Dekorasi

Tip Hias Ruang Belajar Anak, Lebih Kondusif dan Efektif

Share

Tip hias ruang belajar anak, lebih kondusif dan efektif. Bagi memastikan anak-anak anda dapat mengulang kaji pelajaran dengan tenang di rumah, suasana ruang belajar yang  kondusif perlu dititik beratkan. Jika tiada ruang belajar yang kondusif, ini akan menimbulkan banyak masalah kepada anak anda.

Jika mood study ke laut atau suasana belajar suram, ini juga akan menjejaskan prestasi anak-anak anda. Dengan itu, IMPIANA kongsikan beberapa tip yang perlu diambil kira untuk mewujudkan ruang belajar di rumah.

1. Pilih Ruang yang Tepat

Pilih kawasan dalam bilik yang sunyi dan mempunyai gangguan yang minimum. Pastikan terdapat cahaya semula jadi yang mencukupi atau tambahkan pencahayaan yang cukup terang. Pencahayaan yang tidak mencukupi boleh menyebabkan keletihan mata.

2. Meja dan Kerusi Selesa

Pastikan meja dan kerusi yang anda pilih adalah ergonomik dan sesuai untuk ketinggian anda atau anak anda. Kerusi yang selesa dan menyokong postur badan boleh meningkatkan keselesaan ketika belajar.

3. Penyimpanan Tersusun

Sediakan ruang storan untuk buku, alat tulis dan alat belajar yang lain. Almari atau rak buku yang kemas akan membantu memastikan bilik bersih dan memudahkan akses bahan belajar. Pastikan meja belajar disusun dengan baik, termasuk menguruskan kabel elektronik seperti pengecas atau lampu meja supaya ia tidak menjadi kucar-kacir.

4. Papan tulis atau Papan Putih

Jika boleh, tambahkan papan tulis atau papan putih berhampiran meja untuk mencatat nota, menulis idea, atau menyelesaikan masalah.

5. Hiasan Berinspirasi

Hiaskan dinding dengan gambar-gambar inspirasi, petikan motivasi atau peta dunia untuk merangsang kreativiti dan motivasi. Anda boleh hias ruang belajar mengikut kreativiti dan minat anda supaya lebih bersemangat.

Moga bermanfaat!

IMPIANA: Dengan menggunakan tip ini, anda boleh mewujudkan ruang belajar yang efektif di dalam bilik anda, untuk anak-anak anda dan untuk diri anda sendiri.

Mesti Baca: PKP- Sediakan Ruang Belajar Sebaiknya Untuk Anak- Anak

Baca Lagi Di Sini: Ciri-ciri Ruang Belajar Yang Boleh Tingkatkan Fokus Anak-anak

Artikel Menarik: Ingin Wujudkan Suasana Seronok Ruang Bekerja Di Rumah? Ini Idea Inspirasi Rekaan Hiasan Dalaman Buat Anda

Follow kami di  WEBSITE,  TELEGRAM,  INSTAGRAM,  TIKTOK,  FACEBOOK  dan YOUTUBE   untuk dapatkan tip, idea dan artikel-artikel terkini serta menarik.

Published by
Hani Azmy