Tip Hilangkan Kesan Hangus Pada Permukaan Besi Seterika

Share

Ada tak di kalangan anda yang mengalami masalah untuk menghilangkan kesan hangus pada permukaan besi seterika? Kalau ada, memang stres dibuatnya. Betul tak? 

Tetapi, kini anda tidak perlu lagi bimbang kerana ada beberapa tip mudah yang boleh anda lakukan untuk menyelesaikan masalah tersebut dengan hanya menggunakan beberapa bahan. 

Jadi, mari kita lihat bahan yang boleh anda guna untuk menghilangkan kesan hangus pada permukaan besi seterika semudah ABC!

1.Panadol Soluble 

Bahan pertama yang anda boleh gunakan adalah menggunakan ubat Panabol Solube seperti pada gambar yang tertera.

Apa yang cuma perlu lakukan adalah hidupkan seterika anda kemudian sapu sebiji ubat Panadol Soluble di atas kesan hangus pada permukaan besi seterika sehingga cair.

Kemudian, lapkan pada permukaan besi seterika anda dengan sehelai kain bersih dan hasilnya anda akan dapat lihat kesan hangus pada permukaan besi seterika berjaya dihilangkan.

2.Daun Pisang 

Selain itu, pelepah daun pisang juga boleh membantu anda untuk menghilangkan kesan hangus pada permukaan besi seterika. Caranya, ambil beberapa keping pelepah daun pisang, kemudian gosokkan seterika yang telah dihidupkan ke atasnya dengan suhu sederhana panas. 

3.Garam 

  

Garam juga dipercayai berkesan untuk menghapuskan kesan hangus pada permukaan besi seterika anda. Caranya mudah sahaja, anda cuma perlu gosokkan permukaan besi seterika anda ke atas sekeping dulang yang ditabur dengan sekampit garam. 

Ulang langkah ini beberapa kali dan hasilnya anda akan dapat lihat kesan hangus pada permukaan besi seterika berjaya dihilangkan sehingga bersih. 

Ingin lebih tahu pelbagai tips untuk dekorasi rumah? Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi IMPIANA. Klik di sini.

Baca artikel berikutnya: Anda Guna Pencuci Kain Jenama TOP? Mari Kenali Setiap Jenis & Fungsi Mengikut Warna Botol!

 

Published by
Nazar Rafiqhi