, mari IMPIANA kongsikan bersama anda idea inspirasi dekorasi ruang dapur yang menarik ini.
Lihatlah hasil sebelum dan selepas transformasi yang telah dilakukan, sememangnya sangat menakjubkan! Betul tak?!
Untuk dekorasi ruang dapur di kediaman ini telah memilih kemasan rona emas dan putih yang nyata tampak begitu sangat sesuai dan cantik.
Bukan itu sahaja. renovasi serta dekorasi yang telah dilakukan telah membuatkan ruang dapur ini kelihatan lebih elegan dan mewah.
Foto: Facebook Kelab Dekor Viral
Ingin lebih tahu pelbagai tips untuk dekorasi rumah? Jangan lupa ikuti kami di Telegram dan TikTok rasmi IMPIANA.
Siapa sahaja yang tidak mengenali dengan selebriti popular dan jelita, Noreen Ashikin Abdul Rahim atau lebih dikenali dengan sapaan Reen Rahim ini. Untuk episod kelapan rancangan Impiana Makeover Ruang Selebriti yang dihiasi dengan Ella Furniture telah menyaksikan pelakon jelita itu diundang sebagai sebagai selebriti pilihan bagi episod kali ini.
Seperti sedia maklum, idea dan konsep bagi rancangan Impiana Makeover Ruang Selebriti ini adalah untuk mengetengahkan hasil dekorasi makeover di kediaman para selebriti tanah air yang telah dilakukan oleh bersama barisan pakar pereka hiasan dalaman tempatan.
Menerusi siaran episod kali ini, telah menyaksikan Reen Rahim menzahirkan hasratnya untuk menghadiahkan makeover dekorasi di kediaman ibu mentuanya yang terletak di sekitar bandar Klang, Selangor.
Selebriti berusia 34 tahun itu telah memilih ruang tamu di kediaman ibu mentuanya sebagai ruang pilihan bagi melakukan perubahan makeover dekorasi yang sedia ada di rumahnya.
Ketika sesi temu bual oleh hos rancangan Impiana Makeover Ruang Selebriti, Catriona Ross di samping pakar pereka hiasan dalaman, Ben Firdaus bersama Reen Rahim serta suami, Ahmad Nur Hazim Zainal Abidin memaklumkan di kediaman ibu tercintanya itu turut didiami oleh ahli keluarga adik-beradik yang lain serta beberapa anak saudara.
Dalam usaha untuk merealisasikan hasratnya itu, Reen menginginkan transformasi makeover dekorasi yang bertemakan warna-warna yang lembut seperti Pastel. Tambahnya lagi, ini juga adalah merupakan salah satu kemahuan ibu mentuanya.
Pengasas dan pemilik jenama Ella Furniture iaitu Puan Ella Alway telah mencadangkan beberapa jenis pemilihan sofa yang bersesuaian untuk kediaman ibu mentua Reen Rahim.
Transformasi makeover dekorasi yang telah dilakukan di kediaman tersebut, sofa jenis ‘3 seater Chesterfield’ dan sepasang ‘arm chair’ telah dijadikan sebagai pilihan. Di samping itu juga, untuk ruang tamu yang tampak lebih sempurna, penggunaan aksesori seperti sepasang kerusi ‘ottomen’ telah menjadi penyeri dan pelengkap dekorasi ruang tamu tersebut.
Manakala, dari segi konsep pakar pereka hiasan dalaman, Ben Firdaus mahukan tampilkan konsep ‘Neo Klassical’ di samping dengan pemilihan warna cat dinding yang bertemakan ‘Warm & Safe’ dengan unsur rona Merah Jambu.
Jelasnya lagi, pemilihan warna tersebut sememangnya adalah pilihan yang paling tepat dan sesuai buat kediaman ibu mentua Reen Rahim yang kini sudah lebih berusia.
Anda terlepas untuk melihat bagaimana hasil dekorasi makeover yang telah dilakukan di kediaman selebriti pilihan Reen Rahim? Jangan bimbang, anda boleh menonton kembali kesemua episod rancangan Impiana Makeover Ruang Selebriti di On Demand.
Siapakah pula selebriti pilihan untuk episod akan datang? Jadi jangan lupa untuk saksikan rancangan Impiana Makeover Ruang Selebriti pada setiap hari Jumaat, jam 10 malam di saluran Astro Ria.
Ingin lebih tahu pelbagai tips untuk dekorasi rumah? Jangan lupa ikuti kami di Telegram dan TikTok rasmi IMPIANA.
Tiada yang lebih bermakna apabila dapat membahagiakan kedua orang tua pada bila-bila masa. Baru-baru ini, penyanyi, komposer dan penulis lirik Lah Ahmad,45 atau nama sebenarnya Abdullah bin Ahmad ada berkongsi video pendek reaksi ibu tersayang yang terharu dan gembira apabila dihadiahkan peti sejuk baru oleh anak-anak.