Ruang tamu adalah ruang paling utama dalam sesebuah kediaman. Bosan bukan kalau sudah bertahun konsep yang sama dan aura yang sama diruang tamu anda. Ini lah salah satu punca yang membuatkan kita semua bosan untuk berada di rumah dengan lebih lama. Hari ini IMPIANA nak kongsikan sedikit ilmu macam mana anda boleh ubah ruang tamu anda dengan sekelip mata tanpa belanja yang banyak. Kalau bijak memilih tak sampai RM100 pun.
Bulan ini isu telur ayam tercemar dengan Salmonella menyebabkan pengguna takut dan khuatir untuk makan telur. Sebenarnya, telur adalah bahan makana yang paling udah tercemar tidak kira ketika masih mentah mahupun telah dimasak. Sebab itu, telur WAJIB dicuci bersih sebelum digunakan atau masak. Namun, tanda-tanda telur tersebut telah tercemar atau rosak mudah untuk dikenalpasti. Tak perlu tunggu tiba tarikh luput. Jika telur anda memaparkan ciri-ciri fizikal tersebut, sila buang atau JANGAN MAKAN!
1. Terdapat lapisan debu. Ini menunjukkan telur anda telah dijangkiti kulat
2. Berbau busuk dan hanyir
3. Warna putih telur berubah
4. Permukaan kulit telur berlendir. Ini menunjukkan stok telur anda tercemar dengan bakteria
5. Terdapat rekahan atau retak pada permukaan kulit telur yang masih mentah. WAJIB buang ye telur yang mempunyai fizikal begini. Dikhuatiri isi telur telah dijangkiti bakteria
6. Telur terapung terlalu lama di permukaan air adalah petanda kualiti nya telah merosot. Telur yang berkualiti kebiasaanya berada di dasar air
7. Sudah pastinya telur yang telah tamat tempoh tidak sesuai untuk dimakan. Namun, masih je yang ramai tak indahkan masalah ni.
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda.
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di
Siapa sangka tingkap jenis nako yang seringkali digunakan di rumah-rumah kampung suatu masa dulu boleh menghiasi kafe moden ini! Sekiranya anda pernah menjejakkan kaki ke galeri membeli-belah Publika, Kuala Lumpur, anda pasti pernah terlihat sebuah kafe berkonsep terbuka yang dikelilingi dengan tingkap-tingkap nako. Dari luar lagi, anda dapat melihat pengunjung-pengunjung kafe Ben’s yang sedang menikmati hidangan mereka dari celahan-celahan tingkap nako yang dibiarkan terbuka.
Saat menjejakkan kaki ke dalam, anda akan terdengar alunan lagu-lagu English klasik dimainkan sebelum terlihat ruangan kaunter bakeri dengan beraneka pilihan ‘dessert’, terasing dari ruang makan utama bagi memudahkan pengunjung yang ingin membawa pulang kek mahupun manisan lain. Ruangan hadapan itu juga terlihat kemas dengan penggunaan konsep industrial yang diserikan dengan tumbuh-tumbuhan hijau.
Ruangan makannya pula terbahagi kepada dua iaitu di dalam dan ruangan terbuka yang dihiasi dengan tingkap-tingkap nako. Sekiranya anda berkesempatan untuk memilih ruangan terbuka, jangan lepaskan peluang keemasan itu kerana tempat adalah terhad ketika waktu kemuncak.
Lihat sahaja betapa luas ruang makan ini dengan tingkap nako yang dibiarkan terbuka, memberikan pengudaraan dan pencahayaan semulajadi yang banyak tanpa perlu bergantung kepada penggunaan kipas dan lampu semata-mata. Bayangkan sekiranya tingkap-tingkap tersebut digantikan dengan dinding, tentunya ia akan menjadi sempit, gelap dan perlu bergantung kepada penghawa dingin dan lampu yang banyak.
Tertarik dengan tingkap yang digunakan, saya cuba melihat dengan lebih dekat dan terlihat trademark ‘Breezway’, satu brand tingkap yang agak familiar. Berbeza dari tingkap nako yang biasa, tingkap ini lebih mudah untuk digunakan dan terlihat sangat moden, bersesuaian dengan konsep kafe.
Sama seperti ruang hadapan tadi, penggunaan tumbuh-tumbuhan hijau berjaya memberikan sedikit kontra kepada konsep industrial yang banyaknya menggunakan warna putih, hitam, kelabu dan coklat yang sekiranya tidak digunakan dengan betul, boleh memberikan mood yang mendatar.
Konsep dekorasi kafe ini yang menggabungkan tema moden dan klasik sangat sesuai dengan sajian menu yang dihidangkan. Tidak hanya terbatas kepada makanan-makanan barat seperti aneka pasta, kafe ini juga turut menyediakan makanan tempatan seperti nasi lemak, kari laksa dan juga nasi kerabu
Secara keseluruhannya, kafe ini ‘menghidangkan’ satu pengalaman makan yang menenangkan dan berjaya memberikan inspirasi kepada pengunjung dengan konsep keterbukaannya yang ‘genius’. Kepada anda para-para penggemar kafe, mungkin Ben’s café ini boleh menjadi destinasi pilihan anda seterusnya?
Karya: Jay Ara
Karya penulisan dari followers IMPIANA cukup menarik lokasi dan artikel yang beliau kongsikan. Jika anda juga mempunyai bakat untuk menulis bolehlah hantar kepada IMPIANA.
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda.
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di
Sampah, bukan sahaja kuantiti yang dibuang saban hari menjadi isu. Malah sikap orang yang membuang juga menjadi masalah utama. Sudah disediakan beaks yang sepatutnya dibuang, ada juga tangan-tangan yang berat meletakkan sampah diluar bekas yang tersedia. Tak kurang juga yang membuat atau mencipta tempat pembuangan samaph haram demi kepentingan diri. Hal ini berlaku di mana-mana kawasan perumahan.
Kesal atas perkar tersebut, Majlsi Perbandaran Taiping mengambil langkah drastik dengan memasang CCTV di kawasan pembuangan sampah bagi mengenalpasti mereka yang tidak bertanggung jawab.
Melalui rakaman CCTV, MPT telah berjaya merakam kegiatan pihak tidak bertanggungjawab membuang sampah di luar tong sampah dan secara haram di kedua-dua lokasi berkenaan. Rakaman CCTV itu turut berjaya merekodkan nombor pendaftaran pemilik kenderaan yang dikesan membuang sampah di kawasan berkenaan. Menerusi rakaman CCTV itu, MPT akan membuat semakan di Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) bagi mengenalpasti pemilik kenderaan.
Sepanjang projek rintis ini dilaksanakan pada bulan Disember 2020, sebanyak 67 tawaran kompaun dikeluarkan berjumlah RM 16,750.00 dan pada Januari 2021, 18 tawaran kompaun dikeluarkan berjumlah RM 4,500.00. Penurunan pengeluaran kompaun dari bulan Disember 2020 hingga Januari 2021 menunjukkan kaedah CCTV berkesan untuk menangani longgokan sampah haram.
Mana-mana pihak yang membuang sampah haram akan diambil tindakan undang-undang di bawah Undang-Undang Kecil Kebersihan Awam (Majlis Perbandaran Taiping) 1984 (Pk.P.U.18). Tawaran kompaun tidak lebih daripada RM 250.00 akan dikeluarkan dan sekiranya di sabit kesalahan, boleh dikenakan denda tidak lebih daripada RM 2,000.00 atau penjara tidak lebih satu (1) tahun atau kedua-duanya.
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda.
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di
Ketahui langkah penting dan rutin kebersihan rumah bagi pencegahan influenza. Lindungi keluarga anda dengan amalan harian mudah yang mencegah jangkitan virus di rumah!