Tip hias bilik tetamu yang simple tapi awesome, barulah tetamu rasa macam duduk rumah sendiri. Tak perlu banyak perabot diletakkan dalam bilik untuk tetamu. Cukup sekadar perabot yang asas sahaja.
Setiap rumah biasanya akan ada satu bilik khas yang disediakan untuk tetamu bukan? Tuan rumah mesti ingin memberikan keselesaan pada tetamu yang diundang menginap di rumah. Berikut tip menghias bilik tetamu yang boleh dijadikan panduan seperti yang dkongsikan oleh Anis Syuhada
TIP HIAS BILIK TETAMU:
Bilik di bahagian tingkat bawah rumah teres dua tingkat selalunya dijadikan ruang bilik tetamu terutama bila mak ayah datang berkunjung ke rumah kita. Less is more lengkap barang yang kita nak guna pun sudah memadai.
Pemilihan warna yang terhad membuatkan sesebuah ruang itu lebih tenang. Tak perlu pun warna dinding yang terlalu terang, corak yang terlalu menonjol, sesuai dengan ruangan rehat.
Sebelum kita setup sesebuah ruang pastikan kita tahu apa keperluan yang kita nak, kemudian barulah beli. Jangan beli dulu baru fikir nak letak di mana.
Perabot asas sesebuah bilik tetamu:
Katil perlu kita ukur ruangan yang ada dan akan menentukan jenis saiz sama ada single, super single, pull out @ queen. Kesilapan ni selalu pemilik kediaman buat beli katil tanpa ukur, sampai kadang-kadang jadi perabot sumbat dalam sesebuah ruang).
2. Meja tepi katil (side table) untuk kita letak side lamp membangkitkan lagi suasana cozy sesebuah ruang walaupun hanya dengan ruangan asas.
3. Blind dan langsir (ditentukan bila kedudukan aircond berada di mana. Elakkan buat langsir di bawah aircond akan membuatkn sesebuah ruang itu nampak lebih rendah dan tak menarik. Ketika ‘service’ aircond, kerja-kerja lebih mudah. Blind kita boleh tarik naik ke atas.
4. Almari ringkas (jika kita tiada bajet yang banyak IKEA juga adalah antara pilihan terbaik untuk kita melengkpkan suasana. Bolehlah kita letakkan telekung, sejadah, kain batik, kain pelikat, tuala dan mudah untuk kegunaan tetamu nanti).
Ads
5. Cermin (ruangan bersiap antara pelengkap ruang untuk mudahkan tetamu yang datang).
6. Quilt cover (pemilihan cadar juga memainkan peranan yang penting).
7. Hiasan dinding (memadai yang ringkas supaya sedikit sebanyak dapat menyerikan lagi ruangan untuk bilik tetamu)
Kegunaan surat khabar dalam dekorasi rumah. Surat khabar bukan sahaja menyampaikan maklumat, malah boleh digunakan secara kreatif dalam hiasan rumah.
Adalah penting untuk memilih surat khabar dengan dakwat yang tidak luntur atau haus untuk memastikan penampilan hiasan yang tahan lama. Selain itu, pastikan anda mempertimbangkan tema dan gaya hiasan rumah anda supaya penggunaan surat khabar dapat disepadukan dengan baik ke dalam ruang.
Berikut adalah beberapa penggunaannya dalam hiasan rumah:
1. Gunakan sebagai Kertas Dinding
Surat khabar lama boleh digunakan sebagai kertas dinding untuk dinding. Kaedah ini memberikan sentuhan vintaj atau retro yang unik kepada bilik. Anda boleh melekatkan surat khabar terus ke dinding dengan gam khas atau menjadikannya lebih tahan lama dengan lapisan pelindung.
2. Karya Seni
Kertas surat khabar boleh digunakan sebagai bahan untuk membuat seni dinding. Sebagai contoh, anda boleh membuat kolaj dengan menggabungkan keratan akhbar dengan lukisan atau bingkai gambar untuk mencipta hiasan yang unik dan artistik.
3. Pembuat Bunga dan Hiasan
Keratan akhabar boleh dibuat bunga tiruan atau unsur hiasan lain. Contohnya membuat bunga daripada surat khabar yang kemudiannya boleh disusun dalam pasu atau dijadikan hiasan meja.
4. Pelapik atau Rak Laci
Gunakan keratan akhabar sebagai pelapik dalam laci atau rak buku untuk memberikan sentuhan kreatif dan mencantikkan ruang penyimpanan.
5. Lampu Hiasan
Anda boleh membuat lampu hiasan dengan menggunakan keratan akhbar untuk menutup lampu atau membuat lampu gantung kreatif. Ini boleh memberikan rasa pencahayaan yang unik dan menyeronokkan.
IMPIANA: Dengan sedikit imaginasi dan kreativiti, surat khabar lama boleh dijadikan elemen hiasan yang menarik dan berbeza untuk mengindahkan kediaman anda.
Penggunaan meja makan berbentuk bulat di ruang makan yang terhad mampu membuatkan kawasan tampak lebih luas. Ini kerana bentuk meja yang bulat tanpa bucu memberikan lebih banyak ruang di meja makan. Lebih banyak orang boleh ditempatkan di meja makan berbentuk bulat berbanding meja makan yang bersegi. Jadi, untuk memaksimakan penggunaan dining area kecil di kediaman anda, pilihlah meja makan berbentuk bulat. Impiana lampirkan 10 idea untuk anda cuba di rumah. Selamat mendeko!
Sumber Gambar : carian Google dan Pinterest
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda. Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
Rata-rata pemilik rumah sewa kini tidak berminat nak menghias kediaman mereka kerana beranggapan rumah itu bukan milik mereka dan mungkin hanya tinggal sekejap saja disitu jadi tak perlu membazir wang nak deko pun. Tapi sedarkah anda, rumah kita melambangkan keperibadian kita. Kalau rumah tak selesa dan kusam, apa pula orang akan fikir tentang tuan rumah tersebut nanti?
Itulah yang pemilik akaun fb Puan Syafiqah Syaza ingin tekankan kepada semua penyewa rumah diluar sana. Supaya jangan malas nak menghias atau mencantikkan kediaman walau hanya disewa sementara kerana ianya tidak memerlukan kos yang tinggi pun. Yang penting, perancangan yang teliti dan bijak. Kerana bak kata pepatah “hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih” jelas menggambarkan yang jika benar mahukan rumah yang cantik dan selesa, tak perlu tunggu cukup duit nak beli rumah sendiri pun. Mulakan dengan rumah yang disewa juga sudah memadai.
Terletak di Semabok, Bandar Melaka rumah sewa kampung yang mempunyai 2 bilik serta 1 bilik air ini dihias dengan konsep modern chinoiserie yang menggabungkan warna biru dan putih. Walaupun ruang terhad dengan keluasan 600 kaki persegi, tema itu dapat dizahirkan dengan baik sekali oleh pemilik. Perlu selalu diingat, hiasan dan susuan atur perlu disesuaikan dengan saiz ruang agar tidak nampak terlalu sarat dan serabut.
Mendapat ilham dan idea daripada perkongsian di IMPIANA sendiri, Puan Syafiqah mengambil masa lebih kurang 3 bulan sahaja untuk menyiapkan rumahnya sebelum musim perayaan yang lalu. Berlainan bagi setiap individu, beliau lebih selesa membeli barang online seperti di Shopee kerana mudah dan jauh lebih murah berbanding harga barang diluar sana. Jumlah RM1.5k termasuk perabot ruang tamu yang dibeli di kedai secondhand perabot hotel telah dibelanjakan. Pesan Puan Syafiqah lagi,
Bagi saya, untuk mula menghias kediaman, kena bermula dari rajinkan diri mengemas. Bila kemas, dari situ kita boleh fikir untuk idea dekorasi mengikut citarasa sendiri. Dan bagi saya, untuk menghias tidak perlu barang yang mahal, cukup nampak cantik dan harga berbaloi sudah memadai.
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda. Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
Tiada yang lebih bermakna apabila dapat membahagiakan kedua orang tua pada bila-bila masa. Baru-baru ini, penyanyi, komposer dan penulis lirik Lah Ahmad,45 atau nama sebenarnya Abdullah bin Ahmad ada berkongsi video pendek reaksi ibu tersayang yang terharu dan gembira apabila dihadiahkan peti sejuk baru oleh anak-anak.