TIP Jimat Bil Elektrik Ketika Menggunakan Air-Cond

Share

Musim dah mula panas berdenting ni, Air cond memang kerap terpasang sahaja lah tak kira siang mahupun malam. Kalau hari-hari dihidupkan air-cond tu maunya hujung bulan bil elektrik sampai mulut tercengang tengok harganya yang melambung. Oleh itu, anda perlu bijak menggunakan air-cond di waktu panas ni. Berikut antara tip yang di berikan oleh TNB untuk menjimatkan penggunan elektrik ketika menggunakan air-cond:

1. Tetapkan penggunaan suhu air-cond antara 23-25 darjah celsius ahaja

2. Selenggara bahagian penapis penghawa dingin dengan kerap untuk memaksimumkan potensi penyejukan unit tersebut. Penapis yang kotor menghalang edaran udara dan mengurangkan kecekapan penghawa dingin.

3. Selain itu, penyelenggaraan secara kerap juga boleh membantu penghawa dingin beroperasi padatahap optimum.

Artikel berkaitan: Cara Mudah Cuci Sendiri Air-Cond Di Rumah. Tak Perlu Upah Orang

4. Tutup semua pintu dan tingkap serta lubang edaran udara untuk memastikan udara sejuk tidak keluar dari bilik.

5. Pada waktu malam, buka kipas dan tetapkan masa penghawa dingin untuk ditutup. Selalunya suhu bilik akan mencecah tahap yang selesa selepas beberapa jam penghawa dingin dipasang. Tambahan, penggunaan kipas adalah lebih murah dan membantu pengedaran udara di dalam bilik.Pengguna juga diingatkan agar menggantikan penghawa dingin yang berusia lebih 10 tahun kerana unit-unit tersebut tidak lagi cekap setelah bertahun-tahun digunakan.

6. Bagi mereka yang ingin membeli penghawa dingin baharu, adalah dicadangkan supaya memilih penghawa dingin yang mempunyai bintang kecekapan tenaga yang paling tinggi kerana lebih banyak bintang bermaksud peralatan tersebut lebih cekap berfungsi.

7. Pemilihan saiz dan jenis penghawa dingin yang tepat juga penting kerapa penghawa dingin yang terlebih besar bukan sahaja lebih mahal untuk dibeli dan dipasang, malahan ia juga akan menyebabkan bil elektrik yang lebih tinggi kerana kompresor penghawa dingin perlu berputar dan berhenti berulang-ulang.

Published by
Impiana