Tip hias bilik tidur, sama ada keluar sikit modal atau guna je barang sedia ada. Mungkin ada ketikanya kita sudah bosan dengan susun atur bilik yang sedia ada. Itu petanda sudah tiba masanya untuk kita ‘mengubah’ susun atur bilik tidur.
Seharian sibuk dengan urusan kerja pastinya anda mahu berehat di kamar tidur yang selesa dan menenangkan. Bila sudah terlalu biasa dengan keadaan ‘suasana’ dalam bilik tidur, teringin juga hendak berubah angin.
Berikut dikongsikan tip untuk menghias bilik tidur. Moga dapat membantu anda yang sedang merancang untuk mengubah aura bilik tidur yang mungkin sudah lama tidak diubah.
1. MENGUBAH KEDUDUKAN KATIL
Ini antara cara yang tak perlu keluarkan kos anda pun. Hanya gunakan sedikit tenaga. Ya, perkara pertama untuk anda lakukan perubahan adalah dengan mengubah atau menukar kedudukan katil anda. Kalau sebelum ini anda sandarkan katil pada dinding, cuba anda letakkan kedudukannya di tengah antara dinding pula.
2. TUKAR FRAME ATAU SUSUNAN GAMBAR
Jika di bilik anda ada gantungan frame-frame gambar, anda boleh jadi seorang yang kreatif mungkin dengan menukar frame gambar tersebut kepada yang lebih up to date. Untuk lebih jimat anda boleh DIY sahaja frame tersebut. Anda juga boleh menukar susunan gambar yang ada supaya anda boleh nampak kelainan dalam bilik tidur anda.
3. GANTI KARPET
Penggantian karpet baru dalam bilik tidur anda juga boleh menceriakan bilik tidur lebih-lebih lagi bila bilik anda kosong dan suram. Jadi, pemilihan jenis karpet yang ingin diletakkan di dalam bilik juga perlulah bersesuaian dengan konsep yang anda inginkan.
4. TAMBAHKAN ‘WARNA’
Kalau sebelum ini warna yang ada di dalam bilik anda hanya satu warna sahaja, tapi untuk menceriakan suasana bilik anda dalam dekorasi ini bolehlah anda buat penambahan warna lain.
5. GUNA CADAR DAN SARUNG BANTAL YANG CERIA
Untuk menampakkan suasana yang ceria dan menarik di dalam bilik tidur, elakkan guna cadar atau sarung bantal warna kosong atau plain sahaja kerana ia boleh membuatkan ia nampak bosan. Jadi, untuk menampakkan perubahan bilik, bolehlah anda gunakan cadar yang berwarna ceria atau corak yang menarik.
6. LETAK POKOK HIASAN
Pemilihan pokok yang bersesuaian sebagai hiasan dalam bilik tidur juga boleh menampakkan bilik anda kelihatan menarik.
Sumber: Ahlia Megat
Kredit foto (top image): Pixabay
Ingin lebih tahu pelbagai tip untuk dekorasi rumah? Jangan lupa ikuti kami di Telegram dan TikTok rasmi IMPIANA.