Bilik mandi, bilik air atau tandas; adalah sebuah ruang yang wajib ada dalam setiap kediaman. Sama seperti ruang-ruang yang lain, kebersihan bilik air juga perlu dijaga dan perlu sering di teliti agar ia selesa untuk digunakan bukan saja untuk tuan rumah tetapi juga buat tetamu yang berkunjung.
Kegagalan untuk mengekalkan kebersihan bilik air boleh mengakibatkan ketidakselesaan dan juga boleh menjadi punca bagi pelbagai penyakit. Kerana disinilah banyak kuman dan bakteria yang tidak kelihatan oleh mata kasar membiak.
Oleh itu, disini IMPIANA ingin kongsikan beberapa tip untuk kita sama-sama menjaga dan mengekalkan kebersihan bilik air di rumah.
#1 TUTUP MANGKUK TANDAS Ada sebab kenapa mangkuk tandas duduk dilengkapi dengan penutup. Tabiat tidak menutup penutup mangkuk tandas menyebabkan partikel air dari proses flush akan terpercik keluar dari mangkuk dan terkena pada bahagian-bahagian lain dalam tandas seperti berus gigi, sabun dan sebagainya. Jadi, biasakan tutup penutup mangkuk tandas anda selepas digunakan.
#2 PENYIMPANAN BERUS GIGI Mungkin kita selalu guna kaedah menyimpan berus gigi dalam bekas yang tertutup untuk menghindari dari tercemar dengan bakteria kan? Sebenarnya, berus gigi yang telah digunakan dan masih basah disimpan terus didalam bekas tertutup lebih menggalakkan pembiakan bakteria dan kawasan yang lembab merupakan habitat terbaik pembiakkan bakteria.
Ads
#3 JAUHKAN ALAT SOLEK DARI BIIK AIR Memang mudah untuk bersolek jika barang make up disimpan didalam bilik air, tetapi sebenarnya amat tak sesuai untuk meletakkan barang seperti lipstik atau pemerah pipi di bilik air. Kondisi bilik air yang lembab akan menggalakkan pembiakkan bakteria pada barang make up walaupun disimpan di dalam bekas tertutup dan sekaligus menyebabkan barangan tersebut mudah rosak.
Ads
#4 TUKAR SPAN/BERUS BADAN SETIAP 3-4 MINGGU
Lagi kerap anda guna, lagi perlu untuk gantikan yang baru. Ini disebabkan tekstur penyental yang berserabut terutamanya yang diperbuat dari serat petola menjadi habitat sempurna bagi bakteria.
Ads
#5 SIDAI TUALA DENGAN BETUL
Good “rule of thumb” tuala perlu dicuci atau ganti setiap lepas 3 kali digunakan. Itu pun jika anda sidai selepas menggunakannya. Tapi, jika sekadar sangkut atau gantung tuala, kondisinya yang lembap akan menggalakkan pembiakan bakteria dan sebab itu jugalah tuala mudah bertahi lalat.
#6 PENGUDARAAN Pastikan tingkap sentiasa dibuka agar dapat mengurangkan kadar kelembapan didalam bilik air dengan kadar segera.
Selamat mencuba!
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda. Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
Menurut Society for General Microbiology, Sesetengah bakteria akan membiak setiap 20 minit apabila habitat yang tersedia mempunyai suhu dan nutrient yang diperlukan. Sebab itu, tanda-tanda penyakit mudah dan cepat kelihatan sejurus jangkitan berlaku.
Antara jenis bakteria yang terdapat di dalam kedaiaman yang akan menyebabkan sakit adalah seperti berikut:
–Staphylococcus aureus (staph)
-Kulat
-Salmonella
-Escherichia coli (E. coli)
Menurut National Sanitation Foundation (NSF), bakteria dan kadar pencemaran paling tinggi dijumpai di ruang penyimpanan dan penyediaan makanan. Ini bermakna, dapur anda adalah habitat sepurna pembiakan bakteria yang boleh menyebabkan penyakit. Lebih 75% bakteria dijumpai terdapat pada span pembasuh pinggan dan kain lap terdiri daripada Salmonella dan E. coli. Selain itu, antara perkakas dan peralatan dapur yang perlu kerap dicuci adalah:
– Papan pemotong – Peti sejuk – Sinki dapur –Counter top – Mesin pembancuh kopi
Cara untuk membersihkan perkakas dapur yang tercemar:
1. Gunakan tisu lembap yang dilengkapi dengan bahan anti bakteria seperti wet tisu untuk membersihkan permukaan countertop
2. Rendap span di dalam air panas beberapa minit untuk membunuh kuman 3. Jangan biar span terendam di dalam air walaupun air sabun. Kondisi lembap pada span akan menggalakkan pembiakkan bakteria
4. Lap lantai, dinding, counter top dengan menggunkan air suam yang dicampur sesudu bahan peluntur 5. Tukar kain tuala dapur setiap minggu
6. Cuci tangan selepas dan sesudah penyediaan makanan 7. Seminggu sekali, bersihkan peti sejuk dengan menggunakan bahan pembasmi kuman.
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda. Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
Terdapat banyak jenis dan bentuk mop di pasaran. Ia bukan sekadar hanya untuk tujuan reka bentuk. Rupa-rupanya, setiap satu mempunyai kegunaan yang berbeza. Sebab itu, tak mustahil, dalam satu rumah nada ada lebih dari 2 jenis mop. Tapi, sebelum itu pastikan kegunaan atau aktiviti yang akan dilakukan bagi menentukan jenis mop yang bersesuian.
MOP TALI
Secara tradisionalnya, lebih ramai memilih string mop di Malaysia. Ia mungkin disebabkan harganya murah dan lebih cepat menyerap disebabkan oleh diperbuat dari tali kapas. Mop jenis ini juga sesuai untuk pelbagai kegunaan dan permukaan. Namun perlu ingat, pastikan ia dibersihkan dan jemur kering setiap kali penggunaan. Jika tidak, ia akan mengundang bau tidak enak
MOP RATA
Kebiasaanya, mop rata atau flat biasanya mempunyai pad pakai buang atau boleh digunakan semula yang melekat padanya. Sebaiknya pilih dari jenis fabrik mikro. Mop rata kain menjadi pilihan kerana ia lebih mudah digunakan terutamanya bagi tugasan harian. Tambahan, ia tidak memerlukan tenaga yang banyak untuk memerah atau mengendalikan mop jenis ini. Jika anda ingin membersihkan sudut atau ruang berbucu, pilihan mop rata adalah tepat
MOP SPAN
Untuk membersihkan permukaan jubin atau tidak rata, mop yang tersedia kepala span adalah pilihan terbaik. Walaubagaimanupun, penjagaan dan kebersihan pada kepala span perlu diperincikan. Jika tidak kering dengan betul dan kotor, ia boleh menjadi transit penyebaran bakteria dan kuman. Selain dari itu, penjagaan yang salah akan menyebabkan kepala mop cepat rosak
MOP HABUK
Bentuk seperti mop rata, namun bahagian fabriknya mempunyai butiran kasar untuk memudahkan habuk di sapu. Jenis mop ini hanya sesuai untuk kegunaan kering sahajaSTRIP MOP
Bentuknya sama mop tali namun fabriknya bebentuk kepingan tali. Tidak mempunyai daya resapan yang tinggi seperti mop tali kapas namun cepat mengering.
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda. Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
Cegah sebelum terlambat. Akibat daripada tidak ambil peduli tentang kehadiran anai-anai, pasangan ini telah kerugian hampir RM10 ribu apabila dapur kediaman mereka roboh secara tiba-tiba. Pihak bomba telah mengenal pasti punca dapur kediaman pemilik roboh disebabkan oleh anai-anai yang telah merosakkan beberapa tiang utama dapur mereka.
Bagi anda yang memiliki kediaman yang mempunyai bahan binaan kayu, anda harus ambil perhatian tentang perkara ini. Anai-anai ada di mana-mana saja kawasan yang bertanah. Tak kira di mana anda tinggal samada di bandar atau di kampung, anai-anai pasti ada. Jadi ketahuilah tanda-tanda awal rumah anda diserang anai-anai.
Tanda-tanda Awal Rumah Anda Diserang Anai-anai
Oleh itu, amat penting untuk anda tahu serba sedikit bagaimana nak kesan kehadiran anai-anai di dalam atau luar serta sekitar rumah anda. Dengan sedikit pengetahuan berkenaan teknik mengesan kewujudan anai-anai ini, anda dapat bertindak lebih awal sebelum lebih banyak kerosakan dilakukan oleh anai-anai.
Berikut adalah tanda-tanda yang dapat menunjukkan bahawa ada kehadiran anai-anai di rumah anda:
Kayu atau dinding terlopong kosong. Ini satu lagi kesan ketara berlaku pada kayu yang telah dirosakkan oleh anai-anai. Bila diketuk akan keluar bunyi menunjukkan bahawa ada ruang kosng di dalam katu tersebut. Biasanya anai-anai akan makan kayu bahagian dalam dan meninggalkan lapisan nipis sahaja pada bahagian luaran kayu.
Kehadiran tanah lembab. Anai-anai tidak tahan dengan kekeringan dan cahaya. Oleh itu biasanya mereka akan membina lorong kecil yang diperbuat daripada tanah yang lembab. Pilihan utama anai-anai adalah membina lorong di dalam dinding kayu atau batu. Jika tidak ada pilihan, mereka akan keluar dan membina lorong diluar dengan binaan lorong tanah lembab tersebut.
Kehadiran kelkatu. Samada anda melihat adanya kelkatu ataupun anda terjumpa sayap-sayap yang ditinggalkan oleh kelkatu, itu merupakan tanda bahawa ada aktiviti anai-anai di sekitar kawasan rumah anda. Jika anda rajin, elok cari dari mana datangnya kelkatu tersebut. Kelkatu biasanya keluar daripada koloni anai-anai yang telah melebihi had jumlah populasinya.
Kayu berubah warna. Jika anda lihat kayu pada dinding atau bumbing atau siling rumah telah berubah warnanya, ia berkemungkinan telah dimakan oleh anai-anai. Ianya lebih ketara jika kayu tersebut telah disapu dengan varnish.
Terjumpa anai-anai hidup. Sudah tentu jika anda berjumpa anai-anai hidup, menunjukkan rumah anda sedang diserang oleh anai-anai. Tetapi jika tiada anai-anai hidup ditemui, ia belum tentu bermakna tiada anai-anai di dalam rumah atau primis anda. Anai-anai yang ditemui biasanya bila anda buka tempat sembunyi atau lorong tanah yang dilaluinya. Biasanya anda akan jumpa samada askar atau pekerja.
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda. Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
Setiap pemilik kediaman ada cara tersendiri dalam memastikan rumah sentiasa kemas, bersih dan teratur, sedap mata memandang. Begitu juga pilihan konsep dan citarasa dekorasi yang menjadi pilihan.